Monday, November 9, 2015

Kerugian semalam, kemenangan hari ini

ASSALAMUALAIKUM



Alhamdulillah, syukur ALLAHUAKBAR. Hanya Allah yang maha berkuasa. Di saat saya mula rasa down dan sedih, Allah bangkitkan semangat saya melalui video yang Dr. Azizan share dekat wall. Hari ni saja saya dah approve 60 orang rakan baru. Bukan saja-saja Allah jentikkan hati rakan untuk add kita tao, Allah sebenarnya bagi amanah untuk berkongsi serta bertukar ilmu sesama kita.




Semalam, satu tragedi sedih dah berlaku. Siapa cakap bisnes itu mudah. Nampak mudah pada mata kasar tetapi memerlukan emosi dan fizikal yang kuat. Kami diuji bilamana production kami untuk plus size ada beberapa defect. Semua stok yang dah siap terpaksa dibuang sebegitu sahaja. Memang prinsip saya, tak akan jual barang walaupun sedikit defect. Semua production plus size harus dimulakan balik. Rasa down sangat. Balik tu termenung 10minit. Pikir balik, apa yang aku ada buat salah dengan ALLAH ni. Bincang dengan tuan Taufiq, beliau berikan semangat dan kami perbetul semua kesalahan dan tidur.




Bangun pagi ni dengan sinar baru. Bersiap awal pagi keluar makan satu keluarga. Balik dari makan, masuk whatsapp dan inbox orang ucap tahniah. Pikir balik apa yang tahniahnya. Ya ALLAH terharu. Perkongsian yang secebis rupanya memberi manfaat dan semangat kepada beribu manusia. Saya hanya berkongsi pengalaman ikhlas dari hati saya.




Allah hendak uji sejauh mana kita bersabar dengan ujian yang diberikan. Ni baru permulaan sangat dalam bisnes. Baru suam-suam kuku dalam bahasa jawanya. Impian saya ingin berada dalam kalangan kelompok nama yang besar dalam industri fashion muslimah di Malaysia seperti Calaqisya, Bella Ammara, Minaz dan banyak lagi. Perjalanan mereka pun bermula dari bawah. Calaqisya bermula dengan tapak pasar malam manakala Bella Ammara bermula dengan jualan telekung.




Dahulunya, sayalah orang yang paling skeptikal dengan Dr Azizan Osman. Apa yang saya usahakan sekarang adalah tanda maaf kepada suami saya. Suami saya pernah menghadiri seminar IJI dahulu. Pulangnya suami saya dari IJI, saya langsung tidak menyokong setiap tindakan beliau malah saya selalu downkan semangat beliau.




Betapa berdosanya saya. Saya tidak percaya apa yang diceritakan beliau sehinggakan satu hari beliau bawa saya ke satu seminar percuma Dr Azizan Osman. Dari situlah bermula kisah kejayaan saya. Tuan/puan boleh membaca di perkongsian saya yang lepas.




Saya bangkit berusaha sekarang untuk menebus balik kesalahan saya kepada suami. Saya nak kami sekeluarga berjaya dengan menambah nilai kepada semua orang. Nilai ni juga akan menolong kami menambah pahala untuk mengecapi redha ALLAH.




Berdirinya saya ke tahap ni juga merupakan support terus-terusan dari suami, keluarga saya dan juga keluarga suami saya. Mereka tidak pernah putus asa serta menjadi orang yang sangat memahami keadaan saya.




Terima kasih juga kepada customer yang sentiasa support produk kami. Sehinggakan kami ada customer yang membuat collection setiap keluaran palazzo kami. Palazzo kami limited dan terhad kepada beberapa ratus pieces untuk satu collection.




Kepada yang belum melihat video yang saya ceritakan di atas, boleh klik video ni





Sayalah zoro palazzo. Gelaran Dr Azizan Osman.



x

Sunday, November 1, 2015

Terima Kasih Suami =')

ASSALAMUALAIKUM

Selamat Datang ke Blog Syamim Rahim. Seperti yang dijanjikan nak cerita kisah cinta 4segi kami. Huu 4 segi ok.. Tak main la 3 Segi. Sebelum tu, Alhamdulillah syukur Ya Allah kau berikan aku family yang sempurna. Saling melengkapi antara satu sama lain. Kau berikan suami yang boleh membantu dalam semua hal. Anak yang tak banyak ragam dan bijak, paham waktu ibu penat.

