Tuesday, December 1, 2015

Dari Skinny ke Palazzo

ASSALAMUALAIKUM.

Live dari perjalanan mencari ilmu lagi sekarang. Kali ni bersama Virus Marketing. Siapa tak kenal virus "Rugi oi Rugi". Hebat sangat depa ni sampai boleh buat Nuraysa dan Sofea Ilias jadi jutawan dalam masa setahun. Nuraysa Beauty tu lagi lah, Jutawan Bulanan. Haishhh semoga Syamim Rahim berjaya menjadi jutawan bulanan tahun depan. Aminn~

Hari ni juga first time berenggang dengan anak dan suami. Rindu betul bau masam anak. Masam yang wangi bagi semua ibu-ibu. Buka ja mata mesti cium anak terus. Anak oo anak, Rasanya kat mana ibu pergi, mesti teringat anak, Sembang dengan akak sebilik ni even anak dia dah besar pun masih teringat anak kat rumah. Itulah ibu. Ibu always ibu. Tak ada ibu yang tak sayang anak. Saya berani jamin, yang buang anak tu pun sebenarnya sampai sekarang hati dia terasa berdosa, meraung hati sebab mereka buang anak tu. Tapi apakan daya, nafsu lagi tinggi dari akal.

OK! Dah lama janji sebenarnya cerita ni. Tapi saya harap sangat, jangan di salah tafsir apa yang saya kongsi. Perkongsian ni pun dari pm inbox rakan-rakan yang tanya saya bagaimana kisah saya berhijrah.

Siapa kenal saya yang dahulu, kenal lah. Saya pun seperti anda semua malah lebih teruk. Kalau dulu beli jeans, dah kecil pun pergi lagi kedal alter lagi bagi kecik. Haha. Nak betul-betul ikut kaki. Kalau tak, rasa sngat tak selesa. Kalau boleh masuk angin dalam seluar tu tak best lah. Baju pun nak pakai baju yang size kecik dari badan. Bukan ibu bapa tak tegur. Saya yang pakai curi-curi waktu life sendiri. Tak ada jati diri langsung. Depan ibu bapa baik, depan kawan-kawan tunjuk style.huu. Ok, dah setakat tu sahaja. Barang lama usah dikenang.

Sebelum kahwin, waktu berkawan, taufiq tak pernah tegur pasal penampilan saya. Dia pun okay ja. Bertunang mula cakap sikit-sikit sahaja. Dah kahwin dia main secara halus.haha. Mula dia cakap je. Ayat dia cenggini, "sukanyaa tengok pakai cmtu, sukanya tengok pakai camni "...

Saya pula time tu ada juga ego, dah dia puji orang lain "dah suka, bawa la pi beli baju tu terus" Dah tu, dia bawa betul cari baju. Ingatkan tak ada duit. haha. Almaklumlah time tu tak posting lagi. Dia cakap saya pilih awak pakai. Saya mula tukar penampilan dengan seluar. Bermula dari bahagian  bawah hingga atas.

Mula kita beli kasut bertutup. Satu aurat bahagian kaki yang paling orang tidak ambil berat. Orang anggap kaki tu bukan aurat. Dari kaki orang lelaki dah boleh imagine macam-macam. Jangan salahkan lelaki kalau kita pun tak jaga aib kita. Kita yang bagi mereka scan badan kita. Yang ni ayat sentap yang saya dengar dari seorang penceramah wanita. Dah pakai kasut, mestilah kena pakai stokin.

Dah tu tukar dengan seluar jeans kepada jeans yang lebih besar dan longgar. Saya memang tak suka pakai skirt. Sebab saya ni lasak. Anak saya pun lasak. Kalau pakai skirt takut terangkat kain waktu jalan. hee. Lepas tu saya suka travel dengan suami berdua naik motor. Pakai kain terangkat lagi tak selesa. Tak pasal viral kisah, wanita berniqab , terangkat kain naik motorsikal. hee

Dah pakai palazzo, mestilah nak cari blouse yang selesa. Saya suka follow irine nadia, dena baharin, dan ramai lagi ibu muda yang bawa perwatakan menutup aurat lebih cantik. Saya tanam dalam hati, saya pun nak jadi ikon macam ni supaya ramai orang tidak takut untuk berubah ke arah kebaikan. Saya tahu, ramai orang sebenarnya tak tahu untuk berpakaian dengan anggun tapi masih patuh syariah 100%. Jangan risau,saya akan cuba bantu anda semua.

Untuk niqab tu, kawan baik saya yang mula berhijrah dulu. Dulu saya pun tak suka tengok orang berniqab. Hati busuk lah katakan. Bila kawan saya yang mula pakai, saya secara perlahan tertarik. Terima kasih Jannah Yahaya. Semua benda kami buat sama-sama, tak kan tak mahu sama-sama ke syurga juga.

Perasaan selepas berniqab "AWESOME WALHAMDULILLAH". Saya pakai bukan sebab saya baik, Saya pakai sebab saya nak berubah kearah kebaikan. At least, bila saya nak buat jahat saya takut sebab saya berniqab. Buat apa pakai niqab tapi jahat. Tak guna berpanas-panasan, bersusah payah cover semua tapi buat jahat. Saya cuba pujuk hati saya sedikit demi sedikit. Saya nak ALLAH ampunkan dosa saya dengan usaha kecil ni. Saya takut sebenarnya nak hadap alam kubur. Saya tak pernah bersedia.

Jom kita sama-sama berubah. Dunia kita dah tenat. Kita tak tahu lagi berapa saat kita tinggal dekat dunia. Hari ni bangun pergi kerja, tetiba esok pagi bangun ada malaikat munkar nakir dekat tepi. Siap tanya, hang bagi reason pasai pa tak tutup aurat dulu. Nak jawab apa nanti?haaaa tak tao lahhh..

Untuk anda kat luar, yang mana nak sharing kisah boleh direct pm syamim 019 436 1787. Syamim cuba guide anda untuk berfesyen dengan cara yang betul, cantik dan lebih selesa.

Terima kasih customer Syamim yang beli produk syamim. Anda kelihatan cantik bila pakai seluar kami..