Friday, June 13, 2014

Pengalaman bersalin ed dany bin mohd taufiq

..ASSALAMUALAIKUM..



Setelah bertahun lamanya tak update bahkan menjengah bahkan lalu bahkan buka pun idak blog ni..hari ni tergerak hati nak buka langsung update blog. Ramai yang tanya "weh sakit dak bersalin", "weh hang rasa camna waktu nak bersalin", "weh waktu hang dekat-dekat bersalin tu jadi camna", "weh baby kuaq camna" ok yang last tu melampau..huhu.. mari dengar cerita pengalaman aku kuarkan nyawa sebesar 2.7kg ni.. sesungguhnya pengalaman bersalin ni adalah sweet moment seumur hidup..sweet ka?huhu

29 - 30.4.2014
Aku memang dah pujuk-pujuk en.abi nak ikut mana-mana ja dia nak keluar. Aku siap cakap lagi dia ubah kereta depan rumah pun aku nak ikut..haa sampai tara tu. nasiblah dapat abi yang layankan aja. Abi bawa aku buat kerja seharian. Keluar cari quotation, keluar jumpa pekerja, keluar site visit semua aku ikut. Turun tangga naik tangga semua aku gagah juga dengan perut yang sarat time tu. Padahal memang tak larat sangat-sangat tapi aku tak berani bagitao takut kena tinggal duduk rumah..huhu.Waktu ni aku dah 38 minggu dah.

Last sekali 30.5 lebih kurang pukul 5 balik rumah kejap nak ambil barang. Then rasa tak sedap hati, cek ada turun darah sikit. Cakap kat mama, mama cakap ok lagi tu bagi rasa sakit betul baru pergi hospital. Kalau ikutkan nak pergi time tu juga sebab eksaited bukan main dah time tu. Yalah dok bayang muka baby dah. So,untuk bagi cepat buka ajak en.abi sambung keluar jenjalan lagi..

1.5.2014

Malam tu dah tak boleh sangat tidur sebab darah semakin banyak keluar tapi perut baru rasa sikit-sikit ja sakit. Tapi memang kerap membuang ja. Pukul 2 pagi tetiba mula rasa sakit tapi rilex ja. Seronok sebenarnya dah rasa sakit tu. Sambil sakit sambil senyum. Boleh macam tu. Pukul 4 mula rasa sakit lebih sikit. Kejut abi, abi siap-siap terus pergi Hospital Sungai Petani. Barang baby memang dah siap-siap letak dalam kereta sejak 36minggu lagi. Sampai hospital boleh nurse buat rilex-rilex sambil menguap-nguap tulis nama, cek berat, cek urin bagai. Time tu juga la nampak orang baru turun dari ambulans dah nak bersalin sangat-sangat. Perasaan eksaited terus terjun ke cuak.

Then cek bukaan baru 1cm kata doktor. Dia suruh balik dulu, dia cakap setakat sakit sikit-sikit tak payah lagi la mai hospital.  Tunggu 4cm baru datang hospital. Sedangkan time cek tu nurse bagitahu kalau turun darah terus ke hospital yer. Dalam hati kalau lah aku boleh cek bukaan sendiri lama dah aku buat sendiri. Mana la tao 1cm ka 4cm..then camna pula rasa yang sakit betul-betul tu. 1cm pun dah rasa sakit.

So, dengan perasaan nak marah tak marah bebai tak bebai suruh hubby beli sarapan nasi lemak lauk ayam, roti canai, milo ais. Punya la lepas geram..huhu. Balik rumah hubby suruh baring ja. Time tu pun dah mula layan contraction. Time sakit ja minta hubby urut belakang. Baru la rasa ada hikmah tak kena tahan wad lagi. Kalau dekat wad sakit sorang-sorang la layan sakit tu. At least kat rumah kalau sakit ada tempat nak tumbuk-tumbuk bahu..hehe.

Tengahari memang tak larat dah nak keluar, mama datang rumah hantar makanan. Nak cepat buka, jalan satu rumah ulang alik. Ingat nak mop lantai, abi keras say No, takut jatuh.. Kalau untuk kurangkan sakit, time contraction tu duduk dalam keadaan sujud then goyang-goyangkan punggung. Sangat membantu. Dah petang tu start minum air zam-zam dengan kurma tak berhenti. Then decide untuk balik rumah mama kot-kot apa jadi senang.

