Pagi yang dipenuhi dengan vitamin D. Sekarang pukul 8.30 pagi pun dah rasa bahangnya kepanasan global warming kata omputih..huhu. Ingat lagi dulu kalau tak pukul 9 pagi tak bangun la kan. Seronok duduk berkubang dalam selimut (kata orang kedah).. Lepas tu mulalah dengar karaoke dari mak kat dapur "oi anak dara matahari suluh kepala pun tak bangun lagi.."hehe..rindunya zaman dulu. Lepas ni,kita pula penyambung legasi berkaraoke kat dapur dekat anak tu..
Walaupun baru hendak bakal menjadi ibu, bahang kesibukan tu dah mula terasa.. Dalam kehamilan pertama ni, saya sibuk menjadi suri rumah yang sentiasa meng'google' pelbagai info tentang penjagaan anak, pemakanan dari awal kehamilan sampai la selepas kehamilan, cara mendidik anak, pantang larang dan macam-macam lagi la. Kiranya masa senggang ibu memang depan laptop ja la. Sampai en.abi kata, aih anak abi ni jadi pakar IT pa nanti.
Yang paling penting semasa kehamilan ni ialah PEMAKANAN. Daripada pemakanan ni akan jadi darah daging kita dan zuriat dalam perut. Apa yang kita makan, dia pun makan. Kita makan maggi, anak pun makan maggi la kan.. Kita makan benda yang gula lebih, anak pun dapat gula lebih. Sebab tu la kalau nak makan apa pun pikir kebaikan dulu. Jangan terlampau sedap mulut. Sampaikan ada yang teringin nak makan sabun la sedut asap la. Saya pernah terbaca dalam buku Amalan Ibu Mengandung Ustazah Bahiyah yang mengidam pelik-pelik ni membawa petanda yang tak elok untuk anak. Manakan anak yang baik nak minta benda yang tak elok. So, kalau rasa mengidam pelik-pelik istighfar ja. Jangan dilayan benda tu. Kadang-kadang lebih pada nafsu kan.
Post kali ni nak cerita apa yang saya consume time mengandung. Semua ni adalah hasil pembacaan makanan sunnah untuk ibu mengandung. Yang ni saya banyak berkongsi pendapat dengan seorang kakak ni dia belajar dekat Universiti Al-azhar. Kagum tengok anak dia sangat cerdik. So, saya tanya la macam mana dia bentuk anak dia. Dia kata kalau dekat Arab, dia ada satu kitab yang menyatakan pemakanan untuk ibu mengandung. Kalau betul-betul nak ikut kitab tu, memang kita ada macam-macam yang tak leh makan dekat sini. Sebab niat utama dalam hati nak melahirkan anak-anak yang tahfiz quran. Makanan yang syubhah dari dalam perut lagi diorang tak akan makan.
Makanan yang PALING dan WAJIB diamalkan ialah SUSU KAMBING ..Susu kambing ni kalau dapat yang fresh lagi la elok. Tapi baik juga kalau kita dapat yang siap diestrak atau diproses, atleast kuman-kuman dalam susu tu dah tak ada. Kalau yang fresh, pastikan masak betul-betul dulu. Antara banyak-banyak susu kambing, Hi -goat la yang paling terkenan di hati. Sekarang hi-goat dah buat packaging baru. Dulu-dulu dia letak dalam kotak kan.
First,jom tengok set pemakanan saya ketika mengandung :
Mula-mula dulu memang sangat tak lalu susu. Minum susu ja mesti nak terkeluar balik. Then saya berjaya membuat resepi Susu Kambing Hi-goat Tak Mual dan Kenyang..hehe.. Bahan-bahannya :
- Habbatussauda
- Susu Kambing Hi-goat dan Madu
- Kurma
- Quaker Oat
- 200ml air suam
Cara-cara nak makan bagi sedap ikut tekak melayu ni haruslah ada rasa manis-manis sikit.hehe. Hi-goat ni tak ada langsung perasa tambahan tau. Nak manis tapi nak ada juga kebaikan dia susah apa, tambah ja la madu dalam air hi goat tadi. TAPI tak berapa kenyang la pula. Mitos kata kena makan untuk dua orang..huhu. Tambah pula oat dan kurma dalam air tu. Untuk janin dalam perut pula kita boleh tambah habbtussauda untuk mengelakkan dari terkena sebarang penyakit dan sebagai antibodi anak la kan..
1. Masukkan susu hi-goat ke dalam 200ml air SUAM yer..jangan letakkan dalam air panas. Orang cakap susu apa pun jangan buat dalam air panas. Nanti hilang zat nutrien tu.
2. Masukkan sesudu madu asli ke dalam bancuhan susu Hi-goat
3. Masukkan secubit atau beberapa biji habbatussauda ke dalam bancuhan tadi.
4. Masukkan sesudu bijirin quaker oat original.
5. Last sekali cubit-cubitkan kurma dan masukkan ke dalam bancuhan hi goat tadi
Bersedia untuk diminum dengan sedapnya.. Alhamdulillah, kenyang..Dulu-dulu saya memang truely Malaysian la kan, pagi-pagi kalau tak kena nasi lemak, roti canai bukan saya la tu. Lepas tu pergi check up klinik, kena bising-bising dengan nurse sebab berat badan naik terlampau banyak. Balik buat kajian, last kali terhasillah resepi seperti di atas. Minum hi-goat sedap ni boleh tahan sampai pukul 12 tengahari. Pukul 12 start ambil lunch. Cuba lah.. Daripada kita habiskan sebungkus nasi lemak pagi dan teh tarik dengan harga RM2.50, baik kita habiskan RM1.++ untuk minuman hi-goat ni. Berbaloi dan sihat!
No comments:
Post a Comment