Marilah kita sama-sama mendoakan perkara yang baik akan berlaku kepada semua isi kandungan MH370..ada ketika ada hikmahnya kenapa benda ni jadi..semua manusia tak kira bangsa, agama, negara, kefahaman bersatu padu dan masing-masing mendoakan kesejahteraan penumpang.. Sebelum nak kongsi penerangan panjang lebar mari tengok gambar ni dulu..
Yang ni secara asasnya sahaja pemakanan tak termasuk yang doktor dari klinik kesihatan dan swasta lagi.. Macam-macam usaha buat untuk bagi yang terbaik untuk baby dalam perut.. Nampak tak puan tuan semua pengorbanan seorang ibu dari kita dalam perut lagi. Apa yang buat semua pikir anak.. Nak anak sihat, anak cerdik, anak kuat, anak soleh, anak comel.. Macam-macam research buat dari awal lagi.. Dan akhir sekali dah nak masuk 8 bulan pun kan.. Segalanya dipermudahkan.. Alhamdulillah..Baby secara mata kasarnya waktu scan 4D semua sihat dan normal.. Yeay !
Apa yang ALLAH bagi yang terbaik untuk kita baiklah kita berkongsi untuk semua, mana la tahu ada dua tiga orang yang dapat manfaat daripada kebaikan yang ALLAH bagi ni.. Saya lebih memilih untuk mengamalkan makanan sunnah dan moden sepanjang kehamilan ni.. Ya, kita berusaha ALLAH tentukan. Mai baca diari pemakanan ibu mengandung sepanjang kehamilan..
Bangun subuh : 6.00 pagi
Ambil air sembahyang gosok gigi terus sembahyang subuh. Habis ja sembahyang mula makan obimin sebiji. Obimin ni mengandungi semua nutrien untuk disalurkan kepada baby contohnya Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B3, Vitamin B5, Folic Asid, Iron, Calcium, Copper, Iodine. K.. Obimin ni fungsi dia lebih kurang sama dengan asid folik cuma obimin nutrien dia lagi banyak dan lengkap.
Cara makan obimin yang betul :
- Obimin kena makan sejam sebelum atau selepas makan. Senangnya, kena ambil time perut kosong. Tak boleh makan time nak dekat-dekat makan nasi atau pun sejurus lepas makan nasi.
- Dalam tempoh 3 jam selepas makan obimin, dilarang minum milo, susu, teh, kopi. Hanya boleh minum air masak atau minuman berjus.
Selepas 3 jam : 9.30 pagi
Start ambil sarapan pagi.. Sarapan pagi tak elok kalau ambil makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak dan roti canai. Kenapa saya cuma sebut dua ni ja sebab paham sangat semangat patriotik orang Malaysia yang truely Malaysian ni.. Waktu awal-awal dulu sangat suka nasi lemak..lepas tu menyesal sebab berat naik mendadak. Hubby takut sangat tengok bini dia badan macam dipam-pam terus buat research tanya member semua then diorang cakap pagi minum susu elok untuk wanita hamil. Search pula susu terbaik, dan jumpa pula Susu Kambing Hi-goat. Nampak tak kaitan dekat sini. Susu kambing tu saya dah terangkan macam mana nak buat bagi rasa sedap dan thorbaik.. Bagi sesiapa yang belum baca boleh klik sini.
Kebaikan susu kambing hi-goat :
Susu terbaik selepas susu IBU
Sumber kalsium yang hebat
Sangat baik untuk ibu mengandung
Menambah pengeluaran susu ibu
Mengelak penyakit demam kuning kepada bayi
Tidak menyebabkan alahan
Kuatkan sistem imunisasi
Bersifat alkali
Tingkatkan daya peka, tumpuan dan ingatan
Lancarkan sistem penghadaman dan usus
Membantu mengubati Kanser,
Demam Kuning.
Gastrik,
Asma (Lelah), Penyakit Kulit, Ulser,
Sukar Tidur
Imbangi gula dalam darah
Imbangi kolestrol dalam badan kita
Tidak sebabkan kahak
Memulihkan tenaga batin
Tengahari : 12.00 tengahari
Ambil nasi.. yang ni ikut suka la nak makan apa pun..janji kenyang..hehe..tapi kurangkan juga la..digalakkan makan makana rebus dan bakar.. nasi dalam kuantiti sedikit. Makan sedikit tapi kerap lebih elok dari makan banyak terus sekali. Minuman pula time ni air pati delima gulsan.. Pati delima gulsan ni pun banyak khasiat untuk ibu mengandung antaranya :
Makan buah-buahan atau roti atau biskut.. Buah-buahan yang terbaik untuk ibu mengandung ialah tembikai..Rasulullah pernah bersabda
Setiap wanita hamil yang makan buah semangka/tembikai maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknyaSelain itu, banyakkan juga makan kurma..Kurma ni dalam kajian antara buah yang paling kaya dengan zat besi dan kalsium..
Hi-tea : 5.30 petang
Beli kuih dua tiga biji balik minum dengan susu hi-goat lagi.. Saya memang tak ambil langsung minuman kafein memang dilarang sama sekali oleh hubby. Lagipun memang saya sebelum mengandung pun memang tak berminat dengan minuman kafein.. So, menurut perintah saja lah..
Makan malam : 8.00 malam
Makan nasi lagi. yang ni sama ja dengan yang tengahari cuma lebihkan sayur sikit kali ni. Nasi ambil sikit ja..
Sebelum tidur : 10.30 malam
Makan supplemen yang moden..hehe.. Ambil 2 biji shaklee calcium + 1 biji shaklee vita C plus + sebiji neurogain PB.. Yang ni sebagai supplemen tambahan untuk ibu pula. Kan waktu mengandung ni baby banyak tarik calcium dari ibu, so ibu tetap kena tambah lagi pengambilan calcium. Untuk mengelakkan osteoporosis di waktu muda..huhu.. Badan nak pakai lama ni.. Alhamdulillah jarang sekali rasa cepat-cepat kebas, gusi berdarah, sakit pinggang yang keterlaluan dan macam-macam lagi la. Vitamin C ni di samping jaga kulit ia juga sebagai imunisasi badan. Tak pernah lagi demam sepanjang hamil.. Syukur !
Neurogain PB pula sebagai DHA kepada otak baby la..Supplemen ni sejenis minyak ikan..yang ni suggestion dari doktor klinik swasta.. Untuk hasilnya dan kuasa ALLAH kita lihat baby keluar nanti..
Tips tambahan :
Untuk stretchmark, sakit kaki, lenguh-lenguh kaki dan angin-angin badan, saya just guna minyak berubat herba nona roguy ja.. Tak ada guna minyak lain dah.. Sakit dekat bahagian mana pun sapu yang tu ja. Family saya turun termurun memang setia dengan Nona Roguy dari Set Bersalin hinggalah minyak harian. Dekat baby pun pakai minyak Nona Roguy juga. Ada satu minyak ni ja dalam rumah..
Memperkenalkan minyak serbaguna turun temurun
Tips lagi : Ibu mengandung kena minum air kosong banyak tau.. Untuk tak nak bagi dehydrate. Oleh itu, badan tak la rasa lemah, cepat sakit semua.. Ini hanyalah perkongsian dari saya. Kita merancang dan berusaha hasilnya ALLAH yang tentukan..
No comments:
Post a Comment