Sunday, February 16, 2014

Tips sepanjang pregnant

assalamualaikum =)

Alhamdulillah dipermudahkan urusan anak ibu di dalam kandungan. Ramai orang yang mendoakan anak ibu menjadi anak soleh dan pelindung ibu nanti. Tak banyak buat perangai waktu dalam kandungan ibu. Mungkin dia paham kot ibu dia sangat manja tak leh tahan sakit asyik menyebik ja. Thanks Ya Allah Thank Anak Ibu. Anak ibu tak pun minta benda makan bukan-bukan. Kita geng tiga beranak tekak kampung. Lapar pun nasi goreng hitam, sambal belacan, sambal petai. Mudah abi nak cari. Baru-baru ni ja tetiba tekak nak mee ketam sungai dua. Nasib Sungai Dua ja nak oi.. kalau mao lapar asam pedam melaka habeh la boh mung nak p Melaka pula..

Ada hikmah Allah tak bagi lagi posting sekarang. Dalam duduk rumah saja banyak buat kajian tentang kelahiran dan penyediaan untuk menjadi ibu terbaik. Dapat merasa kenikmatan menjadi preggy lady dengan tenang tanpa bebanan kerja. Dapat melayan karenah anak dalam kandungan setiap masa. Dapat merasa menjadi ibu yang dimanjakan oleh semua sebab duduk dekat dengan suami, mama, mak, abah.. Semua order ja nak apa.. Alhamdulillah.

Untuk bakal-bakal ibu dan bakal-bakal isteri, benda yang pertama yang saya nak sarankan anda semua beli ialah buku Amalan Ibu Mengandung oleh Ustazah Bahiyah yang dikeluarkan oleh Telaga Biru. Banyak tips-tips untuk dapat anak yang insya ALLAH beriman soleh elok paras rupa yang mana tips ni kita boleh mula dari sebelum kahwin  lagi.


Lepas tu macam saya terangkan dari post terdahulu start consume asid folik sebelum mengandung. Mana la tao ditakdirkan ada rezeki after kahwin terus dapat anak, at least dapat mengelakkan beberapa kemungkinan yang bakal berlaku. Pembentukan awal janin PENTING untuk mengelak sebarang masalah di kemudian hari. Mencegah lebih baik dari mengubati kan.

Ok untuk trimester pertama mula dah minum susu jangan tinggal. Susu ni untuk kalsium anda dan baby. Seelok-eloknya minumlah susu kambing. Banyak hadis-hadis yang sarankan minum susu kambing dari susu lain. Susu kambing ni pun macam pencegahan untuk anak dapat jaundist nanti. Lagi-lagi untuk insan yang macam den ni darah O+ lagi la probability tinggi untuk anak dapat jaundis. Saya minum susu higoat + kurma masa trimester pertama. Perbanyakan makan buah delima. Buah delima ni orang tua-tua cakap jangan kongsi dengan orang lain sebab kita tak tahu dalam banyak-banyak biji dia just ada satu yang betul-betul berkhasiat. Kalau yang tak lalu susu, boleh la consume kalsium shaklee tu. Bagus juga sehari ambil 4tablet. Saya tak jual yer tapi banyak kawan saya jual. Kalau yang nak dapatkan susu Hi-goat tu bolehla saya tolong belikan sebab saya dapat dengan harga RM25 sepeket. Murah la kot daripada harga pasaran RM35.

Trimester kedua ni, dah fasa selesa sikit la dari trimester pertama. Fasa pertama dulu banyak yang kena pantang, sebab janin tak terbentuk kuat lagi. Tak boleh makan sembarangan takut keguguran. Jangan makan benda yang tajam-tajam, berkafein dan sebagainya. Tanya mak-mak tok-tok banyak la pantang larang dia. Try tanya nurse pula, dia cakap semua boleh makan.huhu. Untuk trimester ni nafsu makan terlebih-lebih. Saya dah mula ambil vita-c shaklee juga. Tapi ingat ya ibu-ibu minum air sekurang-kurangnya 3liter sehari perlu sepanjang mengandung. Baru la tak dihydrate sebab waktu mengandung kita mudah nak kencing and badan kita pun perlu banyak oksigen nak supply. Cara nak control makan, banyakkan buah dalam peti ais, Lapar ja ngapp buah jangan sesekali ngapp jajan. Tak mao! Tapi saya ada satu tips dari kakak ni dia graduate dari universiti al-azhar. Dia kata jangan makan benda masam langsung time pregnant untuk mengelakkan anak degil. Dia cakap tips ni orang arab yang bagi sebab tu kebanyakan orang sana 4tahun anak dah jadi tahfiz. Buah yang terbaik ialah buah tembikai. Yang ni pun banyak hadis untuk dapatkan anak yang elok dari segi paras rupa.

Trimester ketiga kena persiapkan diri fizikal dan mental. Banyakkan exercise tak kisah kalau hanya berjalan setengah jam ja pun. Ni untuk energy kita waktu bersalin. Baru la tak mudah letih time push nanti. Dah boleh buat perineal massage. Yang ni sila tengok youtube yer..PENTING untuk mengelakkan kekoyakan nanti.huhu. Banyakkan minum air kelapa untuk dapat anak kulit licin ja time keluar. Anak ibu dalam perut kalau ibu minum air kelapa kuat dia menendang agaknya dia rasa segar kot. Banyakkan berzikir dan berdoa. Time sujud, kalau masih larat sujud la lama-lama supaya anak mudah masuk laluan. Makna kata tak songsang. Dan tips lagi, kerapkan 'Make Love' dengan suami untuk memudahkan pembukaan. Segala-galanya banyakkan laa..huhu

Yang Terpenting !!Perbanyakkan minta keampunan dekat suami buat baik dekat suami mana la tau ini la saat-saat akhir kita bersama suami. Bersalin tu macam pergi berperang tau kawan-kawan samada hidup dan mati. Kalau mati insya allah syahid. Andai kata saya ditakdirkan dipanggil ke alam lain sebelum anda-anda semua, beribu keampunan saya minta. Ya, saya manusia yang tak pernah henti-henti buat silap, tak henti-henti berkata bukan-bukan, tak henti-henti mengguris hati orang lain. Kalau ada hutang tuntut en.suami yer..huhu.


2 comments:

  1. Assalamualaikum awak. terima kasih berkongsi tips berguna ni.. saya pun ingat nak cari susu kambing hi-goat. hehehee delima tu saya dah beli pati gulsan punya. memang sy kuat makan skrg. rasanya balik nanti nak beli buah-buahan buat stok dalam peti sejuk ~~~

    ReplyDelete
  2. pati gulsan tu pun sangat banyak khasiatnya. sepanjang pregnant ni selalu rasa down sebab berat badan..welcome, jemputla tengok post sy yang baru pasal flash card untuk baby new born =)

    ReplyDelete