Tuesday, January 28, 2014

Pendidikan Khas Jodoh yang Kedua

assalamualaikum..

dalam bosan-bosan duduk rumah tetiba terbelek album dalam folder praktikal..alahai rindunya nak ke sekolah..rindunya nak ngusik budak-budak ni..rindunya nak peluk cium student..kalau diingat balik kan,macam tak percaya macam mana banyak-banyak profesion guru pendidikan khas juga jodoh aku..

aku membesar dalam bidang sains..seriusly aku minat sangat-sangat kimia, fizik and math tamb..tapi aku lemah sangat dalam bahasa..dari kecik sampai besar mesti subjek bahasa akan kantoi..and aku tak percaya aku boleh minat nak buat blog nak karang segala..daripada sek men agama terus ke kolej matrikulasi..argh,rindunya saat dekat matrikulasi..struggle belajar but enjoy..mananya tak enjoy kita duduk dengan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama..rata-rata budak sains fizikal memang otak dia gila-gila sikit kan..tao nak gelak jaaa..

time habis matrikulasi aku blur tak tao nak pilih apa untuk masuk UPU..pi la buat ujian kerjaya dekat unit kaunseling,then dalam banyak-banyak bidang cikgu yang sesuai dengan aku..mungkin aku suka benda yang berhubung dengan manusia..aku suka sembang oi..mai duduk lepak menyembang setengah hari dengan aku mesti tak jadi kerja..pastu pilihla pendidikan untuk pilihan 1 dan 2..tapi kann aku tak pilih pun pendidikan khas..

aku dapat interview dekat uitm shah alam..ingat lagi waktu pi interview kena demam chikukunya..pi la interview dengan konfidennya..apa yang tak boleh lupa interviewer tu tanya aku macam mana kalau saya bagi awak pendidikan khas..awak setuju ka tak?dengan jawapan tak ikhlas aku jawab "saya setuju"..dia minta aku nyanyi lagu kanak-kanak..dengan blurnya aku nyanyi lagu tepuk amai-amai..dengan gaya aku tepuk nyanyi konfiden.dia cakap baguss and good luck untuk pendidikan khas..aku nganga sambil cakap terima kasih,tuan..

Mula-mula mai belajar dekat UPSI dengan perasaan terpaksa..aku tak minat..aku nak jadi engineer..daripada bidang sains ke sastera..serius aku rasa susah dengan nak kena karang assigment bagai..aku tak pernah langsung experience dengan budak-budak khas..first pengalaman aku kena pi melawat sekolah dekat SK Jalan Batu yang dekat Sogo tu..Mula-mula rasa pelik tengok budak-budak khas ni..Tapi layanan budak-budak kas ni dekat guru buat aku terharu..Daripada simpati terus ke empati..

Budak-budak khas sangat sayangkan cikgu..Ni pengalaman aku time praktikal..Tiap-tiap hari diorang sampai sekolah, diorang akan tunggu dekat gate tunggu cikgu untuk angkat barang cikgu.sampai berebut-rebut pula tu..diorang tak pernah gunakan perkataan tidak untuk apa yang cikgu minta tolong.Hati depa ni bersih and tulus sangat..tak pernah rasa kecik hati ka geram ka dengan perangai depa..rasanya kalau ngajar budak normal lagi mencabar kot.sebab pernah masuk ganti kelas budak normal langsung tak respect kat cikgu..

tiap-tiap kali balik atau mai sekolah selalu salam cikgu..kalau perempuan mesti nak cium segala..lagi-lagi budak sindrom depa sangat manja dan sensitif..dalam kelas enjoy ja..tak pernah rasa nak marah..siap depa yang akan marah kita..haha.jujur jangan cakap la..kadang-kadang kalau kita mai selekeh sikit siap dia cakap lagi "cikgu tak cantik laa hari ni".argh aku mula sayang dengan life pendidikan khas.