Nak cerita kisah permulaan berniaga nanti akan saya update di lain entry. Saya bermula dalam bidang pakaian ni setahun lepas bulan September 2014. Mula berniaga sebab saya mula bertukar imej kepada lebih mematuhi syariah. Asalnya saya juga masih mencari identiti dalam hidup. Menunggu hidayah itu sampai tanpa berusaha. Arghh barang lama usah dikenang kan. hee. Sampaikan hingga sekarang tak suka kalau tengok gambar kahwin. Kenapakah susah-susah pakai semua tu.hee

OK. Kejayaan dalam passion saya bermula selepas balik dari IMKK. Boleh follow entry lepas. Satu kejayaan yang saya tak pernah jangkakan. Kalau lah saya tahu berniaga itu mudah macam tu ja, dah lama saya buat. Tapi itu 'KALAU'. ALLAH memang tak suka guna ayat kalau. Sebab Allah suruh kita cari ilmu. Biarlah hebat mana pun ilmu tetap kena cari. Saya hadiri kelas MMM baru-baru ni dengan pengasas Bella Ammara. Orang yang sudah hebat pun masih mencari ilmu.

Memang dari kecil, saya suka berniaga. Ya, saya pernah jual sticker zaman sekolah rendah. Beli pasar malam, gunting letak dalam album setem pastu jual. Hee. Laku keras ok produk tu. Bukan bermakna ayah saya businessman baru saya ada darah berniaga tu. Family saya juga bermula dari bawah. Bukan terus jadi macam sekarang. Cuma apa yang saya contohi atau jadikan model adalah semangat yang ayah saya ada.

Waktu di IMKK, suami saya tanpa pikir panjang terus subscribe pakej VIP untuk saya hadiri kelas MMM (Milionaire Marketing Mastery). Kelas ni DAO cerita 245 strategi untuk marketing dan kebanyakannya langsung tak guna modal. Setelah tengok sale yang masya Allah hebatnya, suami tanpa pikir panjang dia upgradekan pakej dari VIP ke Super Supreme.

Apa yang buat saya terharu adalah pengorbanan beliau melaburkan duit simpanan beliau untuk beli motorsikal. Ya, suami saya seorang guru yang bekerja keras untuk membantu orang OKU dari segi pendidikan, sosial dan kerohanian. Beliau berulang alik dari rumah ke sekolah 50km sehari dengan hanya menaiki motorsikal EX5 peninggalan arwah atuk beliau. Memang beliau sayang sungguh dengan motor tu. Sampaikan saya yang tak sanggup tengok beliau dah 4 kali tuntun motorsikal beliau tengah jalan.

Jangan cakap untuk beli dengan loan. Orang tak tahu pendirian seseorang. Suami saya berikan kesemua duit simpanan untuk saya maju dalam bidang yang saya minat. Bidang saya untuk membantu wanita yang dahulunya seperti saya, lasak dan tidak menitikberatkan aurat di bahagian kaki. Pakai apa yang rasa selesa. asal boleh berjalan. Saya ingin menolong wanita menukar penampilan dari seluar biasa kepada palazzo yang mana cuttingnya lebih loose dan bergaya sepenuhnya. Sekiranya wanita suka memakai jeans, kami ada palazzo jeans yang mana cuttingnya lebih loose dan trendy.

Lebih terharu apabila beliau sendiri offer untuk menguruskan perniagaan saya dari segi production hinggalah melayan customer time saya busy seminar. Lepas balik sekolah terus ke tempat production, cek kualiti, cari material, balik balut parcel terus pos barang customer. Untuk permulaan ni memang buat syarikat Semua Syamim Sdn. Bhd. lah. Admin syamim, marketing syamim, HR syamim, Account Syamim. In shaa allah bulan depan maju setapak hire seorang PA.

Ada sebab kenapa ALLAH letakkan taraf syurga kepada orang yang kita sayang. Suami apa yang dia buat semua untuk isteri. Isteri pula apa yang dia buat semua untuk anak-anak. Pernah tak jadi simptom ibu-ibu bila pergi mall mesti terus ke tempat baju anak. Bukan lagi dah untuk cari baju sendiri. Baju saya last beli pun tak ingat bila. Semua baju dany ja penuh kat rumah sekarang. Thats why, isteri wajib patuh suami manakala anak wajib patuh ibu.

Ok, jam pun dah pukul 6pagi. Kena siap-siap untuk berkhidmat dengan kerajaan pula. hee. Bukan senang nak senang. Kudrat saya bukan hanya untuk gaji RM3000 sebulan. Nanti tunggu untuk lain entry tentang kisah mula berniaga pula. Last nak tunjuk dua muka kesayangan saya..

Terima kasih papa.
Terima kasih dany.

Doakan kejayaan ibu untuk umat Islam semua.