2.5.2014

Sakit tu betambah-tambah dan semakin kerap. Mula-mula setengah jam sekali pastu naik jadi 10 minit sekali. Abi pula stay dalam ofis dalam rumah buat kerja bagi selesai sebab nak cuti lama-lama nanti. Mama teman dalam bilik. Memang time tu tak tahan sangat dah. Nak ke hospital kerajaan takut kena balik lagi. Then tak tahan abi decide ke swasta ja. Kebetulan banyak kali juga check up dekat Amanjaya Specialist Centre dan feedback dari mak saudara yang bersalin dekat situ pun positif.

Sampai ja hospital dalam pukul 9 monitor CTG bagai cek-cek bukaan dah 4cm. Doktor cakap lambat lagi nak bersalin kemungkinan petang. Nurse bagi ubat untuk berak dan siap-siap panggil suami teman. Kebaikan swasta suami boleh teman sepanjang masa. Memang saat-saat genting macam ni sokongan dan belaian suami sangat membantu kita untuk lebih kuat. Nurse cek air ketuban tetiba ja dah leaking dan kering. So, kena induce. Time ni ya allah tuhan sahaja yang tahu, nyawa macam di hujung tanduk. Suami banyak tenangkan dan ingatkan untuk zikir, mengucap di samping dia pun baca doa tepi telinga. Sekali rasa macam dah penat sangat layan sakit tu, suami suap kurma dan air zam-zam. Tetiba terus rasa macam nak terberak sangat-sangat. Cakap dekat nurse saya rasa tak tahan nak membuang. Nurse tak percaya then dia cek terus terbuka full.

Dengar dia cakap macam tak percaya cepat sangat buka ni. Sejam dah buka full. Time tu dah pukul 11. Siap-siap alat untuk bersalin semua, nurse ajar cara nak push. Sekali buat tak pandai lagi. Suami pula bagi kata-kata semangat terus push tetiba ja ada benda doktor letak atas perut. Time tu macam tak percaya laa yang ni ka baby. Nasib tak terbaling anak. Sebab time tu terkejut apa benda atas perut ni .haha. Doktor bersihkan semua then kena tolak masuk bilik. Habis tu dengar la nurse india ni cakap, 'Oh baru tahu kalau makan kurma dan air zam-zam terbuka cepat'

Satu keajaiban bila mana selepas ja anak keluar terus sakit yang teramat sangat tu hilang. Ajaib sungguh. Lagi-lagi dapat tengok muka anak dan belai anak terus rasa penat lelah mengandung tu berbaloi sangat. Masuk ja dalam bilik dah boleh gelak-gelak dengan mama bagai. Rezeki baby bilik untuk dua orang full then dapat bilik VIP. Layanan nurse semua terbaik, sampaikan nak bangun buang air pun diorang teman sampai ke dalam bilik air.





Terima kasih ya allah atas anugerah yang tak ternilai. Terima kasih family tersayang yang sentiasa happykan diri ini. Terima kasih family mertua tercinta yang banyak support dan bagi tips semua. Terima kasih rakan-rakan dari fb terutama sekali dari group momtobe yang tak habis-habis sentiasa letak tips dan pengalaman masing-masing. Dari sini la aku belajar tentang parenting dan pregnancy skills.



Tuesday, April 1, 2014

Lelaki Wajib Jadi Penyayang

Assalamualaikum =)

Alhamdulillah hari ni sehari cuaca yang sangat baik. Pagi mendung, tengahari hujan, petang mendung balik. Sejuk ja duduk dalam rumah. Kalau dak, 24jam kena duduk bawah aircond.. Lao tak baju macam boleh perah. Biasala berat semakin bertambah, lemak semakin tebal, baby semakin besar, suhu semakin naik, sampaikan tak leh tahan panas. Abi pun pelik dulu-dulu tak tahan sejuk sampaikan boleh bergaduh pasai aircond malam-malam. Yalah, sorang nak tutup sorang nak buka. Sekarang tak tahan panas..

Bila mengandung ni kan, automatik mai perangai mengada-ngada. Kadang-kadang rasa kesian kat suami, tapi terpaksa juga mengada-ngada. Dulu-dulu tak tao kan perasaan orang mengandung, mesti kita rasa alaa manjanya dia tu. Jalan sikit tak larat, buat kerja sikit pening, sikit-sikit nak marah. Dah kena batang hidung baru tao perasaan orang ngandung.

Sebab mengada-ngada ni laa kita orang perempuan WAJIB cari laki yang penyayang. Rasanya kalau laki yang tak tahan habis dah ni.. Lantaklah kome laa nak mengidam ka, nak tak larat ka. Hakikatnya orang mengandung bermain dengan hormon yang melibatkan macam-macam perasaan terkeluar. Boleh tak dalam duduk online tetiba mulut lapar mee ketam sungai dua. Bila mengidam ni buat apa pun makan apa pun tak kena. Makan apa pun rasa tak sedap macam mee ketam sungai dua. Beruntunglah wahai kaum hawa, kalau dapat laki dengar saja nak makan apa pi cari walaupun penat. 

