ASSALAMUALAIKUM.
Live dari perjalanan mencari ilmu lagi sekarang. Kali ni bersama Virus Marketing. Siapa tak kenal virus "Rugi oi Rugi". Hebat sangat depa ni sampai boleh buat Nuraysa dan Sofea Ilias jadi jutawan dalam masa setahun. Nuraysa Beauty tu lagi lah, Jutawan Bulanan. Haishhh semoga Syamim Rahim berjaya menjadi jutawan bulanan tahun depan. Aminn~
Hari ni juga first time berenggang dengan anak dan suami. Rindu betul bau masam anak. Masam yang wangi bagi semua ibu-ibu. Buka ja mata mesti cium anak terus. Anak oo anak, Rasanya kat mana ibu pergi, mesti teringat anak, Sembang dengan akak sebilik ni even anak dia dah besar pun masih teringat anak kat rumah. Itulah ibu. Ibu always ibu. Tak ada ibu yang tak sayang anak. Saya berani jamin, yang buang anak tu pun sebenarnya sampai sekarang hati dia terasa berdosa, meraung hati sebab mereka buang anak tu. Tapi apakan daya, nafsu lagi tinggi dari akal.
OK! Dah lama janji sebenarnya cerita ni. Tapi saya harap sangat, jangan di salah tafsir apa yang saya kongsi. Perkongsian ni pun dari pm inbox rakan-rakan yang tanya saya bagaimana kisah saya berhijrah.
Siapa kenal saya yang dahulu, kenal lah. Saya pun seperti anda semua malah lebih teruk. Kalau dulu beli jeans, dah kecil pun pergi lagi kedal alter lagi bagi kecik. Haha. Nak betul-betul ikut kaki. Kalau tak, rasa sngat tak selesa. Kalau boleh masuk angin dalam seluar tu tak best lah. Baju pun nak pakai baju yang size kecik dari badan. Bukan ibu bapa tak tegur. Saya yang pakai curi-curi waktu life sendiri. Tak ada jati diri langsung. Depan ibu bapa baik, depan kawan-kawan tunjuk style.huu. Ok, dah setakat tu sahaja. Barang lama usah dikenang.
Sebelum kahwin, waktu berkawan, taufiq tak pernah tegur pasal penampilan saya. Dia pun okay ja. Bertunang mula cakap sikit-sikit sahaja. Dah kahwin dia main secara halus.haha. Mula dia cakap je. Ayat dia cenggini, "sukanyaa tengok pakai cmtu, sukanya tengok pakai camni "...
Saya pula time tu ada juga ego, dah dia puji orang lain "dah suka, bawa la pi beli baju tu terus" Dah tu, dia bawa betul cari baju. Ingatkan tak ada duit. haha. Almaklumlah time tu tak posting lagi. Dia cakap saya pilih awak pakai. Saya mula tukar penampilan dengan seluar. Bermula dari bahagian bawah hingga atas.
Mula kita beli kasut bertutup. Satu aurat bahagian kaki yang paling orang tidak ambil berat. Orang anggap kaki tu bukan aurat. Dari kaki orang lelaki dah boleh imagine macam-macam. Jangan salahkan lelaki kalau kita pun tak jaga aib kita. Kita yang bagi mereka scan badan kita. Yang ni ayat sentap yang saya dengar dari seorang penceramah wanita. Dah pakai kasut, mestilah kena pakai stokin.
Dah tu tukar dengan seluar jeans kepada jeans yang lebih besar dan longgar. Saya memang tak suka pakai skirt. Sebab saya ni lasak. Anak saya pun lasak. Kalau pakai skirt takut terangkat kain waktu jalan. hee. Lepas tu saya suka travel dengan suami berdua naik motor. Pakai kain terangkat lagi tak selesa. Tak pasal viral kisah, wanita berniqab , terangkat kain naik motorsikal. hee
Dah pakai palazzo, mestilah nak cari blouse yang selesa. Saya suka follow irine nadia, dena baharin, dan ramai lagi ibu muda yang bawa perwatakan menutup aurat lebih cantik. Saya tanam dalam hati, saya pun nak jadi ikon macam ni supaya ramai orang tidak takut untuk berubah ke arah kebaikan. Saya tahu, ramai orang sebenarnya tak tahu untuk berpakaian dengan anggun tapi masih patuh syariah 100%. Jangan risau,saya akan cuba bantu anda semua.
