Monday, February 24, 2014

Cara penggunaan Flash Card untuk 0 hingga 1 Tahun

Assalamualaikum =)

Baru balik check up dekat hospital.. Daripada darah rendah terus jadi stabil sebab stress tunggu dua jam. Normal la kan. Demimu anak, ku gagahi jua..Alhamdulillah semua dah ok. Tapi kena terus follow up 2 minggu sekali juga. Adoila.. Tak tahan nak menunggunya tu la. Tapi seronok sebab tiap-tiap kali check up doktor scan.

Disebabkan ramai yang suruh saya review tentang flashcard lagi. Hari ni saya akan terangkan secara details cara penggunaan flash card ni. Kenapa hitam putih ja? Yang ni kuasa Allah yang buatkan baby sangat tertarik dengan warna hitam. Thats why  perasan tak, yang kawasan aerola kita akan semakin hitam apabila kita start mengandung. Baby keluar je dari perut kita letak atas dada terus dia akan pergi dekat kawasan hitam (aerola) kita untuk hisap. Sebab mula-mula yang tu ja yang dia nampak.

Sesiapa yang tak baca lagi tentang kelebihan flashcard boleh baca pada post ni baca sini ..

Penggunaan flash card ni juga boleh meningkatkan lagi minat anak kita terhadap buku. Kalau dari kecil lagi kita dah dedahkan anak kita dengan toys. nanti bila pergi mana-mana ja jumpa toys tak dapat mesti dia meraung-raung nak dapatkan toys. Lagi-lagi kalau ibu bapa yang suka dedahkan dengan Ipad, TV, Laptop lagi la.. Bila besar aspek sosialnya akan kurang berbanding orang lain. Sebab bila dia main teknologi canggih ni tak akan berlaku komunikasi dua hala. Makna kata just ipad yang bercakap, dia tak bercakap pun. Penggunaan teknologi yang terlebih canggih ni juga akan mengurangkan daya tumpuan dan fokus anak kita bila dia mula masuk sekolah nanti. Baru ja belajar 10minit, dia akan mula rasa bosan. Minat dia untuk belajar kurang. Justeru, daripada awal kehamilan baik kita dedahkan bahan-bahan ilmiah dekat anak kita. Bila dari kecil lagi dia dah nampak tulisan, nampak bentuk, nampak nombor, tiada masalah bagi mereka untuk meminatinya sampai ke besar. Malah, ibu-ibu yang mengandung digalakkan untuk banyak membaca info atau bahan ilmiah yang berguna.



Flash Card yang saya kongsikan ini ada tiga set.. Set-set ini tidak terfokus kepada umur tertentu sebaliknya kepada perkembangan IQ baby.

  •  Set A

Set A ni kita boleh mula aplikasikan seminggu selepas lahir. Tunjukkan satu-satu kad terlebih dahulu. Contohnya, minggu ni kita just tunjuk gambar bulat je. Waktu tunjuk tu pegang lebih kurang 15minit dari arah belakang ke hadapan. Dah sampai hadapan anak sebutkan bentuk dia seperti "Bulat" "Circle"..Nampak tak kita bukan sahaja meransang otak, penglihatan, pendengaran anak tetapi dalam masa yang sama kita menggunakan komunikasi dua hala. Dah rasa anak kita sentiasa tunjukkan respons yang bagus kita boleh naikkan dengan kad set B.

  • Set B

Untuk set B ni pula, corak dia agak abstrak. Mulakan dengan corak yang mudah. Sekali kita tunjuk dua corak yang lebih kurang sama tetapi berlainan kontrasnya. Contohnya, nampak tak corak burung hantu putih dan hitam tu. Mula-mula kita tunjukkan dulu burung hantu putih dalam 10 minit then kita tukar pula burung hantu hitam 10 minit. Waktu sebut nama flash card, pastikan sebutan kita ringkas dan jelas. Just sebut "bird" atau " burung ":.Tak payahla sebut "burung hantu" sebab terlampau panjang untuk anak kita ingat. Nanti dia confuse pula burung ke hantu ni..hehe.

