Monday, February 17, 2014

Flash Card untuk Stimulate Deria Baby

Assalamualaikum , Salam Sejahtera =)

Stress dengan berat sekarang. Dah rasa macam giant sangat. Sembahyang pun kaki dah tak rapat. Jumpa semua orang tegur chubbynya..Alahai nak jaga hati den ja kan. Cakap je la gemuk sangatnya.huhu. Lagi 3bulan anak ibu ni nak tengok dunia..insya allah =) Tak sabarnya kan. Agaknya macam ni la perasaan mak-mak kita dulu kan. Eksaited jangan cakap la. Baju baby semua dah siap basuh siap packing. Siap berangan pula tu tukar-tukar lampin anak sambil main cium-cium bau masam baby.. Bestnya..Cepatla bulan 5.Scan 4d dari mata kasar nampak semua normal. Alhamdulillah.Scan dekat Kedah saya selalu buat dekat PMC ja..Tak mahal pun cuma RM52..Kalau nak CD jadi mahal sampai RM70. So, bawa pendrive je nanti dia save dalam pendrive.

Ok,back to the point. Hari ini saya nak kongsi cara nak stimulate deria bayi. Berkat ambil pengkhususan Pintar Cerdas dekat Uni dulu, tao la sikit-sikit bagaimana nak lahirkan baby genius. Lepas tu dalam duduk saja banyak la kaji dekat abang google ni. Bayi boleh melihat tetapi kurang jelas pada 3 bulan pertama. Tapi kita boleh guna flash card untuk bagi rangsangan dekat deria bayi ni. Bayi boleh dirangsang dengan warna-warna yang mempunyai kontras yang tinggi.

Pada 1-3 bulan kita boleh dedahkan baby dengan flash card yang hanya berwarna HITAM PUTIH. Struktur retina baby belum cukup matang untuk didedahkan dengan warna-warna fancy macam pink, hijau, kuning dll. Sebab tu pemilihan toys tu penting. Daripada mummy-mummy semua beli toys baik buat flash card ni. Toys terlampau fancy. Hitam dan putih adalah warna yang paling mudah untuk baby lihat dan warna ini menunjukkan perbezaan yang ketara seterusnya memudahkan baby menjana perkembangan otak. Flash Card ni akan memberi rangsangan dan menenangkan baby seterusnya meningkatkan daya tumpuan baby, rasa ingin tahu dan rangsang pembentukan hubungan otak. Saya ada cari beberapa contoh flash card. Just print dan laminate.





1. Letakkan baby anda beberapa kaki menghadap anda. Dapatkan seseorang untuk memangku anak anda.(Kalau melibatkan ayah baby lagi OK)
2. Gerak-gerakkan flash card dari belakang sehingga ke hadapan baby anda. Sebutkan bentuk atau perkataan yang ditunjukkan apabila flash card sampai betul-betul dihadapan baby. Perkataan mestilah disebut dengan nada yang jelas dan ringkas.
3.Ulang langkah ini sekurang-kurangnya tiga kali dengan pergerakan yang lebih pantas. Barulah tukar dengan bentuk yang lain.
4.Dah agak-agak pertengahan 2bulan boleh la tukar dengan corak hitam putih yang lebih kompleks macam ni.


5. Bila 5 bulan pula mula dedahkan dengan flash card huruf,nombor atau jawi.

6.Mengikut kajian, warna kedua yang mudah dirangsang oleh mata baby adalah warna merah. Ibu-ibu bolehlah dedahkan flash card yang ada warna PUTIH HITAM MERAH.
7.Setahun boleh mula tunjuk flashcard sukukata konsonan + vokal yang mudah dengan tulisan konsonan berwarna hitam dan vokal warna merah. Contohnya,

Ba, Ca, Na
Ikut pengalaman saya, jangan ajar mengeja. Terus ajar bunyi sukukata sambil tunjuk gaya. Contohnya, tunjuk kad Ca sambil menari Caca.hehe. Baby akan mudah ingat dan cepat membaca. 

Dekat universiti dulu banyak la belajar tentang stimulate otak ni sebab ambil pengkhususan Pintar Cerdas. Dekat Malaysia bidang ni tak meluas lagi. Yang kita nampak just Adi Putra yang kecil-kecil dah pandai Math tu kan. Sebenarnya, Allah dah tetapkan setiap manusia ada atleast gifted dalam satu daripada 9 bidang (kinestatik,logikal matematik, bahasa. visual ruang, interpersonal, intrapersonal,muzik,naturalis dan kerohanian). Setiap manusia kalau digilap dari kecil akan menjadi orang yang berjaya bila besar nanti. Pencuri juga dikategorikan gifted sebab dia mempunyai kebolehan visual ruang yang tinggi. Sebab tu dia boleh pikir strategi yang hebat untuk mencuri tanpa tinggalkan kesan. Cuma salah didikan buat dia jadi macam tu. Entry after this, saya akan terangakn ciri-ciri setiap bidang ni. Insya allah, kita boleh detect dekat anak kita then gilap dari awal.



=================================================================================================
Saya cuba berkongsi atas kapasiti saya sebagai guru Pintar Cerdas Berbakat dan Kreatif yang telah membuat kajian berkaitan Multiple Intelligence yang dipelopori oleh Howard Gardner selama dua tahun. Kerana Islam itu menyeru kepada kebaikan dan sentiasa berkongsi untuk melahirkan generasi celik yang bakal menerajui kepimpinan agama kita.

Sekiranya anda mempunyai kekangan masa dan tidak tahu bagaimana untuk menyediakannya, SEKEJAP !! Serahkan kepada saya. Saya bersedia untuk membantu anda menyediakan set flash card ini berserta manual penggunaannya.

Anda boleh SMS atau Whatsapp : Flashcard ke 019 436 1787 ..
Klik Sini ====>> https://www.facebook.com/bajubabyandkids

2 comments: