Assalamualaikum =)
Setelah sekian lama terperap dekat hospital..hari ini baru kulit kena cahaya matahari..menjaga orang sakit lagi susah pada jaga diri sendiri sakit..alhamdulillah,adik paling kecik a.k.a adik paling manja dah discharge.. sedar tak sedar dah 8bulan jadi isteri orang dan dah 3 tahun usia perkenalan..acecei..baru 3 tahun orang lain 30 tahun dah kan..3tahun pun dah banyak kenangan sampai terlupa dah tarikh-tarikh sejarah perkenalan..ok,lepas ni blog ni juga akan dijadikan diari untuk anak ibu baca bila besar nanti. =)
Selalu kenang balik rasa macam JODOH adalah ketentuan yang paling undescribable.. siapa sangka teman sekelas adalah jodoh..siapa sangka setelah banyak dugaan dan halangan,alih-alih dia juga jodoh kita..siapa sangka orang yang pada mulanya dalam hati kata argh not my taste adalah jodoh kita..siapa sangka laki yang hebat diberikan kepada kita yang tak hebat..siapa sangka laki yang skema adalah jodoh kita..(ok,yang ni lawak)..
Ayat lawak first yang tak disangka sepanjang persahabatan kami "tunggu tau, insya allah kita akan kahwin"..dalam hati aku macam ala main-main ja kan dia ni.. bulan depan dah siap dia beli kain telekung, kain lace bagai suruh buat baju tunang.. Dalam minggu depan mai pula hantar orang merisik.. JODOH..mudah kan.. Dan minggu depan pula tunang tetap tarikh tentu belanja..
Sepanjang tunang, alhamdulillah tak berat dugaan dan godaan dari syaitan. Ada la juga sekali dua.. Ni bukan lebih kepada dugaan, lebih kepada godaan syaitan. Syaitan tak ada sekoq pun yang suka makhluk kat bumi ni kahwin. Macam-macam cara dia akan hasut suruh kita jadi tak mao nak kawin. Pernah duduk saja-saja rasa macam panas hati ja nak bagi balik semua cincin..nak lari pi duduk jauh-jauh nak ulang balik masa tak mao kenal dia. Yang ni normal..selalunya lelaki kena kuat..tak yah la layan perangai perempuan yang tiba-tiba mai angin ribut taufan Sandy, Katrina Rose ka pa..Hampa puak laki buat tak reti dah la..Nanti dia sejuk dia cari balik aih. Habes kuat merajuk tutup fon tapi dalam hati 5 minit sekali buka nak tengok berapa banyak miscalled ada..huhu
At last selamatlah aku dipuankan pada 15.6.2013..dekat-dekat tarikh nak nikah boleh pula last paper exam jatuh 14.6.2013..bayangkan esok nikah, malam tu baru sampai dalam kul 11 pakai inai esok pagi pi kedai mekap. Pernah tak tengok orang kahwin baju simpe tak dak manik langsung..haha aku la tu..memang dalam hati buat bagi lepas ja akad nikah..dengan sekali lafaz..first time juga dalam hidup dengar orang lafaz nikah "saya terima nikahnya" sapa lagi kalau bukan laki den juga..(skema tak skema guna saya)..hehe.
Jangan takut untuk bina masjid.. Jangan guna ayat alaa tunggu la stabil dulu sikit..Percaya laa rezeki insya allah akan ada. ALLAH akan tolong umat dia yang nak mendirikan masjid dengan niat yang ikhlas. Sebab dah rasa macam sampai bila kita nak macam ni, baik kita kawin ja kan..at least perasaan sayang selepas kawin boleh tambah pahala daripada dok buat maksiat sebelum kawin..yaa,kami tak nafikan yang kami juga hamba ALLAH yang selalu lalai melayan perasaan cinta..tapi tak dak la sampai kentut hang pun wangi..kentut sebelum dan selepas kawin sama ja busuk azabbb oi.haha
Puas la usaha mencari duit..ikat perut juga la nak simpan duit kan..time ni kesiannya tengok en.abi bekerja tiap-tiap kali cuti sem, pastu berniaga lagi time belajar, simpan duit kpm lagi (ok,yang ni rahsia) nak bagi cukup duit..alhamdulillah cukup dan nikah la kami.. Mula-mula risau kan dah la masing-masing baru habis belajar lepas ni nak hidup macam mana ni..Kerja pun tak dak lagi..Posting macam-macam versi dengar setahun lagi la, dibekukan la, nak ambil sikit ja la.. TAPIIII kan dah cakap janji ALLAH itu pasti..alhamdulillah, macam-macam rezeki masuk. tak semestinya dalam bentuk duit, dalam bentuk apa yang kami buat tak pun rasa susah..Dulu kalau pi kedai makan megi goreng sepinggan pun rasa tak kenyang lagi kan tapi kuasa ALLAH kadang-kadang megi goreng beli sebungkus share 2 orang pun rasa kenyang tak sangka.
Orang yang mai kenduri banyak bagi hadiah sampaikan kami masuk rumah dah lengkap semua..Kebetulan lagi ada member abah nak pindah rumah, then dia tak mao barang dalam rumah dia, dia sedekah semua..(kan rezeki semua ni)..ada orang sangka tak nak dapat semua ni..Mengandung ni pun rezeki..Selalu terdetik dalam hati teringin itu ini tapi ALLAH bagi dalam bentuk rezeki. Pernah sekali teringin sangat pi belajar ilmu untuk menyusukan baby dekat swasta..tak sempat nak daftar, check up dekat hospital ada nurse ni panggil masuk untuk dengar talk tentang breastfeed..ada tu teringin nak makan dominos sekali abah dah delivery dah kat rumah.rezeki kan?
Siapa kita untuk menidakkah qodo dan qadr yang dah tertulis..siapa kita nak tetapkan yang kita tak dak duit sebab tu tak mao kawin..siapa kita nak pi tanya kat orang tu,bila hang nak kawin..bila hang nak dapat anak..bila hang nak tambah anak..bila hang nak tambah lagi satu (yang ni melampau).. kita hanya mampu USAHA dan terus USAHA..lepas tu DOA..dah sudah doa TAWAKAL =)
No comments:
Post a Comment