  • Set C

Set C ni pula sebagai persediaan untuk kita mengajar anak membaca dan mengira. Ajar satu-satu ya ibu-ibu. Jangan sekalikan pengajaran membaca dan mengira. Contohnya, hari ni kita ajar membaca esok mengira la pula. Daripada pengalaman saya, untuk memudahkan anak membaca, jangan ajar A B C tetapi ajar membunyikan terus huruf tu. Ibu-ibu boleh google phonics song dekat internet. B akan jadi 'Beh', D jadi 'Deh' lebih kurang macam tu la. Untuk mengira pula, jangan tunjuk nombor ja tapi sekalikan dengan konsep. Contohnya kita tunjuk nombor 1 then kita tunjuk satu botol. Tunjuk nombor dua dan keluarkan dua botol.

Ok, setakat ni ja perkongsian ilmu dan pengetahuan saya. Saya pun ibu baru belajar juga. Kalau ada perkongsian pendapat apa-apa boleh la share dekat bahagian comment. Saya tau semua ibu-ibu ingin the best untuk anak kan. So, apa saja ilmu kalau kita kongsikan, selagi orang tu mengamalkannnya pahala sampai ke akhirat =)

===================================================================================================
Saya cuba berkongsi atas kapasiti saya sebagai guru Pintar Cerdas Berbakat dan Kreatif yang telah membuat kajian berkaitan Multiple Intelligence yang dipelopori oleh Howard Gardner selama dua tahun. Kerana Islam itu menyeru kepada kebaikan dan sentiasa berkongsi untuk melahirkan generasi celik yang bakal menerajui kepimpinan agama kita.

Sekiranya anda mempunyai kekangan masa dan tidak tahu bagaimana untuk menyediakannya, SEKEJAP !! Serahkan kepada saya. Saya bersedia untuk membantu anda menyediakan set flash card ini berserta manual penggunaannya.

Anda boleh SMS atau Whatsapp : Flashcard ke 019 436 1787 ..
Klik Sini ====>> https://www.facebook.com/bajubabyandkids

Sunday, February 23, 2014

Cara Nikmati Susu Kambing Tanpa Rasa Mual dan Kenyang..

Assalamualaikum =)

Pagi yang dipenuhi dengan vitamin D. Sekarang pukul 8.30 pagi pun dah rasa bahangnya kepanasan global warming kata omputih..huhu. Ingat lagi dulu kalau tak pukul 9 pagi tak bangun la kan. Seronok duduk berkubang dalam selimut (kata orang kedah).. Lepas tu mulalah dengar karaoke dari mak kat dapur "oi anak dara matahari suluh kepala pun tak bangun lagi.."hehe..rindunya zaman dulu. Lepas ni,kita pula penyambung legasi berkaraoke kat dapur dekat anak tu..

Walaupun baru hendak bakal menjadi ibu, bahang kesibukan tu dah mula terasa.. Dalam kehamilan pertama ni, saya sibuk menjadi suri rumah yang sentiasa meng'google' pelbagai info tentang penjagaan anak, pemakanan dari awal kehamilan sampai la selepas kehamilan, cara mendidik anak, pantang larang dan macam-macam lagi la. Kiranya masa senggang ibu memang depan laptop ja la. Sampai en.abi kata, aih anak abi ni jadi pakar IT pa nanti.

Yang paling penting semasa kehamilan ni ialah PEMAKANAN. Daripada pemakanan ni akan jadi darah daging kita dan zuriat dalam perut. Apa yang kita makan, dia pun makan. Kita makan maggi, anak pun makan maggi la kan.. Kita makan benda yang gula lebih, anak pun dapat gula lebih. Sebab tu la kalau nak makan apa pun pikir kebaikan dulu. Jangan terlampau sedap mulut. Sampaikan ada yang teringin nak makan sabun la sedut asap la. Saya pernah terbaca dalam buku Amalan Ibu Mengandung Ustazah Bahiyah yang mengidam pelik-pelik ni membawa petanda yang tak elok untuk anak. Manakan anak yang baik nak minta benda yang tak elok. So, kalau rasa mengidam pelik-pelik istighfar ja. Jangan dilayan benda tu. Kadang-kadang lebih pada nafsu kan.