Lepas tu ada simptom mai hari dia rasa mengantuk ja. Nak rehat ja. Ya lah, bila perut semakin besar, malam-malam memang tak kan jadi sweet dream laa. Anda akan dikicking oleh si manja macam seronok pula dia duduk prank mak dia. Kita alih belah kanan dia turun belah kanan tendang-tendang. Ok, tak apa ibu mengalah alih belah kiri, eh dia turun pula belah kiri kicking belah kiri.. Anak ibu main roller coaster kat dalam. Bila melentang dia marah, mengeras ja. So, esok hari ibu terpaksa la minta off day suri rumah dekat abi. Beruntunglah wahai kaum hawa, kalau dapat laki yang boleh bertolak ansur tak bunyi rumah tak kemas, tak masak, tak basuh baju. 

Bila semakin dekat due, semakin anda tak larat nak bergerak sampaikan nak buat apa pun semput, time tu rasa macam jadi mem besar pula. Semuanya mengarah suruh orang ambil. Sampaikan handfon dekat sebelah pun jerit abi yang dekat depan, tolong ambil henfon ibu jap.. Almaklumlah nak bangun pun tak larat, nak kena menongkat naik punggung dulu..huhu. Dah tu kerja-kerja berat memang tak leh buat la. Nak sidai baju memang tak laaa kan.. Tak boleh nak menunduk ambil baju dekat bakul nak sidai. Beruntunglah wahai kaum hawa, kalau dapat laki yang mahu buat kerja rumah.

Bila nak tambah generasi ni, keperluan semakin banyak nak guna, so lelaki kena la faham sama kenapa isteri minta itu, minta ini. Baju tiap-tiap bulan kena beli lain sebab perut semakin besar. Bukan ja baju luaran, dalaman pun tiap-tiap bulan saiz lain. Ya, yang ni serius tak tipu. Saiz akan berbeza dari semasa ke semasa. Lepas tu, supplemen pun kena semakin top up untuk tiap-tiap trimester. Contohnya, trimester pertama just makan asid folik, trimester kedua susu kambing dan kalsium, trimester ketiga neurogain, vita-c dan VCO.. Semua ni hanya demimu anak. Dapat laki yang tak faham mesti mengeluh, hai laa macam-macam nak. Beruntunglah wahai kaum hawa, kalau dapat laki yang akan sediakan yang terbaik untuk anda dan baby.

Sampaikan sampai satu tahap kita dah tak mampu nak uruskan diri kita sendiri. Tugas semua laki yang ambik alih. Yang ni agak 18sx tapi anda perlu tahu kenapa PENTINGNYA cari laki yang penyayang. Mandi pun sampai laki yang kena tolong. Yalah, mana boleh dah nak scrub badan sendiri. Tak mampu nak menyental dekat bahagian-bahagian bawah. Mana boleh buang semua sendiri, tak mampu nak tunduk. Time kita sakit contraction, nak kena bersihkan diri minta tolong laki temankan dekat bilik air. Malam-malam pula tak leh tidur, laki kena urut sampai tertidur. Tengah sedap tidur, tetiba pula akan jadi kejang kaki, kejutkan laki tolong urutkan. Nak kencing malam-malam pun kejutkan laki teman. Beruntunglah wahai kaum hawa, kalau dapat laki yang mahu buat apa sahaja untuk anda.

TAPI ada setengah orang kata alaa anak first memang la semangat ja kan. Berdoa la supaya ALLAH sentiasa lembutkan hati suami kita melayan karenah kita sampai ke tua. Isteri pun sentiasa la jadi yang terbaik. Jangan terlalu ikut perasaan sampaikan perasaan laki terabai.. So, kalau dari zaman bercinta nampak boypreng yang ego tinggi sangat, baran tak bertempat, think twice. Kita nak hidup lama ni.. Jadilah yang terbaik supaya ALLAH berikan yang terbaik =)

Monday, March 31, 2014

Pampers Murah

Assalamualaikum

Alhamdulillah pampers Gred AAA Europe kami dapat sambutan yang positif. Ramai yang bagi feedback dan repeat order. Katanya jimat banyak. Kalau ikutkan harga memang la mahal sikit berbanding Drypers, Diapex dan Pet-pet. TAPI kualiti memang berbeza sangat.. Sebabkan daya resapan yang tinggi siang pakai 2 keping dan malam pakai sekeping jer.. Kan dah jimat..

