ASSALAMUALAIKUM
Selamat Datang ke Blog Syamim Rahim. Seperti yang dijanjikan nak cerita kisah cinta 4segi kami. Huu 4 segi ok.. Tak main la 3 Segi. Sebelum tu, Alhamdulillah syukur Ya Allah kau berikan aku family yang sempurna. Saling melengkapi antara satu sama lain. Kau berikan suami yang boleh membantu dalam semua hal. Anak yang tak banyak ragam dan bijak, paham waktu ibu penat.
Nak cerita kisah permulaan berniaga nanti akan saya update di lain entry. Saya bermula dalam bidang pakaian ni setahun lepas bulan September 2014. Mula berniaga sebab saya mula bertukar imej kepada lebih mematuhi syariah. Asalnya saya juga masih mencari identiti dalam hidup. Menunggu hidayah itu sampai tanpa berusaha. Arghh barang lama usah dikenang kan. hee. Sampaikan hingga sekarang tak suka kalau tengok gambar kahwin. Kenapakah susah-susah pakai semua tu.hee
OK. Kejayaan dalam passion saya bermula selepas balik dari IMKK. Boleh follow entry lepas. Satu kejayaan yang saya tak pernah jangkakan. Kalau lah saya tahu berniaga itu mudah macam tu ja, dah lama saya buat. Tapi itu 'KALAU'. ALLAH memang tak suka guna ayat kalau. Sebab Allah suruh kita cari ilmu. Biarlah hebat mana pun ilmu tetap kena cari. Saya hadiri kelas MMM baru-baru ni dengan pengasas Bella Ammara. Orang yang sudah hebat pun masih mencari ilmu.
Memang dari kecil, saya suka berniaga. Ya, saya pernah jual sticker zaman sekolah rendah. Beli pasar malam, gunting letak dalam album setem pastu jual. Hee. Laku keras ok produk tu. Bukan bermakna ayah saya businessman baru saya ada darah berniaga tu. Family saya juga bermula dari bawah. Bukan terus jadi macam sekarang. Cuma apa yang saya contohi atau jadikan model adalah semangat yang ayah saya ada.
Waktu di IMKK, suami saya tanpa pikir panjang terus subscribe pakej VIP untuk saya hadiri kelas MMM (Milionaire Marketing Mastery). Kelas ni DAO cerita 245 strategi untuk marketing dan kebanyakannya langsung tak guna modal. Setelah tengok sale yang masya Allah hebatnya, suami tanpa pikir panjang dia upgradekan pakej dari VIP ke Super Supreme.
Apa yang buat saya terharu adalah pengorbanan beliau melaburkan duit simpanan beliau untuk beli motorsikal. Ya, suami saya seorang guru yang bekerja keras untuk membantu orang OKU dari segi pendidikan, sosial dan kerohanian. Beliau berulang alik dari rumah ke sekolah 50km sehari dengan hanya menaiki motorsikal EX5 peninggalan arwah atuk beliau. Memang beliau sayang sungguh dengan motor tu. Sampaikan saya yang tak sanggup tengok beliau dah 4 kali tuntun motorsikal beliau tengah jalan.
Jangan cakap untuk beli dengan loan. Orang tak tahu pendirian seseorang. Suami saya berikan kesemua duit simpanan untuk saya maju dalam bidang yang saya minat. Bidang saya untuk membantu wanita yang dahulunya seperti saya, lasak dan tidak menitikberatkan aurat di bahagian kaki. Pakai apa yang rasa selesa. asal boleh berjalan. Saya ingin menolong wanita menukar penampilan dari seluar biasa kepada palazzo yang mana cuttingnya lebih loose dan bergaya sepenuhnya. Sekiranya wanita suka memakai jeans, kami ada palazzo jeans yang mana cuttingnya lebih loose dan trendy.
Lebih terharu apabila beliau sendiri offer untuk menguruskan perniagaan saya dari segi production hinggalah melayan customer time saya busy seminar. Lepas balik sekolah terus ke tempat production, cek kualiti, cari material, balik balut parcel terus pos barang customer. Untuk permulaan ni memang buat syarikat Semua Syamim Sdn. Bhd. lah. Admin syamim, marketing syamim, HR syamim, Account Syamim. In shaa allah bulan depan maju setapak hire seorang PA.
Ada sebab kenapa ALLAH letakkan taraf syurga kepada orang yang kita sayang. Suami apa yang dia buat semua untuk isteri. Isteri pula apa yang dia buat semua untuk anak-anak. Pernah tak jadi simptom ibu-ibu bila pergi mall mesti terus ke tempat baju anak. Bukan lagi dah untuk cari baju sendiri. Baju saya last beli pun tak ingat bila. Semua baju dany ja penuh kat rumah sekarang. Thats why, isteri wajib patuh suami manakala anak wajib patuh ibu.
Ok, jam pun dah pukul 6pagi. Kena siap-siap untuk berkhidmat dengan kerajaan pula. hee. Bukan senang nak senang. Kudrat saya bukan hanya untuk gaji RM3000 sebulan. Nanti tunggu untuk lain entry tentang kisah mula berniaga pula. Last nak tunjuk dua muka kesayangan saya..
Terima kasih papa.
Terima kasih dany.
Doakan kejayaan ibu untuk umat Islam semua.
No comments:
Post a Comment