Post kali ni nak cerita apa yang saya consume time mengandung. Semua ni adalah hasil pembacaan makanan sunnah untuk ibu mengandung. Yang ni saya banyak berkongsi pendapat dengan seorang kakak ni dia belajar dekat Universiti Al-azhar. Kagum tengok anak dia sangat cerdik. So, saya tanya la macam mana dia bentuk anak dia. Dia kata kalau dekat Arab, dia ada satu kitab yang menyatakan pemakanan untuk ibu mengandung. Kalau betul-betul nak ikut kitab tu, memang kita ada macam-macam yang tak leh makan dekat sini. Sebab niat utama dalam hati nak melahirkan anak-anak yang tahfiz quran. Makanan yang syubhah dari dalam perut lagi diorang tak akan makan.

Makanan yang PALING dan WAJIB diamalkan ialah SUSU KAMBING ..Susu kambing ni kalau dapat yang fresh lagi la elok. Tapi baik juga kalau kita dapat yang siap diestrak atau diproses, atleast kuman-kuman dalam susu tu dah tak ada. Kalau yang fresh, pastikan masak betul-betul dulu. Antara banyak-banyak susu kambing, Hi -goat la yang paling terkenan di hati. Sekarang hi-goat dah buat packaging baru. Dulu-dulu dia letak dalam kotak kan.

First,jom tengok set pemakanan saya ketika mengandung  :


Mula-mula dulu memang sangat tak lalu susu. Minum susu ja mesti nak terkeluar balik. Then saya berjaya membuat resepi Susu Kambing Hi-goat Tak Mual dan Kenyang..hehe.. Bahan-bahannya :
  • Habbatussauda


  • Susu Kambing Hi-goat dan Madu



  • Kurma


  • Quaker Oat



  • 200ml air suam




Cara-cara nak makan bagi sedap ikut tekak melayu ni haruslah ada rasa manis-manis sikit.hehe. Hi-goat ni tak ada langsung perasa tambahan tau. Nak manis tapi nak ada juga kebaikan dia susah apa, tambah ja la madu dalam air hi goat tadi. TAPI tak berapa kenyang la pula. Mitos kata kena makan untuk dua orang..huhu. Tambah pula oat dan kurma dalam air tu. Untuk janin dalam perut pula kita boleh tambah habbtussauda untuk mengelakkan dari terkena sebarang penyakit dan sebagai antibodi anak la kan..
Subhanallah sangat sedap. Jom, saya tunjukkan step by step untuk buat susu hi-goat yang super sedap.

1. Masukkan susu hi-goat ke dalam 200ml air SUAM yer..jangan letakkan dalam air panas. Orang cakap susu apa pun jangan buat dalam air panas. Nanti hilang zat nutrien tu.


2. Masukkan sesudu madu asli ke dalam bancuhan susu Hi-goat


3. Masukkan secubit atau beberapa biji habbatussauda ke dalam bancuhan tadi.


4. Masukkan sesudu bijirin quaker oat original.



5. Last sekali cubit-cubitkan kurma dan masukkan ke dalam bancuhan hi goat tadi



Bersedia untuk diminum dengan sedapnya.. Alhamdulillah, kenyang..Dulu-dulu saya memang truely Malaysian la kan, pagi-pagi kalau tak kena nasi lemak, roti canai bukan saya la tu. Lepas tu pergi check up klinik, kena bising-bising dengan nurse sebab berat badan naik terlampau banyak. Balik buat kajian, last kali terhasillah resepi seperti di atas. Minum hi-goat sedap ni boleh tahan sampai pukul 12 tengahari. Pukul 12 start ambil lunch. Cuba lah.. Daripada kita habiskan sebungkus nasi lemak pagi dan teh tarik dengan harga RM2.50, baik kita habiskan RM1.++ untuk minuman hi-goat ni. Berbaloi dan sihat!



Thursday, February 20, 2014

Ubati gastrik dan angin dalam masa seminggu

assalamualaikum =)

Selamat malam..sambil-sambil tengok semanis kurma pasal aurat ketika bersalin tetiba teringat nak cerita pasal penyakit angin dan gastrik yang ramai orang tanya saya macam mana saya boleh hilang penyakit ni. Alhamdulillah semuanya kuasa yang Teragung. Saya hanya berusaha untuk mengubati, yang menyembuhkan kuasa ALLAH.

Bila aku rasa lenguh-lenguh sakit-sakit badan sebab rasa perut sengkak berangin, semua orang akan kata biasala tu penyakit orang mengandung. Puas aku buat macam-macam cara. Nak makan ubat sembarangan tak berani, biasala mengandung kan.. Nak sapu minyak panas tak boleh mengandung kan. Bak kata en.abi, awak jangan laa tahan angin tu, buang ja angin tu dengan yakinnya..Hoi,cakap senang..maruah saya sebagai ibu penyayang guru garang ni sapa yang nak bela. Puas la cover..huhu.

Sakit kan rasa bila angin penuh dekat badan. Apa yang saya tau 1/3 perut perlukan makanan, 1/3 air dan 1/3 angin. Sebab tu kalau tak lengkap atau terlebih mana-mana bahagian daripada ni mai macam-macam penyakit tu. Lambat makan, angin dah penuh mula la sakit sampai hulu hati. Terlebih makan pula sampai tak ada ruang untuk angin, tu yang sampai sengkak perut tu. Apa pun penyakit kena rawat ya ibu-ibu bapak-bapak. Kalau tak dirawat akan melarat sampaikan gastrik boleh jadi ulser dalam perut. SANGAT BAHAYA!

Cari punya cari bertemu jodoh dengan abang hijau yang bernama ALKALISING GREEN PLUS..cinta pandang pertama tidak membuahkan hasil antara saya dan abang hijau. Macam man nak membuahkan hasil, rasa dia sangat la euwwwwww tapi duduk dalam 2 jam lepas tu terus turun ke hati bila tiba-tiba rasa dak tak kentut-kentut. Perut tak sakit. Eh, pelik kan..Cinta kami berputik kembali. Keesokannya saya mula lembutkan hati dengan si abang hijau ni. Saya minum campur dengan madu. Kami terus jatuh cinta dari hari ke hari. Minuman ni juga bagus untuk jadikan minuman harian bagi memastikan keperluan sayur-sayuran dalam badan kita. Last-last alhamdulillah dah tak rasa low self esteem dah. Kalau tak nak pergi mana pun malas sebab perut tak selesa.

Nak makan pun simple ja. Makan sebelum breakfast ataupun perut kosong. Sehari sekali ja. Tak perlu pantang sembarangan sebab dia just tumbuh-tumbuhan. Bukannya ada benda lain pun. Tak banyak pantang larang. YANG PENTING, sesuai untuk ibu mengandung dan juga ada kelulusan KKM..Yang menarik minat saya lagi, boleh dapat pulangan duit balik sekiranya anda tidak mengalami apa langsung kesan dan memudaratkan pula diri anda. Kalau yang ada masa boleh la tengok link ni http://rawatan-gastrik.com/syamin_agent/..

Erm dah malam ni..nak tengok tak abang hijau pakar gastrik saya ni..


