20 hari telah berlalu. Sampai sekarang terngiang-ngiang suara Dr. Azizan Osman(DAO)
First thing mesti semua orang nak tanya result dulu kan??
Ok, lepas saya balik dari IMKK, pendapatan saya melonjak kepada 5 KALI GANDA.
Haaaaaa..mesti semua tertanya-tanya apa yang saya buat.
Tak ada apa pun tuan puan semua. Saya follow apa yang Dr. Azizan cakap ja. Tapi benda ni semua, tuan puan pun selalu buat.
Konsep biasa ilmu bisnes :
- Solat 5 waktu
- 5 solat sunat (sunat fajr, sunat dhuha, sunat taubat, sunat tahajud, sunat witir)
- Sedekah
- Selawat 1000x
Membezakan saya yang dulu dan sekarang adalah jiwa. Lepas balik pada IMKK saya rasa macam dunia saya yang baru. Hati macam dilahirkan semula.Sebelum ni semua nampak tenang tetapi sebenarnya hati ni sakit. Akal pula penuh dengan benda negatif.
Satu slot yang akan turn anda 360 darjah adalah slot Kolam Jiwa. DAO minta kita tutup mata, membayangkan diri kita waktu kita kecil yang tak ada dosa dengan diri kita sekarang. Tapi ayat-ayat DAO mampu mengalirkan air mata satu dewan. Laki pun tak malu menangis.
Apa yang lagi terkejut. Kebanyakan laki akan buang kotak rokok serta merta. DAO ada menjalankan test.. Energy orang yang ada rokok walaupun sebatang di badannya, energy tu memang lemah. Rezeki akan tertarik kepada energy yang kuat. So, kalau ada di antara kenalan atau anda sendiri yang nak berhenti rokok, saya sarankan tak payah susah nak pergi jumpa kaunselor. Balik IMKK mesti takut nak pegang rokok.
Dah cuci kolam jiwa, minda kita akan bersih dari gejala negatif. Benda first kena buat DAO pesan, cepat unfollow orang yang update pasal benda negatif. Kalau nak block terus pun tak apa. Sebab benda macam ni akan down kan balik kita. Lepas tu add friend rakan-rakan IMKK yang baru. Rakan IMKK kita semua yang telah di setkan positif. Lepas ni news feed akan penuh dengan status positif sahaja.
Lepas tu follow mentor-mentor besar bisnes. Nak jadi jutawan kita kena berada dalam kelompok jutawan. Copy apa jutawan buat paste dalam diri kita. Setkan minda kita income apa yang kita nak. Set minda ni penting. Pernah tak anda terjadi situasi ni
" Anda nak beli kereta vios. Memang di minda asyik kereta vios saja. Lepas tu keluar jalan asyik nampak kereta vios saja. Buka surat khabar nampak kereta vios. Buka internet naik iklan kereta vios. Kawan update dapat kereta vios "
Haa macam tu lah juga keadaan dia sekarang. Anda mengawal minda anda. Kalau anda set minda anda RM 20,000..nanti tindakan akan turut bekerja seperti RM20,000.
Dah siap semua. Kita submit doa pula. Ada kaedah untuk submit doa sebenarnya. Sebelum ni submit doa malu alah dengan Allah. Ya Allah berilah apa yang termampu. Aku nak pakai rumah besar. Lepas tu bila Allah bagi rumah panjang jangan marah tao. Rumah besar juga tu, hee..
Doa kena jelas.
Sebelum doa, kita bersyukur dulu atas apa yang kita ada hari ni. Kita ada mata, ada telinga, ada mulut, ada tangan, ada kaki. Pernah tak kita berterima kasih kepada Allah untuk semua ni. Tao guna ja 24jam tapi langsung tak berterima kasih. Dah bersyukur kita minta. Ya ALLAH aku bersyukur aku telah dapat RM20000 pada bulan November 2015. Sebut jelas ringgit, tarikh semua tu. Bayangkan yang anda dah dapat. Ingat satu ja. Tips kejayaan, 80% kerohanian 20% usaha.
Nak cerita pengalaman saya. Saya pernah pergi seminar DAO 2 tahun lepas. Waktu tu saya tengah mengandung. DAO minta kita tulis impian atas kertas. Saya tulis main-main apa yang terlintas di fikiran. Subahanallah, berkat doa ibu mengandung, setahun lepas tu Allah lengkapkan semua impian saya. Saya nak ada rumah sendiri di KL, saya nak beli kereta baru, saya nak bersalin swasta. Semua Allah lengkapkan.
Padahal sebelum tu saya dah pergi hospital kerajaan, Disebabkan nurse minta saya balik dulu. Terus kami pergi swasta. Punya la Allah nak tunaikan impian saya. Ajaib kan..
Ok..Lepas ni saya sambung lagi waktu yang mujarab untuk submit doa.