Bismillahhirrahmanirrahim.
Setelah diketuk oleh mentor sebab blog semakin nazak, malam ni terpanggil untuk update. Update pula perkara yang serius. Perkara yang berkaitan dengan hidup dan mati. Ya, saya sayang anda semua. Sebab tu saya terpanggil untuk berkongsi supaya anda tidak mengalami 6 PENYAKIT BERBAHAYA INI.
Sayang sekali, kalau kita tak mencegah dari awal. Penyakit yang datang, memang lah ujian ALLAH. Tapi....Allah minta kita berusaha untuk jaga diri sendiri. Dah tahu, tapi buat juga itu memang sahaja cari pasai. huhu
Malam ni, jom kita tinjau penyakit-penyakit yang berpunca dari pemakaian seluar ketat. Seluar ketat memang trend (kata mereka). Tak style lah kalau pakai seluar besar. Eeuww nampak gelebeh. Mengerbang kanan mengerbang kiri. Tapi kan ramai sebenarnya tak sangka yang penyakit-penyakit ini ramai wanita berisiko dan salah satu punca datangnya dari pemakaian anda.
Berikut merupakan penyakit-penyakit berpunca daripada seluar ketat :
1.Meralga Paresthica
"Pemakaian seluar yang terlalu ketat boleh menyebabkan penyakit saraf dikenali sebagai Meralga Paresthica " Dr. Karen Boyle, Pusat Kesihatan Greater Baltimore Amerika Syarikat.
Penyakit ini membuatkan individu cepat berasa kebas, mati rasa dan sakit pada kaki. Sakit ini berpunca daripada tekanan di bahagian paha. Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf di bahagian pelvis sehingga individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk dan sangat sakit apabila disentuh.
2. Kanser Melanoma
Kanser ini merupakan kanser kulit yang amat berbahaya. Tanda-tanda awal boleh dikesan dengan pembentukan tanda hitam pada bahagian kulit.
3. Endometreosis
Penyakit ini merupakan penyakit berkaitan kesuburan wanita. Ramai wanita yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan penyakit ini semakin berleluasa sekarang. Antara masalah yang timbul disebabkan penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang berulang kali. Selain itu, ia juga menyebabkan pelbagai masalah kronik lain seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.
4. Merosakkan postur tubuh
Padanan seluar ketat dan kasut tumit tinggi boleh menyebabkan tekanan postur badan menjadi senget sebelah. Keadaan ini akan seterusnya mengganggu seluruh postur tubuh, gaya berjalan dan peri laku seseorang tanpa disedari.
Perubahan ini terhasil kerana ketidakseimbangan pergerakan tubuh dan fungsi setiap otot pada tubuh badan. Untuk jangka masa lama, pemakaian seluar ketat mendatangkan rangkaian masalah muskulosketal (tulang dan otot) yang serius.
5. Kurang penghasilan sperma
Kaum lelaki yang gemar memakai seluar ketat tidak terkecuali dari risiko kesihatan. Selain berisiko pembiakan kulat, individu ini juga berdepan dengan risiko kurang penghasilan sperma.
6. Keputihan
Kulat dan bakteria amat suka membiak di tempat yang lembab, ketat dan tiada pengaliran udara. Pemakaian seluar ketat membuatkan alat sulit tidak mendapat peredaran udara yang baik seterusnya menyebabkan bahagian kelengkang mudah berpeluh.
Apabila berpeluh, kulat dan bakteria lebih cepat membiak dan mengundang risiko keputihan yang kronik.
Sekian sahaja 6 penyakit yang serius berkaitan dengan pemilihan seluar yang salah. Nampak biasa, tetapi penyakit ini jika tidak dicegah dari awal boleh menyebabkan kematian.
Jom berubah.
Dari skinny ke palazzo.
Pemakaian palazzo bukan sahaja sesuai untuk muslimah, malahan dipakai di peringkat antarabangsa. Gayanya sangat santai serta sesuai dipakai ke mana sahaja.
Tak percaya. Kejap saya upload pemakaian palazzo dari semua bangsa.