Untuk niqab tu, kawan baik saya yang mula berhijrah dulu. Dulu saya pun tak suka tengok orang berniqab. Hati busuk lah katakan. Bila kawan saya yang mula pakai, saya secara perlahan tertarik. Terima kasih Jannah Yahaya. Semua benda kami buat sama-sama, tak kan tak mahu sama-sama ke syurga juga.
Perasaan selepas berniqab "AWESOME WALHAMDULILLAH". Saya pakai bukan sebab saya baik, Saya pakai sebab saya nak berubah kearah kebaikan. At least, bila saya nak buat jahat saya takut sebab saya berniqab. Buat apa pakai niqab tapi jahat. Tak guna berpanas-panasan, bersusah payah cover semua tapi buat jahat. Saya cuba pujuk hati saya sedikit demi sedikit. Saya nak ALLAH ampunkan dosa saya dengan usaha kecil ni. Saya takut sebenarnya nak hadap alam kubur. Saya tak pernah bersedia.
Jom kita sama-sama berubah. Dunia kita dah tenat. Kita tak tahu lagi berapa saat kita tinggal dekat dunia. Hari ni bangun pergi kerja, tetiba esok pagi bangun ada malaikat munkar nakir dekat tepi. Siap tanya, hang bagi reason pasai pa tak tutup aurat dulu. Nak jawab apa nanti?haaaa tak tao lahhh..
Untuk anda kat luar, yang mana nak sharing kisah boleh direct pm syamim 019 436 1787. Syamim cuba guide anda untuk berfesyen dengan cara yang betul, cantik dan lebih selesa.
Terima kasih customer Syamim yang beli produk syamim. Anda kelihatan cantik bila pakai seluar kami..
Tuesday, December 1, 2015
Monday, November 9, 2015
Kerugian semalam, kemenangan hari ini
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah, syukur ALLAHUAKBAR. Hanya Allah yang maha berkuasa. Di saat saya mula rasa down dan sedih, Allah bangkitkan semangat saya melalui video yang Dr. Azizan share dekat wall. Hari ni saja saya dah approve 60 orang rakan baru. Bukan saja-saja Allah jentikkan hati rakan untuk add kita tao, Allah sebenarnya bagi amanah untuk berkongsi serta bertukar ilmu sesama kita.
Semalam, satu tragedi sedih dah berlaku. Siapa cakap bisnes itu mudah. Nampak mudah pada mata kasar tetapi memerlukan emosi dan fizikal yang kuat. Kami diuji bilamana production kami untuk plus size ada beberapa defect. Semua stok yang dah siap terpaksa dibuang sebegitu sahaja. Memang prinsip saya, tak akan jual barang walaupun sedikit defect. Semua production plus size harus dimulakan balik. Rasa down sangat. Balik tu termenung 10minit. Pikir balik, apa yang aku ada buat salah dengan ALLAH ni. Bincang dengan tuan Taufiq, beliau berikan semangat dan kami perbetul semua kesalahan dan tidur.
Bangun pagi ni dengan sinar baru. Bersiap awal pagi keluar makan satu keluarga. Balik dari makan, masuk whatsapp dan inbox orang ucap tahniah. Pikir balik apa yang tahniahnya. Ya ALLAH terharu. Perkongsian yang secebis rupanya memberi manfaat dan semangat kepada beribu manusia. Saya hanya berkongsi pengalaman ikhlas dari hati saya.
Allah hendak uji sejauh mana kita bersabar dengan ujian yang diberikan. Ni baru permulaan sangat dalam bisnes. Baru suam-suam kuku dalam bahasa jawanya. Impian saya ingin berada dalam kalangan kelompok nama yang besar dalam industri fashion muslimah di Malaysia seperti Calaqisya, Bella Ammara, Minaz dan banyak lagi. Perjalanan mereka pun bermula dari bawah. Calaqisya bermula dengan tapak pasar malam manakala Bella Ammara bermula dengan jualan telekung.