TAPI sangat mencabar untuk mendidik ahli-ahli syurga ni..guru pendidikan khas tak akan boleh rehat dari pukul 7.30 pagi sampai 12.30 tengah hari..tiap-tiap masa kena ada dengan student..yaa lah mana nak handle kes budak sawan la berak dalam seluar la muntah dalam kelas la hyperaktif la gaduh dengan kawan la..itu yang lebihnya elaun cikgu pendidikan khas dengan cikgu biasa..cikgu pendidikan khas tak boleh nak geli-geli sangat..air liur budak benda biasa ok..seriusly..mai pakai cantik-cantik balik rumah tudung senget dah..maskara sampai ke pipi dah..haha..walau apa pun pekerjaan kita buat bergantung kepada hati..jangan dekat hati kerja sebab duit..buat kerja sebab ALLAH..baru la dimurahkan rezeki.. =)

Monday, January 27, 2014

Jangan takut nak kawin

Assalamualaikum =)

Setelah sekian lama terperap dekat hospital..hari ini baru kulit kena cahaya matahari..menjaga orang sakit lagi susah pada jaga diri sendiri sakit..alhamdulillah,adik paling kecik a.k.a adik paling manja dah discharge.. sedar tak sedar dah 8bulan jadi isteri orang dan dah 3 tahun usia perkenalan..acecei..baru 3 tahun orang lain 30 tahun dah kan..3tahun pun dah banyak kenangan sampai terlupa dah tarikh-tarikh sejarah perkenalan..ok,lepas ni blog ni juga akan dijadikan diari untuk anak ibu baca bila besar nanti. =)

Selalu kenang balik rasa macam JODOH adalah ketentuan yang paling undescribable.. siapa sangka teman sekelas adalah jodoh..siapa sangka setelah banyak dugaan dan halangan,alih-alih dia juga jodoh kita..siapa sangka orang yang pada mulanya dalam hati kata argh not my taste adalah jodoh kita..siapa sangka laki yang hebat diberikan kepada kita yang tak hebat..siapa sangka laki yang skema adalah jodoh kita..(ok,yang ni lawak)..

Ayat lawak first yang tak disangka sepanjang persahabatan kami "tunggu tau, insya allah kita akan kahwin"..dalam hati aku macam ala main-main ja kan dia ni.. bulan depan dah siap dia beli kain telekung, kain lace bagai suruh buat baju tunang.. Dalam minggu depan mai pula hantar orang merisik.. JODOH..mudah kan.. Dan minggu depan pula tunang tetap tarikh tentu belanja..



Sepanjang tunang, alhamdulillah tak berat dugaan dan godaan dari syaitan. Ada la juga sekali dua.. Ni bukan lebih kepada dugaan, lebih kepada godaan syaitan. Syaitan tak ada sekoq pun yang suka makhluk kat bumi ni kahwin. Macam-macam cara dia akan hasut suruh kita jadi tak mao nak kawin. Pernah duduk saja-saja rasa macam panas hati ja nak bagi balik semua cincin..nak lari pi duduk jauh-jauh nak ulang balik masa tak mao kenal dia. Yang ni normal..selalunya lelaki kena kuat..tak yah la layan perangai perempuan yang tiba-tiba mai angin ribut taufan Sandy, Katrina Rose ka pa..Hampa puak laki buat tak reti dah la..Nanti dia sejuk dia cari balik aih. Habes kuat merajuk tutup fon tapi dalam hati 5 minit sekali buka nak tengok berapa banyak miscalled ada..huhu

At last selamatlah aku dipuankan pada 15.6.2013..dekat-dekat tarikh nak nikah boleh pula last paper exam jatuh 14.6.2013..bayangkan esok nikah, malam tu baru sampai dalam kul 11 pakai inai esok pagi pi kedai mekap. Pernah tak tengok orang kahwin baju simpe tak dak manik langsung..haha aku la tu..memang dalam hati buat bagi lepas ja akad nikah..dengan sekali lafaz..first time juga dalam hidup dengar orang lafaz nikah "saya terima nikahnya" sapa lagi kalau bukan laki den juga..(skema tak skema guna saya)..hehe.



Jangan takut untuk bina masjid.. Jangan guna ayat alaa tunggu la stabil dulu sikit..Percaya laa rezeki insya allah akan ada. ALLAH akan tolong umat dia yang nak mendirikan masjid dengan niat yang ikhlas. Sebab dah rasa macam sampai bila kita nak macam ni, baik kita kawin ja kan..at least perasaan sayang selepas kawin boleh tambah pahala daripada dok buat maksiat sebelum kawin..yaa,kami tak nafikan yang kami juga hamba ALLAH yang selalu lalai melayan perasaan cinta..tapi tak dak la sampai kentut hang pun wangi..kentut sebelum dan selepas kawin sama ja busuk azabbb oi.haha