Terima Kasih Customer.. Saya sayang anda semua banyak ni,,


Semua Diapers yang kami Jual adalah yang berkualiti setanding di pasaran, cuma harga kami jauh lagi MURAH dan BERJIMAT.
Maklum lah barang pakai buang , kena dapatkan yang MURAH tapi ELOK...

Produk Gred AAA kami adalah berkualiti dari Europe. Ianya datang dari Eropah seperti Belgium dan Perancis. Semua stok adalah SANGAT TERHAD kerana stok akan sampai ke Malaysia hanyalah 2 bulan sekali. Jadi, adalah sangat BERUNTUNG kalau anda sempat merasa produk MURAH TETAPI BERKUALITI kami.



Tuesday, March 25, 2014

Perkembangan bayi 0 - 24 bulan



1 BULAN
mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
• menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
• bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat



2 BULAN
menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
• mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"


3 BULAN
mengangkat kepala sehingga 45°
• mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
• mengukir senyuman sosial



Ringkasan perkembangan 0-3 bulan


  • Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
  •  Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
  • Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
  • Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
  • Pada usia lapan  minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
  • Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
  • Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
  • Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tips: 
  1. Beri bayi anda flashcard berkontras tinggi untuk merangsang deria penglihatan serta IQ bayi anda. Boleh baca di sini
  2. Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.   



4 BULAN
mengangkat kepala sehingga 90°
• duduk dengan sokongan
• berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
•mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki



5 BULAN
mula tumbuh gigi



6 BULAN
menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
• menggapai dan menggenggem objek
• duduk sendiri dengan sokongan yang minima
• berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)


Ringkasan perkembangan 3-6 bulan 


  • Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
  • Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
  • Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
  • Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
  • Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
  • Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
  • Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip:

  1.  Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.





7 BULAN
mengajuk bunyi-bunyian
• menyuap sendiri makanan
• duduk tanpa sokongan

8 BULAN
menghisap objek
• memanggil 'ibu" atau "ayah"
• mula merangkak
• bertindakbalas terhadap nama sendiri

9 BULAN
mengangkat perut untuk duduk
• berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
• memahami keadaan kekal objek



Ringkasan perkembangan 6-9 bulan 

  •  Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
  • Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
  • Bayi juga mulai merangkak.
  • Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
  • Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
  • Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
  • Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: 

  1. Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.




10 BULAN
mengambil objek menggunakan 2 jari
• merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
• menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk

11 BULAN
menepuk tangan
• melambai
• berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
• memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
• memahami maksud "tidak"

12 BULAN 
menggeleng
• memahami arahan mudah
• berjalan dengan bantuan

Ringkasan perkembangan 9-12 bulan 



  • Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
  • Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
  • Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
  • Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
  • Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
  • Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
  • Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: 

  1. Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat. 



13 BULAN 

mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
• berdiri dengan sempurna

14 BULAN 
makan menggunakan jari
• melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar

15 BULAN 
gemar melihat dan menyelak buku
• berjalan dengan sempurna
• memanjat tangga

16 BULAN 
bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini

17 BULAN 
bertindakbalas terhadap arahan mudah

18 BULAN 
mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
• minum menggunakan cawan
• makan menggunakan sudu

19 BULAN 
boleh menggunakan sudu dan garfu
• berlari dengan sempurna

20 BULAN 
membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa

21 BULAN 
berjalan menaiki tangga dengan bantuan
• mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari

22 BULAN 
mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
• memahami 2 arahan yang berturut (contoh: ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
• boleh mengawal pundi kencing

23 BULAN 
• menggunakan 50-70 patah perkataan
• menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
• menuruni tangga dengan bantuan

24 BULAN 
memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
• sesetengah ucapannya boleh difahami
• membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan


Ringkasan perkembangan 12-24 bulan 

  • Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
  • Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.  
  • Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
  • Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
  • Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
  • Sudah pandai melukis.
  • Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip:

  1.  Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.

Dipetik dari Pa&Ma

Tuesday, March 18, 2014

Pemborong Pampers Termurah di Pasaran

Assalamualaikum =)

Penat kan kalau memikirkan wang sekarang. Apa yang boleh buat sentiasa la cari barang yang termurah untuk jimatkan wang. TETAPI dalam masa yang sama nak yang ada kualiti.

Untuk ibu bapa yang sayangkan anak, pampers pun nak cari yang terbaik. Tak nak anak ada ruam. Nak yang tahan bocor. Nak yang kering dekat kulit. Nak yang 100% cotton. Kalau dekat sini, yang paling baik mestilah Mamypoko kan.. Kalau guna Mamypoko sebulan ja mesti spent dekat RM2++ untuk pampers anak sahaja. Mana nak beli susu lagi, mengasuh anak lagi, sakit demam lagi. Peningnya kepala pikir.