Dahulunya, sayalah orang yang paling skeptikal dengan Dr Azizan Osman. Apa yang saya usahakan sekarang adalah tanda maaf kepada suami saya. Suami saya pernah menghadiri seminar IJI dahulu. Pulangnya suami saya dari IJI, saya langsung tidak menyokong setiap tindakan beliau malah saya selalu downkan semangat beliau.
Betapa berdosanya saya. Saya tidak percaya apa yang diceritakan beliau sehinggakan satu hari beliau bawa saya ke satu seminar percuma Dr Azizan Osman. Dari situlah bermula kisah kejayaan saya. Tuan/puan boleh membaca di perkongsian saya yang lepas.
Saya bangkit berusaha sekarang untuk menebus balik kesalahan saya kepada suami. Saya nak kami sekeluarga berjaya dengan menambah nilai kepada semua orang. Nilai ni juga akan menolong kami menambah pahala untuk mengecapi redha ALLAH.
Berdirinya saya ke tahap ni juga merupakan support terus-terusan dari suami, keluarga saya dan juga keluarga suami saya. Mereka tidak pernah putus asa serta menjadi orang yang sangat memahami keadaan saya.
Terima kasih juga kepada customer yang sentiasa support produk kami. Sehinggakan kami ada customer yang membuat collection setiap keluaran palazzo kami. Palazzo kami limited dan terhad kepada beberapa ratus pieces untuk satu collection.
Kepada yang belum melihat video yang saya ceritakan di atas, boleh klik video ni
Sayalah zoro palazzo. Gelaran Dr Azizan Osman.
x
Sunday, November 1, 2015
Terima Kasih Suami =')
ASSALAMUALAIKUM
Selamat Datang ke Blog Syamim Rahim. Seperti yang dijanjikan nak cerita kisah cinta 4segi kami. Huu 4 segi ok.. Tak main la 3 Segi. Sebelum tu, Alhamdulillah syukur Ya Allah kau berikan aku family yang sempurna. Saling melengkapi antara satu sama lain. Kau berikan suami yang boleh membantu dalam semua hal. Anak yang tak banyak ragam dan bijak, paham waktu ibu penat.
Nak cerita kisah permulaan berniaga nanti akan saya update di lain entry. Saya bermula dalam bidang pakaian ni setahun lepas bulan September 2014. Mula berniaga sebab saya mula bertukar imej kepada lebih mematuhi syariah. Asalnya saya juga masih mencari identiti dalam hidup. Menunggu hidayah itu sampai tanpa berusaha. Arghh barang lama usah dikenang kan. hee. Sampaikan hingga sekarang tak suka kalau tengok gambar kahwin. Kenapakah susah-susah pakai semua tu.hee
OK. Kejayaan dalam passion saya bermula selepas balik dari IMKK. Boleh follow entry lepas. Satu kejayaan yang saya tak pernah jangkakan. Kalau lah saya tahu berniaga itu mudah macam tu ja, dah lama saya buat. Tapi itu 'KALAU'. ALLAH memang tak suka guna ayat kalau. Sebab Allah suruh kita cari ilmu. Biarlah hebat mana pun ilmu tetap kena cari. Saya hadiri kelas MMM baru-baru ni dengan pengasas Bella Ammara. Orang yang sudah hebat pun masih mencari ilmu.
Memang dari kecil, saya suka berniaga. Ya, saya pernah jual sticker zaman sekolah rendah. Beli pasar malam, gunting letak dalam album setem pastu jual. Hee. Laku keras ok produk tu. Bukan bermakna ayah saya businessman baru saya ada darah berniaga tu. Family saya juga bermula dari bawah. Bukan terus jadi macam sekarang. Cuma apa yang saya contohi atau jadikan model adalah semangat yang ayah saya ada.