Monday, February 17, 2014

Flash Card untuk Stimulate Deria Baby

Assalamualaikum , Salam Sejahtera =)

Stress dengan berat sekarang. Dah rasa macam giant sangat. Sembahyang pun kaki dah tak rapat. Jumpa semua orang tegur chubbynya..Alahai nak jaga hati den ja kan. Cakap je la gemuk sangatnya.huhu. Lagi 3bulan anak ibu ni nak tengok dunia..insya allah =) Tak sabarnya kan. Agaknya macam ni la perasaan mak-mak kita dulu kan. Eksaited jangan cakap la. Baju baby semua dah siap basuh siap packing. Siap berangan pula tu tukar-tukar lampin anak sambil main cium-cium bau masam baby.. Bestnya..Cepatla bulan 5.Scan 4d dari mata kasar nampak semua normal. Alhamdulillah.Scan dekat Kedah saya selalu buat dekat PMC ja..Tak mahal pun cuma RM52..Kalau nak CD jadi mahal sampai RM70. So, bawa pendrive je nanti dia save dalam pendrive.

Ok,back to the point. Hari ini saya nak kongsi cara nak stimulate deria bayi. Berkat ambil pengkhususan Pintar Cerdas dekat Uni dulu, tao la sikit-sikit bagaimana nak lahirkan baby genius. Lepas tu dalam duduk saja banyak la kaji dekat abang google ni. Bayi boleh melihat tetapi kurang jelas pada 3 bulan pertama. Tapi kita boleh guna flash card untuk bagi rangsangan dekat deria bayi ni. Bayi boleh dirangsang dengan warna-warna yang mempunyai kontras yang tinggi.

Pada 1-3 bulan kita boleh dedahkan baby dengan flash card yang hanya berwarna HITAM PUTIH. Struktur retina baby belum cukup matang untuk didedahkan dengan warna-warna fancy macam pink, hijau, kuning dll. Sebab tu pemilihan toys tu penting. Daripada mummy-mummy semua beli toys baik buat flash card ni. Toys terlampau fancy. Hitam dan putih adalah warna yang paling mudah untuk baby lihat dan warna ini menunjukkan perbezaan yang ketara seterusnya memudahkan baby menjana perkembangan otak. Flash Card ni akan memberi rangsangan dan menenangkan baby seterusnya meningkatkan daya tumpuan baby, rasa ingin tahu dan rangsang pembentukan hubungan otak. Saya ada cari beberapa contoh flash card. Just print dan laminate.





1. Letakkan baby anda beberapa kaki menghadap anda. Dapatkan seseorang untuk memangku anak anda.(Kalau melibatkan ayah baby lagi OK)
2. Gerak-gerakkan flash card dari belakang sehingga ke hadapan baby anda. Sebutkan bentuk atau perkataan yang ditunjukkan apabila flash card sampai betul-betul dihadapan baby. Perkataan mestilah disebut dengan nada yang jelas dan ringkas.
3.Ulang langkah ini sekurang-kurangnya tiga kali dengan pergerakan yang lebih pantas. Barulah tukar dengan bentuk yang lain.
4.Dah agak-agak pertengahan 2bulan boleh la tukar dengan corak hitam putih yang lebih kompleks macam ni.


5. Bila 5 bulan pula mula dedahkan dengan flash card huruf,nombor atau jawi.

6.Mengikut kajian, warna kedua yang mudah dirangsang oleh mata baby adalah warna merah. Ibu-ibu bolehlah dedahkan flash card yang ada warna PUTIH HITAM MERAH.
7.Setahun boleh mula tunjuk flashcard sukukata konsonan + vokal yang mudah dengan tulisan konsonan berwarna hitam dan vokal warna merah. Contohnya,

Ba, Ca, Na
Ikut pengalaman saya, jangan ajar mengeja. Terus ajar bunyi sukukata sambil tunjuk gaya. Contohnya, tunjuk kad Ca sambil menari Caca.hehe. Baby akan mudah ingat dan cepat membaca. 