Puas la usaha mencari duit..ikat perut juga la nak simpan duit kan..time ni kesiannya tengok en.abi bekerja tiap-tiap kali cuti sem, pastu berniaga lagi time belajar, simpan duit kpm lagi (ok,yang ni rahsia) nak bagi cukup duit..alhamdulillah cukup dan nikah la kami.. Mula-mula risau kan dah la masing-masing baru habis belajar lepas ni nak hidup macam mana ni..Kerja pun tak dak lagi..Posting macam-macam versi dengar setahun lagi la, dibekukan la, nak ambil sikit ja la.. TAPIIII kan dah cakap janji ALLAH itu pasti..alhamdulillah, macam-macam rezeki masuk. tak semestinya dalam bentuk duit, dalam bentuk apa yang kami buat tak pun rasa susah..Dulu kalau pi kedai makan megi goreng sepinggan pun rasa tak kenyang lagi kan tapi kuasa ALLAH kadang-kadang megi goreng beli sebungkus share 2 orang pun rasa kenyang tak sangka.

Orang yang mai kenduri banyak bagi hadiah sampaikan kami masuk rumah dah lengkap semua..Kebetulan lagi ada member abah nak pindah rumah, then dia tak mao barang dalam rumah dia, dia sedekah semua..(kan rezeki semua ni)..ada orang sangka tak nak dapat semua ni..Mengandung ni pun rezeki..Selalu terdetik dalam hati teringin itu ini tapi ALLAH bagi dalam bentuk rezeki. Pernah sekali teringin sangat pi belajar ilmu untuk menyusukan baby dekat swasta..tak sempat nak daftar, check up dekat hospital ada nurse ni panggil masuk untuk dengar talk tentang breastfeed..ada tu teringin nak makan dominos sekali abah dah delivery dah kat rumah.rezeki kan?

Siapa kita untuk menidakkah qodo dan qadr yang dah tertulis..siapa kita nak tetapkan yang kita tak dak duit sebab tu tak mao kawin..siapa kita nak pi tanya kat orang tu,bila hang nak kawin..bila hang nak dapat anak..bila hang nak tambah anak..bila hang nak tambah lagi satu (yang ni melampau).. kita hanya mampu USAHA dan terus USAHA..lepas tu DOA..dah sudah doa TAWAKAL =)

Wednesday, January 22, 2014

Penyakit special orang mengandung

ok,hai..alhamdulillah ada lagi semangat untuk menulis..almaklumlah hauswife kan..tak tao nak buat apa..

hari ni nak share tentang penyakit-penyakit special orang mengandung..adoi lawak pun ada juga..macam tak percaya perut boleh besar camni. dulu-dulu just bila tengok orang ngandung sekadar "ooo,mengandung..tahniah".. sekarang baru tao maksud di sebalik 'tahniah' tu. TAHNIAH sebab walau sesukar mana pun anda pasti berjaya menghadapinya.. biasalah hebat WANITA dengan LELAKI lain ok..kalau tanya laki apa yang paling depa kena sekali tak mao dah mesti time sunat kan. tapi perempuan 7kali beranak pun mai tahun depan nak lagi..huhu


  • alahan
ya ALLAH yang ni paling ramai yang kena time mengandung..perit sedih pedih pilu resah semua ada. bayangkan satu makanan pun tak leh lalu dalam tekak ni..masuk ja uwekk masuk ja uwekk. time ni pun laki dah mula alahai kesiannya ayang muntah-muntah..teringin nak makan macam-macam tapi bila masuk ja keluar balik..banyak member-member aku yang kena alahan suggestkan ambil jus delima gulsan + madu..aku alhamdulillah ALLAH tak uji dengan alahan ni..tapi aku makan juga jus delima tu, alhamdulillah tiap-tiap kali cek HB ok.. HB ni stand for hemoglobin dalam darah.. Hemoglobin ni penting untuk pembentukan baby.. Kalau tak terbentuk elok-elok ni la boleh sebab gugur. Untuk ibu pula, kalau HB kurang ibu akan cepat rasa letih, sesak nafas, pening-pening, nak pitam lepas tu jantung bergerak laju ja. Thats why, kalau alah macam mana pun kena paksa juga makan.
ni la jus delima gulsan tu.



