..ASSALAMUALAIKUM..
Setelah bertahun lamanya tak update bahkan menjengah bahkan lalu bahkan buka pun idak blog ni..hari ni tergerak hati nak buka langsung update blog. Ramai yang tanya "weh sakit dak bersalin", "weh hang rasa camna waktu nak bersalin", "weh waktu hang dekat-dekat bersalin tu jadi camna", "weh baby kuaq camna" ok yang last tu melampau..huhu.. mari dengar cerita pengalaman aku kuarkan nyawa sebesar 2.7kg ni.. sesungguhnya pengalaman bersalin ni adalah sweet moment seumur hidup..sweet ka?huhu
29 - 30.4.2014
Aku memang dah pujuk-pujuk en.abi nak ikut mana-mana ja dia nak keluar. Aku siap cakap lagi dia ubah kereta depan rumah pun aku nak ikut..haa sampai tara tu. nasiblah dapat abi yang layankan aja. Abi bawa aku buat kerja seharian. Keluar cari quotation, keluar jumpa pekerja, keluar site visit semua aku ikut. Turun tangga naik tangga semua aku gagah juga dengan perut yang sarat time tu. Padahal memang tak larat sangat-sangat tapi aku tak berani bagitao takut kena tinggal duduk rumah..huhu.Waktu ni aku dah 38 minggu dah.
Last sekali 30.5 lebih kurang pukul 5 balik rumah kejap nak ambil barang. Then rasa tak sedap hati, cek ada turun darah sikit. Cakap kat mama, mama cakap ok lagi tu bagi rasa sakit betul baru pergi hospital. Kalau ikutkan nak pergi time tu juga sebab eksaited bukan main dah time tu. Yalah dok bayang muka baby dah. So,untuk bagi cepat buka ajak en.abi sambung keluar jenjalan lagi..
1.5.2014
Malam tu dah tak boleh sangat tidur sebab darah semakin banyak keluar tapi perut baru rasa sikit-sikit ja sakit. Tapi memang kerap membuang ja. Pukul 2 pagi tetiba mula rasa sakit tapi rilex ja. Seronok sebenarnya dah rasa sakit tu. Sambil sakit sambil senyum. Boleh macam tu. Pukul 4 mula rasa sakit lebih sikit. Kejut abi, abi siap-siap terus pergi Hospital Sungai Petani. Barang baby memang dah siap-siap letak dalam kereta sejak 36minggu lagi. Sampai hospital boleh nurse buat rilex-rilex sambil menguap-nguap tulis nama, cek berat, cek urin bagai. Time tu juga la nampak orang baru turun dari ambulans dah nak bersalin sangat-sangat. Perasaan eksaited terus terjun ke cuak.
Then cek bukaan baru 1cm kata doktor. Dia suruh balik dulu, dia cakap setakat sakit sikit-sikit tak payah lagi la mai hospital. Tunggu 4cm baru datang hospital. Sedangkan time cek tu nurse bagitahu kalau turun darah terus ke hospital yer. Dalam hati kalau lah aku boleh cek bukaan sendiri lama dah aku buat sendiri. Mana la tao 1cm ka 4cm..then camna pula rasa yang sakit betul-betul tu. 1cm pun dah rasa sakit.
So, dengan perasaan nak marah tak marah bebai tak bebai suruh hubby beli sarapan nasi lemak lauk ayam, roti canai, milo ais. Punya la lepas geram..huhu. Balik rumah hubby suruh baring ja. Time tu pun dah mula layan contraction. Time sakit ja minta hubby urut belakang. Baru la rasa ada hikmah tak kena tahan wad lagi. Kalau dekat wad sakit sorang-sorang la layan sakit tu. At least kat rumah kalau sakit ada tempat nak tumbuk-tumbuk bahu..hehe.
Tengahari memang tak larat dah nak keluar, mama datang rumah hantar makanan. Nak cepat buka, jalan satu rumah ulang alik. Ingat nak mop lantai, abi keras say No, takut jatuh.. Kalau untuk kurangkan sakit, time contraction tu duduk dalam keadaan sujud then goyang-goyangkan punggung. Sangat membantu. Dah petang tu start minum air zam-zam dengan kurma tak berhenti. Then decide untuk balik rumah mama kot-kot apa jadi senang.
2.5.2014
Sakit tu betambah-tambah dan semakin kerap. Mula-mula setengah jam sekali pastu naik jadi 10 minit sekali. Abi pula stay dalam ofis dalam rumah buat kerja bagi selesai sebab nak cuti lama-lama nanti. Mama teman dalam bilik. Memang time tu tak tahan sangat dah. Nak ke hospital kerajaan takut kena balik lagi. Then tak tahan abi decide ke swasta ja. Kebetulan banyak kali juga check up dekat Amanjaya Specialist Centre dan feedback dari mak saudara yang bersalin dekat situ pun positif.
Sampai ja hospital dalam pukul 9 monitor CTG bagai cek-cek bukaan dah 4cm. Doktor cakap lambat lagi nak bersalin kemungkinan petang. Nurse bagi ubat untuk berak dan siap-siap panggil suami teman. Kebaikan swasta suami boleh teman sepanjang masa. Memang saat-saat genting macam ni sokongan dan belaian suami sangat membantu kita untuk lebih kuat. Nurse cek air ketuban tetiba ja dah leaking dan kering. So, kena induce. Time ni ya allah tuhan sahaja yang tahu, nyawa macam di hujung tanduk. Suami banyak tenangkan dan ingatkan untuk zikir, mengucap di samping dia pun baca doa tepi telinga. Sekali rasa macam dah penat sangat layan sakit tu, suami suap kurma dan air zam-zam. Tetiba terus rasa macam nak terberak sangat-sangat. Cakap dekat nurse saya rasa tak tahan nak membuang. Nurse tak percaya then dia cek terus terbuka full.
Dengar dia cakap macam tak percaya cepat sangat buka ni. Sejam dah buka full. Time tu dah pukul 11. Siap-siap alat untuk bersalin semua, nurse ajar cara nak push. Sekali buat tak pandai lagi. Suami pula bagi kata-kata semangat terus push tetiba ja ada benda doktor letak atas perut. Time tu macam tak percaya laa yang ni ka baby. Nasib tak terbaling anak. Sebab time tu terkejut apa benda atas perut ni .haha. Doktor bersihkan semua then kena tolak masuk bilik. Habis tu dengar la nurse india ni cakap, 'Oh baru tahu kalau makan kurma dan air zam-zam terbuka cepat'
Satu keajaiban bila mana selepas ja anak keluar terus sakit yang teramat sangat tu hilang. Ajaib sungguh. Lagi-lagi dapat tengok muka anak dan belai anak terus rasa penat lelah mengandung tu berbaloi sangat. Masuk ja dalam bilik dah boleh gelak-gelak dengan mama bagai. Rezeki baby bilik untuk dua orang full then dapat bilik VIP. Layanan nurse semua terbaik, sampaikan nak bangun buang air pun diorang teman sampai ke dalam bilik air.
Terima kasih ya allah atas anugerah yang tak ternilai. Terima kasih family tersayang yang sentiasa happykan diri ini. Terima kasih family mertua tercinta yang banyak support dan bagi tips semua. Terima kasih rakan-rakan dari fb terutama sekali dari group momtobe yang tak habis-habis sentiasa letak tips dan pengalaman masing-masing. Dari sini la aku belajar tentang parenting dan pregnancy skills.
No comments:
Post a Comment