TAPI....

Jangan risau.. Saya boleh tolong anda untuk dapatkan yang terbaik dan harga berbaloi. Kami menjual pampers pelbagai gred seperti Gred AAA Euro, Gred A Korea dan Gred B.. So, ibu bapa boleh decide yang mana yang anda nak.


Gred AAA Europe

Untuk anda yang hendak tahan lama, kulit anak sensitif, malas tukar malam-malam dan segalanya laa anda boleh try pampers Gred AAA Euro kami. Diulangi, Europe bukannya Korea seperti pemborong pampers yang lain. Produk AAA kami samakan dengan Mamypoko.. Designnya yang cantik mengikut bentuk anak anda kelihatan seperti pants dan kemas. Sekeliling pampers ada getah yang lembut untuk beri pemakaian yang selesa dan tak kan tercicir apa yang ada di dalam..huhu. Magic tape velcro pula boleh dilekatkan di mana-mana sahaja bahagian pampers berulang kali. Kami juga memberi jaminan wang sekiranya kulit anak anda terjejas apabila memakai produk kami. Kalau ada barang yang rosak, kami bersedia menukarkan semula . Ni ada review sikit daripada kami.

Ciri-ciri :

+ 100% Natural Cotton

+ Magic Tape. Boleh dilekatkan di mana-mana sahaja di bahagian pampers dan berulang kali.

+ Mempunyai getah di bahagian tape supaya senang dilaraskan mengikut saiz pinggang bayi dan kelihatan lebih kemas.

+ Kain yang sangat lembut.

+ Sesuai untuk kanak-kanak kulit sensitive. DIJAMIN.

+ Tahan sehingga 12 jam kerana kapas yang tebal.

+ Design kemas kelihatan seperti pants.

+ Wang akan dikembalikan sekiranya anak tidak sesuai dengan lampin.

+ Boleh tukar jika terdapat pampers rosak.

+ Setanding dengan pampers Mamypoko.

+ Kering dan menyerap bau.









Gred A Korea

Untuk Gred A korea pula saya sarankan kepada ibu bapa yang biasa menggunakan huggies, diapex atau drypers. Kalau kulit anak anda tiada masalah, jimatlah anda sekiranya menggunakan pek dari gred A korea ni.. Sungguh jimat. Kadang-kadang ada di antara anak kita yang kerap membuang air besar. Kena kerap tukar. Sehari pakai sampai 7 ke 8 keping. Dan ada juga parents yang mengadu kepada saya, kalau pergi taska, pengasuh kencing sikit pun dah tukar. Baik beli yang biasa-biasa sahaja. So, ini semua terpulang kepada diri masing-masing.


Ciri-ciri:

•             Kapas tebal
•             Magic Tape
•             Tahan sehingga 4jam
•             Campuran cotton dan plastik.
•             Menyerap bau.
•             Setanding drypers, diapex, huggies dan kiddo.





Gred B

Grade B adalah diaper yang tidak memenuhi QC kilang pengeluar dan tidak boleh dipek untuk dijual negara tersebut. Biasanya apabila proses print diaper di kilang terganggu (contoh mesin jem) terdapat diaper yang rosak dalam production line diaper tersebut. Kilang akan reject whole line. Ianya kemudian dijual kepada agen yang membeli grade B ini untuk dijual ke luar negara. Agen akan mengumpul grade B dari kilang berlainan. Apabila agen mendapat order dari pengimport ia kan menimbang diaper grade B ini dan dimampatkan (compress) sebelum dimuatkan di dalam kontena.Grade B adalah diaper yang diimport dalam ‘bales’ yang telah di ‘compress”. Sebab itu grade B yang sampai terdapat pelbagai jenis gambar, rupa dan kaler diaper.Apa yang datang dalam kontena tersebut, itulah stok yang kami jual.

Tapi jangan risau, kami baiki kekurangan yang ada. Produk still boleh pakai..




Sebarang pertanyaan boleh whatsapp/sms/call ke 
019 4361787

atau 

klik page Baby&Kids Wardrobe

Sunday, March 9, 2014

Apa yang saya makan sepanjang kehamilan..

Assalamualaikum =)

Marilah kita sama-sama mendoakan perkara yang baik akan berlaku kepada semua isi kandungan MH370..ada ketika ada hikmahnya kenapa benda ni jadi..semua manusia tak kira bangsa, agama, negara, kefahaman bersatu padu dan masing-masing mendoakan kesejahteraan penumpang.. Sebelum nak kongsi penerangan panjang lebar mari tengok gambar ni dulu..