  • keputihan yang melampau
Yang ni sangat mengganggu emosi aku sebagai seorang bakal ibu..aku dari trimester pertama lagi dah ada..selalunya orang kata perut besar baru dapat kan..mulala nangis bagai risau..ada penyakit apa pula ni..experience aku time aku sebelum kawin aku jarang nak ada keputihan ni..so, sesiapa yang ada sebelum kawin lagi better rawat..aku sampai pi hospital jumpa O&G..doktor pakar tanya aku pernah tak guna feminine wash..aku cakap memang aku guna dari dulu lagi..then, dia cakap feminine wash ni tak elok digunakan sebab dia akan bunuh semua bakteria dalam miss v kita termasuklah bakteria yang baik..so,bakteria baik tak boleh nak lawan dengan bakteria jahat then bakteria jahat konker dalam kita. Tahap yang perlu dirisaukan sampai miss v kita rasa gatal-gatal. Jumpa doktor dan doktor akan bagi ubat untuk insert dalam miss v kita. Ubat ni ja sesuai untuk ibu mengandung. Kalau gatal-gatal time mengandung jangan suka-suka ambil ubat farmasi tao. BAHAYA! Lagi satu tips untuk rawat keputihan makan yogurt dan minum air banyak-banyak. Yang ni aku buat berkesan.


  • sakit pinggang, sakit kaki, sakit lutut, sakit gigi, sakit sini sakit sana
Nurse tu cakap yang ni biasa jadi kalau kekurangan kalsium. Aku sebelum kawin memang manusia yang tak lalu susu. Lagi-lagi nak bagi susu fresh kat aku, susu kambing pula..adoii..memang tak laa kan..TAPI en.abi menggunakan kuasa VETO syurga di bawah tapak kaki dia, aku tak boleh derhaka kat dia dengan tak minum susu tiap-tiap hari. Beli la Hi-Goat untuk aku minum tambah pula kalsium shaklee malam-malam. Dia kata tak mao nanti anak sorang gigi luruh..Alhamdulillah, berkat jadi isteri cerdik mendengar kata aku tak dak la sakit pinggang ka kebas kaki ka bengkak kaki ka sakit gigi ka buat masa sekarang. Tapi kalau travel jauh-jauh kadang-kadang terasa juga sikit-sikit.


  • emo, sensitif tetiba
Hahaha hat ni bawa bersabar ya wahai suami-suami soleh sekalian. Mai hari dia nak emo,hampa semua boleh jadi tukang gelak ja. Tak pasai-pasai nak nangis. Ada satu kes ni sang isteri nangis sebab suami makan cucuq udang dia time dia tengah sembahyang.. motif takut cucuq tu habis tak sempat dia makan..Pastu mula la kan tao tak I teringin cucuq tu..dah la beli RM3 ja mana cukup..Kadang-kadang tak balas mesej, tak angkat call pun akan jadi punca merajuk sampai suami kena belanja nasi kandaq banjir.. Bukan suami ja tao, kadang-kadang rasa macam orang sekeliling ni tak sayang kat kita la..Sampaikan tengok perut gemuk pun emo sebab rasa macam baru umur 20 dah gemuk, rozita che wan 40 lagi lentik. Tengok kamera jadi benci sebab tangkap gambar ja dah penuh kamera.huhu. So, anda sebagai suami just jadi pendengar dan pelayan terbaik time bini emo. Nasib la kan, sapa suruh buat bini mengandung..hehe. TAPI ibu jangan terlalu cepat sensitif, takut terkenan dekat anak. Banyakkan zikir dan baca quran.


  • mengidam
Penyakit ni memang femes di kalangan perempuan mahupun mengandung atau tak..Ada kan kalau sebelum kita period dulu kita rasa nak makan ja..Macam tu juga perasaan sepanjang mengandung..Mengidam ni kena berpada-pada tao. Jangan yang pelik-pelik sebab kalau pelik-pelik tu membawa petanda yang tak elok untuk baby. Yang ni aku baca dalam buku amalan ibu mengandung ustazah bahiyah. Time mengandung ni sebenarnya best tao sebab apa yang kita nak semua orang layan. Lagi-lagi guna ayat tipu-tipu ni "kesian baby teringin nak makan"..suami dengar cair bebel-bebel pun sarung seluar jeans pakai t-shirt start keta pi cari. Hebat kan kuasa womb delivery..