Waktu di IMKK, suami saya tanpa pikir panjang terus subscribe pakej VIP untuk saya hadiri kelas MMM (Milionaire Marketing Mastery). Kelas ni DAO cerita 245 strategi untuk marketing dan kebanyakannya langsung tak guna modal. Setelah tengok sale yang masya Allah hebatnya, suami tanpa pikir panjang dia upgradekan pakej dari VIP ke Super Supreme.
Apa yang buat saya terharu adalah pengorbanan beliau melaburkan duit simpanan beliau untuk beli motorsikal. Ya, suami saya seorang guru yang bekerja keras untuk membantu orang OKU dari segi pendidikan, sosial dan kerohanian. Beliau berulang alik dari rumah ke sekolah 50km sehari dengan hanya menaiki motorsikal EX5 peninggalan arwah atuk beliau. Memang beliau sayang sungguh dengan motor tu. Sampaikan saya yang tak sanggup tengok beliau dah 4 kali tuntun motorsikal beliau tengah jalan.
Jangan cakap untuk beli dengan loan. Orang tak tahu pendirian seseorang. Suami saya berikan kesemua duit simpanan untuk saya maju dalam bidang yang saya minat. Bidang saya untuk membantu wanita yang dahulunya seperti saya, lasak dan tidak menitikberatkan aurat di bahagian kaki. Pakai apa yang rasa selesa. asal boleh berjalan. Saya ingin menolong wanita menukar penampilan dari seluar biasa kepada palazzo yang mana cuttingnya lebih loose dan bergaya sepenuhnya. Sekiranya wanita suka memakai jeans, kami ada palazzo jeans yang mana cuttingnya lebih loose dan trendy.
Lebih terharu apabila beliau sendiri offer untuk menguruskan perniagaan saya dari segi production hinggalah melayan customer time saya busy seminar. Lepas balik sekolah terus ke tempat production, cek kualiti, cari material, balik balut parcel terus pos barang customer. Untuk permulaan ni memang buat syarikat Semua Syamim Sdn. Bhd. lah. Admin syamim, marketing syamim, HR syamim, Account Syamim. In shaa allah bulan depan maju setapak hire seorang PA.
Ada sebab kenapa ALLAH letakkan taraf syurga kepada orang yang kita sayang. Suami apa yang dia buat semua untuk isteri. Isteri pula apa yang dia buat semua untuk anak-anak. Pernah tak jadi simptom ibu-ibu bila pergi mall mesti terus ke tempat baju anak. Bukan lagi dah untuk cari baju sendiri. Baju saya last beli pun tak ingat bila. Semua baju dany ja penuh kat rumah sekarang. Thats why, isteri wajib patuh suami manakala anak wajib patuh ibu.
Ok, jam pun dah pukul 6pagi. Kena siap-siap untuk berkhidmat dengan kerajaan pula. hee. Bukan senang nak senang. Kudrat saya bukan hanya untuk gaji RM3000 sebulan. Nanti tunggu untuk lain entry tentang kisah mula berniaga pula. Last nak tunjuk dua muka kesayangan saya..
Terima kasih papa.
Terima kasih dany.
Doakan kejayaan ibu untuk umat Islam semua.
Saturday, October 24, 2015
IMKK UBAH HIDUP KAMI
Assalamualaikum
20 hari telah berlalu. Sampai sekarang terngiang-ngiang suara Dr. Azizan Osman(DAO)
First thing mesti semua orang nak tanya result dulu kan??
Ok, lepas saya balik dari IMKK, pendapatan saya melonjak kepada 5 KALI GANDA.
Haaaaaa..mesti semua tertanya-tanya apa yang saya buat.
Tak ada apa pun tuan puan semua. Saya follow apa yang Dr. Azizan cakap ja. Tapi benda ni semua, tuan puan pun selalu buat.
Konsep biasa ilmu bisnes :
Membezakan saya yang dulu dan sekarang adalah jiwa. Lepas balik pada IMKK saya rasa macam dunia saya yang baru. Hati macam dilahirkan semula.Sebelum ni semua nampak tenang tetapi sebenarnya hati ni sakit. Akal pula penuh dengan benda negatif.