Dekat universiti dulu banyak la belajar tentang stimulate otak ni sebab ambil pengkhususan Pintar Cerdas. Dekat Malaysia bidang ni tak meluas lagi. Yang kita nampak just Adi Putra yang kecil-kecil dah pandai Math tu kan. Sebenarnya, Allah dah tetapkan setiap manusia ada atleast gifted dalam satu daripada 9 bidang (kinestatik,logikal matematik, bahasa. visual ruang, interpersonal, intrapersonal,muzik,naturalis dan kerohanian). Setiap manusia kalau digilap dari kecil akan menjadi orang yang berjaya bila besar nanti. Pencuri juga dikategorikan gifted sebab dia mempunyai kebolehan visual ruang yang tinggi. Sebab tu dia boleh pikir strategi yang hebat untuk mencuri tanpa tinggalkan kesan. Cuma salah didikan buat dia jadi macam tu. Entry after this, saya akan terangakn ciri-ciri setiap bidang ni. Insya allah, kita boleh detect dekat anak kita then gilap dari awal.



=================================================================================================
Saya cuba berkongsi atas kapasiti saya sebagai guru Pintar Cerdas Berbakat dan Kreatif yang telah membuat kajian berkaitan Multiple Intelligence yang dipelopori oleh Howard Gardner selama dua tahun. Kerana Islam itu menyeru kepada kebaikan dan sentiasa berkongsi untuk melahirkan generasi celik yang bakal menerajui kepimpinan agama kita.

Sekiranya anda mempunyai kekangan masa dan tidak tahu bagaimana untuk menyediakannya, SEKEJAP !! Serahkan kepada saya. Saya bersedia untuk membantu anda menyediakan set flash card ini berserta manual penggunaannya.

Anda boleh SMS atau Whatsapp : Flashcard ke 019 436 1787 ..
Klik Sini ====>> https://www.facebook.com/bajubabyandkids

Sunday, February 16, 2014

Tips sepanjang pregnant

assalamualaikum =)

Alhamdulillah dipermudahkan urusan anak ibu di dalam kandungan. Ramai orang yang mendoakan anak ibu menjadi anak soleh dan pelindung ibu nanti. Tak banyak buat perangai waktu dalam kandungan ibu. Mungkin dia paham kot ibu dia sangat manja tak leh tahan sakit asyik menyebik ja. Thanks Ya Allah Thank Anak Ibu. Anak ibu tak pun minta benda makan bukan-bukan. Kita geng tiga beranak tekak kampung. Lapar pun nasi goreng hitam, sambal belacan, sambal petai. Mudah abi nak cari. Baru-baru ni ja tetiba tekak nak mee ketam sungai dua. Nasib Sungai Dua ja nak oi.. kalau mao lapar asam pedam melaka habeh la boh mung nak p Melaka pula..

Ada hikmah Allah tak bagi lagi posting sekarang. Dalam duduk rumah saja banyak buat kajian tentang kelahiran dan penyediaan untuk menjadi ibu terbaik. Dapat merasa kenikmatan menjadi preggy lady dengan tenang tanpa bebanan kerja. Dapat melayan karenah anak dalam kandungan setiap masa. Dapat merasa menjadi ibu yang dimanjakan oleh semua sebab duduk dekat dengan suami, mama, mak, abah.. Semua order ja nak apa.. Alhamdulillah.

Untuk bakal-bakal ibu dan bakal-bakal isteri, benda yang pertama yang saya nak sarankan anda semua beli ialah buku Amalan Ibu Mengandung oleh Ustazah Bahiyah yang dikeluarkan oleh Telaga Biru. Banyak tips-tips untuk dapat anak yang insya ALLAH beriman soleh elok paras rupa yang mana tips ni kita boleh mula dari sebelum kahwin  lagi.


Lepas tu macam saya terangkan dari post terdahulu start consume asid folik sebelum mengandung. Mana la tao ditakdirkan ada rezeki after kahwin terus dapat anak, at least dapat mengelakkan beberapa kemungkinan yang bakal berlaku. Pembentukan awal janin PENTING untuk mengelak sebarang masalah di kemudian hari. Mencegah lebih baik dari mengubati kan.