  • tabiat pelik-pelik
Contoh pertama suka bau badan suami..Haha yang ni memang kuat anak bapak la..Bonding kuat anak dengan bapak..Suka bau baju suami yang masam-masam tu kan..bila bau rasa macam bau midnight fantasy pulak..Perfume midnight fantasy pula tak suka bau..Rasa macam busuk gila macam bau nak termuntah.. Haa kan dah terlabik tu. Lepas tu jadi rajin masak..Tabiat ni yang membawa pertambahan berat laki bini sebanyak 1+ kg dalam masa setengah tahun.. Hebat mung baby..!


  • darah rendah
Penyakit ni tak tao la ikut genetik ka pa.. Sebab dalam family aku kebanyakan mempunyai darah rendah.. Tak ada yang darah tinggi.. So, kena banyakkan rehat (yang ni aku suka)..Jangan buat kerja berat. (Lagi aku suka). Tugas-tugas kemas rumah sekarang en.abi yang buat semua..Baju ja aku settle sebab aku tak suka dia lipat baju..Kena banyak makan kerang (yang ni paling aku suka, feveret aku)


  • kerap kencing atau kencing tak lawas
Semakin perut besar, semakin baby himpit salur kencing kan.. Sebab tu asyik rasa nak terkencing ja. Dah la aku ni cerewet tentang tandas.. Kalau jalan mana-mana aku tak kesah tempat tido aku tak selesa janji toilet gred A..Aku akan pergi tandas petronas ja kalau dalam perjalanan. Dulu-dulu aku kalau nak buang air tahap boleh kawtim tahan kat rumah..tapi sekarang kalau nak terkeluar, nak keluar juga..tapi tak da lagi kes berterabur tengah jalan..hehe




OK, yang ni ja kot yang aku alami..kepada yang planning nak kawin aku suggestkan korang makan asid folik..Aku start makan asid folik lepas aku kawin.. 2bulan lepas tu, alhamdulillah ada rezeki..Asid folik ni lebih kepada persediaan untuk mengandung. Asid folik ni penting untuk pembentukan saraf tunjang baby pada peringkat awal mengandung.. Murah ja,beli dekat mana-mana farmasi..


Tuesday, January 21, 2014

menyesal?

menyesalnya akuuuuuuuuuuuuu...

simptom pengantin baru.. mula-mula kahwin ada rasa adoiii menyesalnya aku kawin...susahnya jadi isteri..semua kena buat..bangun awal pagi. lepas subuh tak boleh tido membuta dan sampai pukul 10..kena siapkan breakfast..dah siap breakfast kena makan pagi..tak sukanya aku makan pagi..iron baju kemeja seluar slack..kemeja dekat tangan line kena tajam. ada satu line ja.. tak mao ada line macam keretapi..seluar slack dekat tengah kena ada line satu juga..arghhhh susah!

sudah suami pi kerja settle rumah pula..bilik kena kemas bau wangi..basuh baju sidai baju lipat baju..susun baju..baju kolar satu tempat..baju jersey satu tempat..baju pakai kat rumah satu tempat..baju jenjalan satu tempat.kemeja hang kemas-kemas..kemas rumah settle masak pula..adoi,yang ni yang serabut kepala..dari malam tido tak lena pikir nak masak apa..tak leh pikir tanya pak cik google pula..tengahari suami balik makan..pergi kerja pikir masak petang pula.nak buat kek ka lengat ka serawa ka cucuq ka..dahhh runsing lagi..

pejam celik pejam celik tudia mengandung pula..mula-mula aoww jadi ibu muda..seronoknya ada baby..tapi ya allah susahnya..macam-macam dugaan ALLAH bagi untuk dapat penyambung zuriat..susahnya pula mengadung ni kan..tapi alhamdulillah tak dak alahan langsung..sepanjang mengandung tak pernah muntah..sebaliknya nak makan ja. sampaikan tengok muka orang pun nampak makanan..contohnya,ada member baik ni kan asal terengganu, tengok muka dia terus teringat nak makan keropok lekor. tak kira lagi buka FB..apa yang orang post semua teringin.jahatnya hormon ni.padahal ibu yang tak leh kawal nafsu. 