Satu slot yang akan turn anda 360 darjah adalah slot Kolam Jiwa. DAO minta kita tutup mata, membayangkan diri kita waktu kita kecil yang tak ada dosa dengan diri kita sekarang. Tapi ayat-ayat DAO mampu mengalirkan air mata satu dewan. Laki pun tak malu menangis.
Apa yang lagi terkejut. Kebanyakan laki akan buang kotak rokok serta merta. DAO ada menjalankan test.. Energy orang yang ada rokok walaupun sebatang di badannya, energy tu memang lemah. Rezeki akan tertarik kepada energy yang kuat. So, kalau ada di antara kenalan atau anda sendiri yang nak berhenti rokok, saya sarankan tak payah susah nak pergi jumpa kaunselor. Balik IMKK mesti takut nak pegang rokok.
Dah cuci kolam jiwa, minda kita akan bersih dari gejala negatif. Benda first kena buat DAO pesan, cepat unfollow orang yang update pasal benda negatif. Kalau nak block terus pun tak apa. Sebab benda macam ni akan down kan balik kita. Lepas tu add friend rakan-rakan IMKK yang baru. Rakan IMKK kita semua yang telah di setkan positif. Lepas ni news feed akan penuh dengan status positif sahaja.
Lepas tu follow mentor-mentor besar bisnes. Nak jadi jutawan kita kena berada dalam kelompok jutawan. Copy apa jutawan buat paste dalam diri kita. Setkan minda kita income apa yang kita nak. Set minda ni penting. Pernah tak anda terjadi situasi ni
" Anda nak beli kereta vios. Memang di minda asyik kereta vios saja. Lepas tu keluar jalan asyik nampak kereta vios saja. Buka surat khabar nampak kereta vios. Buka internet naik iklan kereta vios. Kawan update dapat kereta vios "
Haa macam tu lah juga keadaan dia sekarang. Anda mengawal minda anda. Kalau anda set minda anda RM 20,000..nanti tindakan akan turut bekerja seperti RM20,000.
Dah siap semua. Kita submit doa pula. Ada kaedah untuk submit doa sebenarnya. Sebelum ni submit doa malu alah dengan Allah. Ya Allah berilah apa yang termampu. Aku nak pakai rumah besar. Lepas tu bila Allah bagi rumah panjang jangan marah tao. Rumah besar juga tu, hee..
Doa kena jelas.
Sebelum doa, kita bersyukur dulu atas apa yang kita ada hari ni. Kita ada mata, ada telinga, ada mulut, ada tangan, ada kaki. Pernah tak kita berterima kasih kepada Allah untuk semua ni. Tao guna ja 24jam tapi langsung tak berterima kasih. Dah bersyukur kita minta. Ya ALLAH aku bersyukur aku telah dapat RM20000 pada bulan November 2015. Sebut jelas ringgit, tarikh semua tu. Bayangkan yang anda dah dapat. Ingat satu ja. Tips kejayaan, 80% kerohanian 20% usaha.
Nak cerita pengalaman saya. Saya pernah pergi seminar DAO 2 tahun lepas. Waktu tu saya tengah mengandung. DAO minta kita tulis impian atas kertas. Saya tulis main-main apa yang terlintas di fikiran. Subahanallah, berkat doa ibu mengandung, setahun lepas tu Allah lengkapkan semua impian saya. Saya nak ada rumah sendiri di KL, saya nak beli kereta baru, saya nak bersalin swasta. Semua Allah lengkapkan.
Padahal sebelum tu saya dah pergi hospital kerajaan, Disebabkan nurse minta saya balik dulu. Terus kami pergi swasta. Punya la Allah nak tunaikan impian saya. Ajaib kan..
Ok..Lepas ni saya sambung lagi waktu yang mujarab untuk submit doa.

- Solat 5 waktu
- 5 solat sunat (sunat fajr, sunat dhuha, sunat taubat, sunat tahajud, sunat witir)
- Sedekah
- Selawat 1000x

Wednesday, August 19, 2015
SEMINAR DR AZIZAN
bismillah~
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARAKATUH
Ya ALLAH..Cepatnya masa berlalu..