Ok untuk trimester pertama mula dah minum susu jangan tinggal. Susu ni untuk kalsium anda dan baby. Seelok-eloknya minumlah susu kambing. Banyak hadis-hadis yang sarankan minum susu kambing dari susu lain. Susu kambing ni pun macam pencegahan untuk anak dapat jaundist nanti. Lagi-lagi untuk insan yang macam den ni darah O+ lagi la probability tinggi untuk anak dapat jaundis. Saya minum susu higoat + kurma masa trimester pertama. Perbanyakan makan buah delima. Buah delima ni orang tua-tua cakap jangan kongsi dengan orang lain sebab kita tak tahu dalam banyak-banyak biji dia just ada satu yang betul-betul berkhasiat. Kalau yang tak lalu susu, boleh la consume kalsium shaklee tu. Bagus juga sehari ambil 4tablet. Saya tak jual yer tapi banyak kawan saya jual. Kalau yang nak dapatkan susu Hi-goat tu bolehla saya tolong belikan sebab saya dapat dengan harga RM25 sepeket. Murah la kot daripada harga pasaran RM35.

Trimester kedua ni, dah fasa selesa sikit la dari trimester pertama. Fasa pertama dulu banyak yang kena pantang, sebab janin tak terbentuk kuat lagi. Tak boleh makan sembarangan takut keguguran. Jangan makan benda yang tajam-tajam, berkafein dan sebagainya. Tanya mak-mak tok-tok banyak la pantang larang dia. Try tanya nurse pula, dia cakap semua boleh makan.huhu. Untuk trimester ni nafsu makan terlebih-lebih. Saya dah mula ambil vita-c shaklee juga. Tapi ingat ya ibu-ibu minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari perlu sepanjang mengandung. Baru la tak dihydrate sebab waktu mengandung kita mudah nak kencing and badan kita pun perlu banyak oksigen nak supply. Cara nak control makan, banyakkan buah dalam peti ais, Lapar ja ngapp buah jangan sesekali ngapp jajan. Tak mao! Tapi saya ada satu tips dari kakak ni dia graduate dari universiti al-azhar. Dia kata jangan makan benda masam langsung time pregnant untuk mengelakkan anak degil. Dia cakap tips ni orang arab yang bagi sebab tu kebanyakan orang sana 4tahun anak dah jadi tahfiz. Buah yang terbaik ialah buah tembikai. Yang ni pun banyak hadis untuk dapatkan anak yang elok dari segi paras rupa.

Trimester ketiga kena persiapkan diri fizikal dan mental. Banyakkan exercise tak kisah kalau hanya berjalan setengah jam ja pun. Ni untuk energy kita waktu bersalin. Baru la tak mudah letih time push nanti. Dah boleh buat perineal massage. Yang ni sila tengok youtube yer..PENTING untuk mengelakkan kekoyakan nanti.huhu. Banyakkan minum air kelapa untuk dapat anak kulit licin ja time keluar. Anak ibu dalam perut kalau ibu minum air kelapa kuat dia menendang agaknya dia rasa segar kot. Banyakkan berzikir dan berdoa. Time sujud, kalau masih larat sujud la lama-lama supaya anak mudah masuk laluan. Makna kata tak songsang. Dan tips lagi, kerapkan 'Make Love' dengan suami untuk memudahkan pembukaan. Segala-galanya banyakkan laa..huhu

Yang Terpenting !!Perbanyakkan minta keampunan dekat suami buat baik dekat suami mana la tau ini la saat-saat akhir kita bersama suami. Bersalin tu macam pergi berperang tau kawan-kawan samada hidup dan mati. Kalau mati insya allah syahid. Andai kata saya ditakdirkan dipanggil ke alam lain sebelum anda-anda semua, beribu keampunan saya minta. Ya, saya manusia yang tak pernah henti-henti buat silap, tak henti-henti berkata bukan-bukan, tak henti-henti mengguris hati orang lain. Kalau ada hutang tuntut en.suami yer..huhu.