TAPIIIII..

menyesal ni semua hilangg bila tak pernah-pernah sepanjang hidup dapat massage tapi sebelum tidur mesti ada orang tolong picitkan badan yang lenguh-lenguh.
menyesal ni hilang bila ada orang tolong jadi badut buat lawak time rasa penat..
menyesal ni hilang bila orang bawa pi shoping tak kesah la kat bundle sekali pun..
menyesal ni hilang bila order ja makanan sampai..
menyesal ni hilang bila ada orang sanggup jadi tukang lap hingus time nangis.
menyesal ni hilang bila tak boleh pejam mata ada orang tolong zikirkan tepi telinga sampai terlelap..
menyesal ni hilang bila ada orang tolong dengar dan iakan even kita salah geram dekat sesuatu..
menyesal ni hilang bila orang bisik I LOVE U n thanks sayang..

yuhuuu 'si menyesal hilang'

Sunday, January 19, 2014

nota untuk temuduga guru

salam sejahtera

seperti yang dijanjikan aku nak upload nota-nota yang aku ada baca..
1)nota sendat. nota ni merangkumi semua dah..tapi yang ni yang tahun lepas.so, still guna pipp..yang terbaru dah pppm. untuk NKRA sama ja


2)Senarai nama ahli kabinet tahun 2013




3)ringkasan PPPM daripada 300page jadi 6 page ja..aku tao orang yang malas baca macam aku ramai..huhu

-

Interview part 2 soalan dan penampilan interview guru

Sebelum masuk bilik inerview orang yang jaga dekat luar tu akan cek dulu senarai semak yang kena bawa.
Untuk salinan yang disahkan letak dalam sampul :
1. Kad pengenalan
2. Surat beranak
3.Sijil SPM/ STPM (matrikulasi xpayah)
4. Ijazah yang BM sahaja
5.Transkrip yang BM sahaja
6.surat JPA tu..

Untuk original letak dalam clear holder :
-semua yang berkenaan diikuti sijil ka apa ka ikut suka

*Ketuk pintu sebelum masuk

Benda yang paling utama dan penting adalah penampilan ya sobat-sobat sekalian.
1) Blazer - make sure blazer tu colour blue black or black. YANG PALING PENTING ada poket kat dalam blazer untuk letak pen. Poket luar pula kalau dua-dua belah lidah poket masuk ke dalam atau letak luar terpulang. Jangan satu masuk dalam satu kat luar. Blazer lelaki mestilah butang di kanan dan blazer perempuan butang di kiri. Dalam erti kata lain selisih baju laki dari kiri ke kanan manakala perempuan kanan ke kiri.Yang ni ada interview tanya apa beza blazer lelaki dan perempuan. Then, dia cek ada poket kat dalam atau tidak. Kalau tak ada, dia kata yang tu bukan blazer kena beli lain.

2)Name tag.
Saiz untuk name tag adalah 7.5cm x 2.5 cm..WAJIB HAFAL tao..dia tanya ok.siap tanya kamu dah ukur ka belum name tag kamu. Aku hari tu memang tak pernah ukur dah kena bersyarah sekali. Nak jadi cikgu kena la ukur jangan pakai percaya ja dekat kedai.

3)Kasut
Kena pakai kasut hitam yang tutup penuh. Tumit tak boleh tinggi sangat dan tak boleh tak ada tumit langsung. Penemuduga tu dia siap suruh perempuan alih belakang and angkat kain nak tengok kasut. Lelaki stokin hitam yer.

4)Pakaian lelaki
Baju yang colour cerah dan tie plain. Jangan ada corak-corak pula

5)Pakaian perempuan
Senang cerita pakai baju kurung laa kan. Jangan terlalu over make up pula..Biasa-biasa ja.

Ok, dah habis penemuduga cek pakaian dia akan suruh duduk. Sebelum duduk protokol adalah buka butang dulu baru duduk. JANGAN TAK BUKA BUTANG..haram di sisi penginterview.he. Dia cakap sila duduk baru duduk dengan ucapan terima kasih dato'/puan/encik/tansri.

Cara duduk pula jangan silang kaki. sandar di kerusi and relax. Jangan bagi nampak tangan shaking ka apa.

