1 BULAN
• mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
• menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
• bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat
2 BULAN
• menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
• mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"
3 BULAN
• mengangkat kepala sehingga 45°
• mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
• mengukir senyuman sosial
Ringkasan perkembangan 0-3 bulan
- Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
- Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
- Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
- Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
- Pada usia lapan minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
- Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
- Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
- Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
- Beri bayi anda flashcard berkontras tinggi untuk merangsang deria penglihatan serta IQ bayi anda. Boleh baca di sini
- Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.
4 BULAN
• mengangkat kepala sehingga 90°
• duduk dengan sokongan
• berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
•mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki
5 BULAN
• mula tumbuh gigi
6 BULAN
• menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
• menggapai dan menggenggem objek
• duduk sendiri dengan sokongan yang minima
• berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)
Ringkasan perkembangan 3-6 bulan
- Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
- Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
- Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
- Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
- Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
- Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
- Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
- Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.
7 BULAN
• mengajuk bunyi-bunyian
• menyuap sendiri makanan
• duduk tanpa sokongan
8 BULAN
• menghisap objek
• memanggil 'ibu" atau "ayah"
• mula merangkak
• bertindakbalas terhadap nama sendiri
9 BULAN
• mengangkat perut untuk duduk
• berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
• memahami keadaan kekal objek
Ringkasan perkembangan 6-9 bulan
- Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
- Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
- Bayi juga mulai merangkak.
- Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
- Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
- Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
- Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
- Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.
10 BULAN
• mengambil objek menggunakan 2 jari
• merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
• menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk
11 BULAN
• menepuk tangan
• melambai
• berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
• memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
• memahami maksud "tidak"
12 BULAN
• menggeleng
• memahami arahan mudah
• berjalan dengan bantuan
Ringkasan perkembangan 9-12 bulan
- Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
- Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
- Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
- Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
- Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
- Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
- Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
- Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat.
• mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
• berdiri dengan sempurna
14 BULAN
• makan menggunakan jari
• melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar
15 BULAN
• gemar melihat dan menyelak buku
• berjalan dengan sempurna
• memanjat tangga
16 BULAN
• bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini
17 BULAN
• bertindakbalas terhadap arahan mudah
18 BULAN
• mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
• minum menggunakan cawan
• makan menggunakan sudu
19 BULAN
• boleh menggunakan sudu dan garfu
• berlari dengan sempurna
20 BULAN
• membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa
21 BULAN
• berjalan menaiki tangga dengan bantuan
• mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari
22 BULAN
• mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
• memahami 2 arahan yang berturut (contoh: ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
• boleh mengawal pundi kencing
23 BULAN
• menggunakan 50-70 patah perkataan
• menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
• menuruni tangga dengan bantuan
24 BULAN
• memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
• sesetengah ucapannya boleh difahami
• membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan
Ringkasan perkembangan 12-24 bulan
- Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
- Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
- Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
- Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
- Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
- Sudah pandai melukis.
- Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
- Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.
Dipetik dari Pa&Ma
No comments:
Post a Comment