Setahun dah tak update blog..terasa kekok ni nak tulis..tulis assalamualaikum pun padam 5 kali..siap lupa password emel lagi..pastu buat emel lain..lepas setahun password sampai dalam mimpi..terus bangun tulis blog balik..haha..sekarang pukul 5 pagi..suami dan anak enak dibuai mimpi siap mamai lagi dekat tepi..
Macam tak percaya berjaya mengharungi menjadi ibu dan isteri kepada dua arjuna ni..dulu perangai macam budak-budak sekarang gaya intro pun nampak matang sangat..erk
OK..entri first setelah setahun nak cerita tentang seminar dr azizan..DULUUUU saya la orang yang selalu condemn dr. rasa macam ntah apa-apa dr jijan ni..kelas sampai RM3000..tamak ka apa dr ni,,sampailah laki i brainwash.."ayang oi, u belajar dekat universiti yuran RM36,000 untuk gaji RM3,000, Dr. azizan tu kelas RM3,000 untuk income sejuta paling sikit "..aku terus "hah,abang jangan dok jadi pembuhung besaq sangat"
First aku pergi dia bawa seminar free dekat sunway penang..time tu aku pregnant dany..pandangan pertama aku ish apa ni orang dok terlompat-lompat..menjerit-jerit bagai.siap berdiri atas kerusi lagi..keluar ja dr azizan aku perati ja dr ni..hati time tu hitam lagi..aku kritik hat nu tak kena hat ni tak kena.last time dia bagi talk terus automatik hati aku terbuka penuh..sebab apa??apa yang dia cakap semua kena kat diri aku..memang sikap orang yang tak berjaya tu semua kena kat aku laa..
Balik tu aku mula bisnes..macam-macam aku try and error..mula dengan dropship..sebab dr azizan cakap business tak perlukan modal..yer berkat business main-main dan rezeki dany dalam perut, bolehlah survive nak bersalinkan dany.time tu kami tak posting lagi tao..lepas dua bulan dany bersalin rezeki dany lagi kami dapat pula posting dekat selangor.
Dekat KL lagi la aku pening kepala nak survive..paham-paham ja lah rumah sini macam mana.nak sewa tak padan, lastly kami decide untuk beli rumah setelah 4 bulan posting..bayar rumah bulanan pun beribu..bila keadaan tertekan, kita akan automatik akan push diri kita untuk cari income..try lagi macam-macam business.ada naik turunnya..shuben cakap laa..ni tak cukup ilmu lagi ni..lastly terdetik hati lagi untuk dating dengan dr azizan kali kedua
Second aku pergi seminar minggu lepas 15.08.2015 dekat wisma MCA Ampang..ya allah berapa ramai jutawan islam ada dalam tu..then yang aku bangga depa semua generasi Y macam kita ni..umur 27 dah jadi jutawan..nanti aku cerita entri akan datang siapa depa ni..dan semangat aku terus naik untuk join IMKK bulan Okober ni..kali ni aku siap daftar lagi dekat shuben..IMKK ni bukan semata-mata dr cerita pasal ilmu business tao..dia lebih kepada nak cuci hati dan dosa kita untuk tarik magnet rezeki..banyak dosa yang kita buat menghalang daripada rezeki masuk..
Nanti In syaa allah saya akan kongsikan ilmu yang saya dapat kepada semia..yang mana nak mula business, pi la seminar dr azizan..tak mampu yang mahal, masuklah yang RM30 tu..time ni baru anda akan terbuka minda dan akal untuk berjaya..kalau tak, kita akan sama ja dulu, kini dan sekarang..jadi kaya ni bukan untuk diri kita saja tao..kita akan boleh ubah ekonomi bangsa kita..naikkan nama Islam nanti..time ni juga la kita akan boleh tambah networking business kita..boleh buat share partner, tao selok belok nak business..
OKLAH dah subuh..nak siap ke sekolah..doakan saya kaya dan bejaya..amin~
DR AZIZAN THE BEST !!

Subscribe to:
Posts (Atom)