Yang ni secara asasnya sahaja pemakanan tak termasuk yang doktor dari klinik kesihatan dan swasta lagi.. Macam-macam usaha buat untuk bagi yang terbaik untuk baby dalam perut.. Nampak tak puan tuan semua pengorbanan seorang ibu dari kita dalam perut lagi. Apa yang buat semua pikir anak.. Nak anak sihat, anak cerdik, anak kuat, anak soleh, anak comel.. Macam-macam research buat dari awal lagi.. Dan akhir sekali dah nak masuk 8 bulan pun kan.. Segalanya dipermudahkan.. Alhamdulillah..Baby secara mata kasarnya waktu scan 4D semua sihat dan normal.. Yeay !

Apa yang ALLAH bagi yang terbaik untuk kita baiklah kita berkongsi untuk semua, mana la tahu ada dua tiga orang yang dapat manfaat daripada kebaikan yang ALLAH bagi ni.. Saya lebih memilih untuk mengamalkan makanan sunnah dan moden sepanjang kehamilan ni.. Ya, kita berusaha ALLAH tentukan. Mai baca diari pemakanan ibu mengandung sepanjang kehamilan..

Bangun subuh : 6.00 pagi

Ambil air sembahyang gosok gigi terus sembahyang subuh. Habis ja sembahyang mula makan obimin sebiji. Obimin ni mengandungi semua nutrien untuk disalurkan kepada baby contohnya  Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B3, Vitamin B5, Folic Asid, Iron, Calcium, Copper, Iodine. K.. Obimin ni fungsi dia lebih kurang sama dengan asid folik cuma obimin nutrien dia lagi banyak dan lengkap.





Cara makan obimin yang betul :

  • Obimin kena makan sejam sebelum atau selepas makan. Senangnya, kena ambil time perut kosong. Tak boleh makan time nak dekat-dekat makan nasi atau pun sejurus lepas makan nasi.
  • Dalam tempoh 3 jam selepas makan obimin, dilarang minum milo, susu, teh, kopi. Hanya boleh minum air masak atau minuman berjus.
Kalau tak makan dengan cara yang betul, sia-sia sahaja kita telan sebab dia akan matikan zat dalam obimin tu dan baby pun tak dapat apa-apa nutrien.

Selepas 3 jam  : 9.30 pagi

Start ambil sarapan pagi.. Sarapan pagi tak elok kalau ambil makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak dan roti canai. Kenapa saya cuma sebut dua ni ja sebab paham sangat semangat patriotik orang Malaysia yang truely Malaysian ni.. Waktu awal-awal dulu sangat suka nasi lemak..lepas tu menyesal sebab berat naik mendadak. Hubby takut sangat tengok bini dia badan macam dipam-pam terus buat research tanya member semua then diorang cakap pagi minum susu elok untuk wanita hamil. Search pula susu terbaik, dan jumpa pula Susu Kambing Hi-goat. Nampak tak kaitan dekat sini. Susu kambing tu saya dah terangkan macam mana nak buat bagi rasa sedap dan thorbaik.. Bagi sesiapa yang belum baca boleh klik sini.


Kebaikan susu kambing hi-goat :
Susu terbaik selepas susu IBU
Sumber kalsium yang hebat
Sangat baik untuk ibu mengandung
Menambah pengeluaran susu ibu
Mengelak penyakit demam kuning kepada bayi
Tidak menyebabkan alahan
Kuatkan sistem imunisasi
Bersifat alkali
Tingkatkan daya peka, tumpuan dan ingatan
Lancarkan sistem penghadaman dan usus
Membantu mengubati Kanser,
Demam Kuning.
Gastrik,
Asma (Lelah), Penyakit Kulit, Ulser,
Sukar Tidur
Imbangi gula dalam darah
Imbangi kolestrol dalam badan kita
Tidak sebabkan kahak
Memulihkan tenaga batin

Tips untuk yang alahan teruk : Sebelum makan apa-apa dalam perut minum pati delima gulsan campur dengan madu.. YUMMY.. ramai yang dah try dan cakap boleh kurangkan mual dan loya..




Tengahari : 12.00 tengahari

Ambil nasi.. yang ni ikut suka la nak makan apa pun..janji kenyang..hehe..tapi kurangkan juga la..digalakkan makan makana rebus dan bakar.. nasi dalam kuantiti sedikit. Makan sedikit tapi kerap lebih elok dari makan banyak terus sekali. Minuman pula time ni air pati delima gulsan.. Pati delima gulsan ni pun banyak khasiat untuk ibu mengandung antaranya : 




  • Melindungi Otak Bayi
  • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
  • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
  • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung).


