Assalamualaikum
Kesian kau wahai blogger. Dapat pemilik yang pemalas ni. Berbulan baru update.
Terlebih dahulu, minta maaf kalau ayat dalam penulisan kali ni berterabur.
Tak praktis lama menulis di blog. Copywriting akan diasah kembali.
Untuk pengetahuan semua, entry kali ni saya nak ceritakan bagaimana saya mula 'terjebak' untuk bercuti tanpa gaji.
Bisnes saya bermula semenjak Oktober. Sebelum ini, ada juga saya berbisnes tapi semua hanya sekadar langgar tembok.
Tangkap gambar atas lantai.
Gambar tagged rakan
Post dekat group
Apabila bisnes tak ada hala tuju, niat di hati hanya untuk tampung perbelanjaan sahaja. Memang Allah bagi cukup-cukup makan betul lah.
First step saya buat sesudah balik dari kursus, saya tangkap semua lebihan stok yang tak terjual di Studio. Sejam settle habis semua barang. Saya bermula dari 6 helai palazzo sahaja, Selepas itu, kami tambah lagi 20 helai, terus ke 100 helai dan alhamdulillah sekarang mampu beribu helai.
Bisnes saya mula huru hara. Apa yang membuatkan hati saya tidak tenang bila saya tak mampu fokus pengajaran di dalam kelas. Hati saya sentiasa teringat nak bungkus parcel, nak pergi poslaju, nak pergi kilang dan lain-lain.
Bulan Januari saya serahkan tugas close sale kepada orang lain. Betul kata sifu, nak serahkan tugas bukannya boleh serah macam tu sahaja. Perlukan masa untuk bina team. Lepas 2 bulan, saya ambil kembali tugas close sale.
Pengajaran ya kawan-kawan. Waktu kerja DILARANG sama sekali untuk balas whatsapp atau melakukan sebarang tugas yang lain berkaitan kerja kita kecuali waktu rehat anda. Masa saya terhad sangat. Nasib lah waktu ni sudah terbina team agen. Kami rekrut semua agen kami. Semua skill kami guna, kami ajar agen. Alhamdulillah, agen sangat aktif.
Lagi sekali kami diuji dengan masalah supplier barang. Rasa tak seronok bila gunakan orang tengah untuk trading produk kami.
Setiap malam saya mohon petunjuk. Saya kesian tengok anak saya membesar tanpa saya di sebelah. Petang baru balik rumah. Dah balik rumah, saya masih sibuk dengan semua aktiviti bisnes. Aktiviti last dia banyak dihabiskan dengan bermain berseorangan sehinggakan dia mula sakit.
Bila Dany demam sehingga kena jangkita HFMD, itulah petunjuk yang Allah bagi untuk saya. Saya apply untuk unpaid leave selama 2 bulan. Saya nak fokus pada anak. Saya minta unpaid leave dengan alasan urusan keluarga untuk jaga anak. Bila saya gunakan alasan ini, saya harus kotakan. Mulanya saya apply untuk berhenti, atas cadangan kawan-kawan saya matikan niat itu.(Nanti saya terangkan)
First syarat bila anda bercuti, bisnes anda mestilah mempunyai beberapa amaun untuk set up team. Set up team pertama mungkin terdiri daripada 2 orang di bahagian Sale dan Account. Train team dan sediakan tempat yang membina untuk mereka jalankan kerja mereka. Bina setiap SOP untuk mereka patuhi. INI PENTING !!
Fasa bina team juga adalah fasa yang agak mencabar. Saya menjaga Dany di samping berbisnes. Saya ajar semua skill close sale kepada team saya. Dan PA saya adalah adik saya sendiri yang bertanggungjawab untuk jaga akaun serta melakukan beberapa hal lain berkaitan admin.
Dilarang sama sekali jika anda bercuti kerana tengok orang lain bercuti. Sebelum bercuti anda sudah ada matlamat 2 bulan untuk bercuti. Matlamat kami bercuti untuk siapkan production Raya dan bina team yang kukuh untuk marketing Raya. Pastikan anda telah mengkaji graf bisnes anda 3 bulan berturut-turut sebelum bercuti.
KEBERKATAN DALAM BISNES :
1. Semasa kerja jangan gunakan peralatan tempat kerja walhal sebatang pen untuk tulis perkara berkaitan bisnes.
2. Tidak menggunakan wifi tempat kerja untuk hal lain berkaitan kerja anda. Gunakan mobile data sendiri.
3. Jangan jadikan tempat kerja anda sebagai medium untuk berdagang. Dikhuatiri orang lain menjauhkan diri dari anda. Bawa apabila mereka minta anda bawa.
4. Kosongkan minda dan fokus pekerjaan yang anda lakukan. Bagaimana anda ikhlas bekerja, nanti Allah akan hantar juga pekerja seperti anda bila anda memerlukan.
5. Sekiranya anda apply bercuti untuk jaga anak. Pastikan anda betul-betul kotakan janji anda. Jangan sesekali cuba menipu mak sakit ke anak sakit ke. Dikhuatiri Allah mengikut sangkaan hambanya. Ini benar-benar terjadi. Kawan saya apply bercuti dengan alasan suami sakit. Beberapa bulan selepas, suaminya kena strok.
6. Kurangkan bercakap kosong ditempat kerja. Masa anda adalah emas bila anda mula melakukan 2 kerja. Siapkan cepat semua kerja dan minta kebenaran boss untuk lakukan hal lain bila semua kerja sudah siap.
PENGALAMAN UNPAID LEAVE
1. Saya sudah ada 5 team untuk uruskan RNZ Global Ventures Sdn Bhd.
2. Anak saya sihat walafiat 2 bulan disamping saya.
3. Perkembangan anak saya juga lebih membina. Saya berjaya homeschool anak saya di rumah untuk beberapa ketika. Anak saya dahulunya lemah dari segi antibodi. Kerap asthma dan keluar masuk hospital. Tapi bila berada disamping saya, alhamdulillah.
4. Suami bertambah sayang. Kami jarang bergaduh. Punca utama pergaduhan antara suami isteri ialah bila badan kita merasa letih. Bila letih semua perkara mula nak marah. Ni mudahkan urusan syaitan untuk menghasut rumahtangga kita. So, para suami jika rasa dingin rumahtangga cuba bagi tempoh isteri berehat di rumah untuk beberapa hari.
5. Fasa ikat perut. Makan, minum semua bajet sahaja. Jika anda takut untuk ikat perut, padam niat untuk bercuti. Tapi pengalaman saya, bulan pertama bercuti masih ada gaji. Nanti mereka akan mula tolak 2 bulan selepas bercuti.
6. Untuk isteri, minta keredhaan suami untuk bercuti. Suami jangan ada setitik pun perasaan tak bagi tu. Minta beliau sama-sama bantu bila anda mula bercuti nanti. Untuk suami, of coz minta keredhaan Ibu anda. Bila suami redha, in shaa allah apa yang anda buat nanti Allah mudahkan.
Ini sahaja entry saya kali ni. Kita akan bersambung pula kenapa saya batalkan niat saya untuk berhenti dahulu. Ini berdasarkan survey orang yang dah berhenti dan mereka melarang jika kita masih tidak mempunyai beberapa perkara ini.
Doakan saya boleh berehnti dan fokus menjaga keluarga di samping bisnes pada bulan Ogos 2016.
Amin ~