Antara soalan yang dia tanya :
1. Berapa jumlah parlimen? hafal la nama ahli-ahli dalam parlimen sikit-sikit
2. Parlimen bersidang dekat mana?
3. Isu semasa - time kami hari tu isu semasa tak banyak yang kena. ada pun pasal maulidur rasul ja.
4. PPPM (pelan pembangunan pendidikan malaysia)2013-2025 :
    Antara soalan dia: gelombang PPPM, 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid, 11 anjakan..bagi master yang ni.
5. NKRA yang ada 4 tu (prasekolah, sek berkualiti tinggi, LINUS, ganjaran pengetua/gurubesar)
6.Suruh mengajar. seorang akan jadi cikgu yang lain jadi murid. peringatan, berlatih la jadi cikgu sekarang. sebab nanti kalau cara mengajar salah memang kena hantam kaw-kaw sebab dalam tu ada guru cemerlang.
7.Komponen dalam RPH. Kena tao juga ada tu dia bagi kertas untuk buat RPH sapa-sapa yang tak bawa buku RPH.
8.Pendidikan Khas ada RPI. Kena master la dalam RPI (ciri-ciri, elemen, cara nak tulis,maksud)
9.Yang ni paling banyak kena tanya. Apa-apa yang berkaitan dengan kos anda. Kalau budak sejarah kena la tao sejarah-sejarah purbakala, kalau budak Arab kena la tao maksud-maksud nahu, dll.
10. Situasi dalam kelas. Macam mana nak handle kelas. dia bagi situasi pastu kena pikir macam mana nak handle situasi.
11. Ada bilik yang dia suruh perkenalkan diri dengan cara yang paling best. so, dok saja-saja cakap depan cermin.
12.Falsafah pendidikan kebangsaan jangan lupa ya cikgu.

Yang ni ja kot yang saya ingat..nanti saya akan upload nota yang saya ada pula




Saturday, January 18, 2014

Interview Part 1

semoga anda semua sihat..
since ramai org dok tanya macam mana interview..disebabkan panjang nak cerita..so,aku terpaksa buat medium blog ni utk review semua pengalaman aku sepanjang 2 hari dkt putrajaya..
15.01.13 teman en.abi interview...16.01.13 pn.ibu pula interview..

bismillahhirrahmanirrahim..
15.01.13 bilik temuduga 6 jam 9.30pagi.
kami bertolak siang 14.1 then decide utk stay sana..for those sapa yang ada sedara yang keja dekat mana-mana pejabat di putrajaya boleh tlg booking rumah komuniti..rumah ni murah ja RM65 utk semalam.not bad rumah dia ada 3 bilik 2 bilik air. Kami stay rumah komuniti presint 11. En.abi sangat steady dengan tak study apa lagi.malam tu berjaga la beliau dengan memaksa bini untuk teman study.

Pagi tu kami keluar rumah pukul 8.15pagi since nak cari tempat guna waze dekat presint 1. rupa-rupanya dekat ja. Perjalanan just ambil masa lebih kurang 15minit. Tak payah prepare roti sebab putrajaya tak jem.huhu So, tunggu la kami kat luar sebab dalam spp boleh masuk setengah jam sebelum. Orang yang teman tak boleh masuk ok. tunggu la aku  kat luar dengan panas terik ditemani anak dalam perut yang kuat tendang sebab lapar. Nak masuk dalam pula banyaknya prosedur dia.. Mula-mula cek beg, then beratur untuk ambil pas. Make sure prepare kad pengenalan dan lesen bergambar untuk kita bagi dekat guard dia. Lepas tu kena tangkap gambar baru boleh masuk. Pass yang diberi simpan dalam poket elok-elok. Jangan gantung dekat blazer atau baju pula sebab protokol time interview mana boleh gantung apa-apa selain name tag anda.

Time temuduga untuk en.abi pukul 9.30pagi and dia dapat kumpulan 2. Waktu tuggu untuk temduga tu, orang yang interview pukul 7.30pagi pun tak settle lagi. Ya ampun, tunggu punya tunggu pukul 12tengahari baru kena interview. satu kumpulan ambil masa antara 45minit hingga 1jam 30minit. Ikut nasib la kan dapat penginterview mesra terlebih..huhu

Bersambung....




Friday, January 17, 2014

assalamualaikum..
nama aku nur syamim binti abd rahim..remaja tua tapi baru dalam blog. dah tua baru belajar nak berblog..
aku merupakan penganggur yang paling berjaya menternak kilogram dalam masa 3 bulan.
aku juga pengangur yang berjaya menambah delegasi keluarga serta menambah rakyat malaysia.
Insya allah mom to be and teacher wanna be..