  • Minum petang : 3.00 tengahari

    Makan buah-buahan atau roti atau biskut.. Buah-buahan yang terbaik untuk ibu mengandung ialah tembikai..Rasulullah pernah bersabda 

    Setiap wanita hamil yang makan buah semangka/tembikai maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya
    Selain itu, banyakkan juga makan kurma..Kurma ni dalam kajian antara buah yang paling kaya dengan zat besi dan kalsium..

    Hi-tea : 5.30 petang

    Beli kuih dua tiga biji balik minum dengan susu hi-goat lagi.. Saya memang tak ambil langsung minuman kafein memang dilarang sama sekali oleh hubby. Lagipun memang saya sebelum mengandung pun memang tak berminat dengan minuman kafein.. So, menurut perintah saja lah..

    Makan malam : 8.00 malam

    Makan nasi lagi. yang ni sama ja dengan yang tengahari cuma lebihkan sayur sikit kali ni. Nasi ambil sikit ja.. 

    Sebelum tidur : 10.30 malam

    Makan supplemen yang moden..hehe.. Ambil 2 biji shaklee calcium + 1 biji shaklee vita C plus + sebiji neurogain PB.. Yang ni sebagai supplemen tambahan untuk ibu pula. Kan waktu mengandung ni baby banyak tarik calcium dari ibu, so ibu tetap kena tambah lagi pengambilan calcium. Untuk mengelakkan osteoporosis di waktu muda..huhu.. Badan nak pakai lama ni.. Alhamdulillah jarang sekali rasa cepat-cepat kebas, gusi berdarah, sakit pinggang yang keterlaluan dan macam-macam lagi la. Vitamin C ni di samping jaga kulit ia juga sebagai imunisasi badan. Tak pernah lagi demam sepanjang hamil.. Syukur !



    Neurogain PB pula sebagai DHA kepada otak baby la..Supplemen ni sejenis minyak ikan..yang ni suggestion dari doktor klinik swasta.. Untuk hasilnya dan kuasa ALLAH kita lihat baby keluar nanti..

    Tips tambahan :
    Untuk stretchmark, sakit kaki, lenguh-lenguh kaki dan angin-angin badan, saya just guna minyak berubat herba nona roguy ja.. Tak ada guna minyak lain dah.. Sakit dekat bahagian mana pun sapu yang tu ja. Family saya turun termurun memang setia dengan Nona Roguy dari Set Bersalin hinggalah minyak harian. Dekat baby pun pakai minyak Nona Roguy juga. Ada satu minyak ni ja dalam rumah.. 

    Memperkenalkan minyak serbaguna turun temurun 
    Tips lagi : Ibu mengandung kena minum air kosong banyak tau.. Untuk tak nak bagi dehydrate. Oleh itu, badan tak la rasa lemah, cepat sakit semua.. Ini hanyalah perkongsian dari saya. Kita merancang dan berusaha hasilnya ALLAH yang tentukan..










    Wednesday, March 5, 2014

    Dulu dan Sekarang Berbeda !

    Assalamualaikum =)

    Selamat pagi.. Allah tak akan merubah nasib umatnya melainkan kita yang ubah nasib kita dahulu. Ya, pengalaman lama banyak sangat mengajar aku. Dulunya aku adalah di antara orang yang paling ego untuk berubah. Pandang orang baik sikit, pikir negatif sokmo.. Tengok pengawas sikit zaman sekolah, anti selalu. Tapi aku tak ada tahap sampai membenci. Aku tak suka orang kongkong apa yang aku nak buat. Yalah jiwa remaja, kerja nak memberontak ja . Mana tak stress dulu, bawa 'walkman' pun kena rampas..Dalam hati ni hampa ni tak dak kerja ka, aku nak dengar lagu ja pun. Bukannya aku buat dosa dengan 'walkman'..huhu. Sembahyang subuh dalam dorm tu lagi la selalu.. huhu. Tak kira sembunyi dalam loker lagi tak turun prep. Lepas tu, ponteng dalam bahasa remaja panggil 'lep' dekat bilik sakit buat-buat sakit dengan geng pula tu.

    Kadang-kadang buat benda ni semua sebab teringin nak merasa jadi 'style'..haha. Jiwa remaja der. Famous Amos bakhang.. Nama dekat cikgu tak pernah lekang laa kan.. Prinsip hidup 'be yourself'.. Sebab be myself la aku jadi apa aku hari ini. Kalau buat statistik kajian profesor-profesor ni, pengaruh rakan sebaya la, kurang didikan agama la, media massa la semua ada la kan. Sebenarnya bagi aku ialah diri tu sendiri. Setiap orang dalam hati dia teringin nak buat something yang 'nakal'. Yang menentukan tindakan tu adalah diri sendiri samada dia paksa diri dia buat-buat baik atau ala try ja la buat tengok jadi apa.

    Tapi alhamdulillah setelah penat buat salah, saya berbalik kepada fitrah yang hai syamim tak takut ka mati duduk dalam kubur disiksa mungkar nakir mai tak boleh jawab.. Hang tu dah la penakut gelap kan, macam mana hang nak duduk dalam kubur nanti. Baca la al-quran sikit dua tiga helai bagi cerah kubur tu.. Baca sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit. Hang tengok ular pun geli mao ka ular mai lilit sergah muka hang nanti. Jaga la perangai sikit, tak susah buat sembahyang 5 waktu bagi cukup ja dulu. Hang tu dah la tak tahan sakit, mao ka nanti malaikat pukul hang tak boleh jawab soalan dia.. Hang zikir sentiasa sebut nama ALLAH at least nak jawab nanti tak tergagap nak sebut ALLAH sebab dah biasa.

    Kalau aku ingat balik dosa aku dahulu, rasa tak sempat sangat nak minta maaf dekat ALLAH, dekat mama abah, dekat keluarga, dekat suami, dekat guru-guru, dekat kawan-kawan. Mana la tao perangai aku ni sedikit sebanyak menyusahkan mereka-mereka ini.. Pengalaman mendewasa dan mematangkan kita. Ada hikmah apa yang jadi sebelum ni dengan impaknya masa sekarang.. Aku pernah jatuh tersungkur ke bawah sekali sampai hidup aku hanya ada perasaan sedih ja sampai satu masa aku cari ALLAH dan aku rasa tenang. ALLAH temukan aku dengan bidadara dunia aku insya alllah sampai syurga, dan kami bertekad yang kami nak sama-sama berubah.

    Ya, selalu sangat dengar ayat ni, LELAKI LEPAS KAWIN TAK SAMA DENGAN LELAKI SEBELUM KAWIN..ya MEMANGGG BETUL sangat.. Terima kasih kepada yang reka ayat ni.. Lepas kawin lelaki ni lebih bertanggungjawab. Lepas kawin lelaki ni lebih caring atau ambil berat. Lepas kawin lelaki ni sanggup tak tidur malam jaga bini. Lepas kawin lelaki ni lebih sabar melayan isteri. Lepas kawin lelaki ni lebih beriman. Lepas kawin lelaki ni lebih menghargai isteri.. Disebabkan semua ni, aku berjanji akan melupakan dan melenyapkan semua kisah silam lelaki sebelum kawin. Tolong jadi macam ni sampai bila-bila ya ABI..

    Nikmat yang mana lagi yang kamu nak dustakan.. Terlebih nikmat dah ALLAH bagi.. Nikmat lapang, nikmat sihat, nikmat kaya, nikmat muda (muda lagi la tu kan) yang penting nikmat HIDUP.. Aku tak minta banyak, perubahan ni juga kepada anak-anak aku nanti. Aku tak mao, anak-anak jadi macam ibu dulu-dulu. Tolong ingatkan aku jika ada salah silap yang aku buat .. Kepada kawan-kawan di luar, buat baik ni tak payah yang susah-susah.. Nampak sampah tepi kain, kutip n buang pun dah kira baik dah tu. Tak mengata orang lagi la baik..Tu tak masuk buat baik dekat orang lagi.. Kasih dan sayang lagi pahala banyak.. Semoga kita semua dapat rasa nikmat syurga insya allah =)

    Tuesday, March 4, 2014

    Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA)


    Berita baik kepada bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak pada tahun ini. Kerajaan negeri Kedah akan menghulurkan sumbangan Kit Kelahiran kepada semua bayi yang baharu dilahirkan di negeri Kedah bermula bulan ini melalui Skim Intensif Kelahiran Anak (IKA).

    Kit Kelahiran ini mengandungi keperluan khas bayi seperti botol susu, selimut dan pakaian.  Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan suami isteri/ ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru dalam institusi keluarga.

    Kelayakan
    • Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
    • Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
    • Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
    • Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014
    Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-
    •   Pejabat Daerah berhampiran
    •   Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
    •   Pejabat Penghulu
    •   Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
    •   Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
    Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan. Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.

    Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.


    Download Borong Di Sini