Yeay dah masuk angka 3+ minggu dalam pregnancy.. Syukur sangat ya allah.. Kau kuatkan minda dan fizikal hambamu yang lemah ini.. Sekejap ja masa berlalu.. Baru bangun tidur, masak breakfast dah pukul 8.30 pagi.. Basuh kain, kemas rumah dah pukul 11 pagi.. Masak lunch siap dah pukul 1.00 tengahari.. Pergi ambil adik sekolah balik dah pukul 2 tengahari.. Siap adik pergi mengaji hantar balik dah pukul 3 petang.. Online balas mesej customer dah pukul 5.. Aih alih-alih malam la kan.. Post sebelum ni saya ada kan cakap nak cerita pasal Kecerdasan Pelbagai atau dalam istilah omputihnya Multiple Intelligence.. Sebenarnya ni adalah tajuk thesis saya semasa final semester.. So, boleh dikatakan habis kaji laa.. Then rasa rugi kalau tak berkongsi dengan rakyat jelata semua..
Percaya tak kalau saya katakan semua dalam dunia ni terdiri daripada orang yang Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif atau dalam bahasa yang lagi hebat Gifted and Talented.. Apa itu Gifted? Gifted ni macam kebolehan luar biasa yang ALLAH bagi sejak kita lahir lagi dan kebolehan ni tak payah cari cuma perlu digilap.. Contoh yang paling senang adik Adi Putra yang pandai Matematik tu.. Dekat Malaysia ni kita hanya nampak dia ja yang ada kebolehan luar biasa tetapi yang sebenarnya anak-anak kita kalau kita gilap dari kecil boleh jadi macam adik Adi Putra.. Contoh yang kedua, Nicol David.. Beliau boleh berjaya sebab ayah beliau dapat detect kebolehan anak dia semenjak dia kecil lagi. Ayah dia gilap bakat dia sampai la dia jadi orang yang paling hebat di dunia..
Saya bila tahu benda ni rasa menyesalnya. Mula nak salahkan semua orang.huhu. Kenapa abah aku tak tao yang aku ni dari dulu lagi memang gifted dalam muzik. haha. Mengikut kajian Howard Gardner, ada lapan jenis kepelbagaian kecerdasan yang terdapat dalam diri manusia.. Lepas tu ditambah lagi satu menjadikan sembilan kecerdasan pada tahun 1999. Kiranya kita boleh ada satu atau lebih bidang yang kita gifted. Macam mana nak kesan, kita boleh tengok ciri-ciri dia.. Dekat Malaysia kita baru ja ada khusus ni. Universiti yang dah kaji ialah UKM dan UPSI. Saya salah seorang daripada 30 orang graduan batch pertama dari UPSI yang mengambil pengkhususan Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif. Antara assigment yang kami buat, kami kena pergi beberapa tadika di seluruh negeri untuk mencari kanak-kanak yang ada potensi besar jadi macam Adi Putra..
Kategori dan Ciri Kecerdasan Pelbagai :
- Logikal Matematik
Secara huraiannya orang yang ada kecerdasan ni dia suka sangat main dengan nombor. Dia senang tangkap kalau kita bagi penyelesaian masalah berkaitan Matematik. Dari kecil lagi dia lebih suka nombor dari huruf.
Pekerjaan yang sesuai : Businessman, pakar Matematik, guru/lect berkaitan Matematik, pakar ekonomi dll
- Bahasa Linguistik
Individu ni senang cakap otak sastera la. Suka mengarang cerita, suka buat sajak, syair, bergurindam semua la. Waktu kecil selalunya dia boleh cakap dulu daripada berjalan. Mudah memahami dan mampu bercakap dengan lancar.
Pekerjaan yang sesuai : pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis.
- Interpersonal
Orang yang ada kecerdasan interpersonal ni dia suka memimpin dari dipimpin. Dia suka jadi ketua untuk sesuatu kumpulan. Kalau dari kanak-kanak, kita dapat lihat dia boleh berkongsi permainan dia dengan orang lain. Dia dapat jaga adik dia. Dia dapat menyelesaikan masalah dan selalunya orang yang mempunyai kecerdasan ni selalu jadi tempat rujukan kalau ada masalah.
Pekerjaan yang sesuai : pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam.
- Intrapersonal
Individu intrapersonal terbalik pula dengan interpersonal. Dia lebih suka bersendiri tak suka kerja-kerja yang melibatkan berkumpulan. Tapi dalam dia duduk sendiri, dia suka menilai.. Kalau kita tengok anak kita lebih suka bersendiri sambil memerhati tu sebenarnya dia ada kecerdasan dalam intrapersonal. Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi.
Pekerjaan yang sesuai : pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.
- Muzik
Secara konklusinya, apa sahaja berkaitan dengan muzik dia pro. Dia dengar sekali ja lagu dia boleh hafal menyanyi ikut tempo dan pitching yang betul. Lepas tu dia boleh gubah lagu, buat lirik dengan baik. Dari kecil lagi kita tengok dia begitu tertarik dengan bunyi-bunyian dan lagu.
Pekerjaan yang sesuai : ahli muzik, komposer, penulis lirik
- Kinestatik
Kemahiran kinestatik ni melibatkan pergerakan fizikal. Dia boleh melenturkan badan dengan baik dan sangat mahir dalam aktiviti bersukan. Kanak-kanak yang aktif berlari dan boleh berjalan di usia yang 8bulan dikatakan mempunyai keupayaan kinestatik yang tinggi.
Pekerjaan yang sesuai : tlit, juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar.
- Visual Ruang
Orang yang mempunyai kecerdasan visual ruang ni kuat berimaginasi. Dia sesuai dalam merangka sesuatu rancangan sebab dia dapat nilai kemungkinan yang bakal berlaku. Lepas tu selalunya orang yang ada visual ruang yang tinggi dia suka conteng, lukis-lukis dekat buku.
Pekerjaan yang sesuai : artis, pereka dan arkitek.
- Naturalis
Orang yang ada kecerdasan ini lebih tertarik dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan. Kalau ada masa lapang suka pergi memancing, memanjat gunung dan sebagainya. Kesimpulannya suka mengembara tengok alam.
Pekerjaan yang sesuai : ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung .
- Spiritual
Secara konklusinya lebih kepada agama la. Banyak mengkaji tentang al-quran tentang hadis-hadis dan dalil tentang kewujudan di muka bumi.
Pekerjaan yang sesuai : ustaz, pakar agama dan ahli falsafah.
Yang ni la penerangan panjang lebar pasal multiple intelligence. Sekiranya anda dapat mengesan bakat-bakat ni kepada orang yang terdekat lagi-lagi usia beliau masih muda gilaplah ia sebaiknya. Rugi kalau kita tak guna kepintaran yang ALLAH dan bagi sedia ada. Lagi rugi bila besar nanti anak tu guna kepintaran dengan cara yang salah contohnya beliau mempunyai kepintaran visual ruang yang tinggi. Dia mampu rangka strategi pi merompak rumah orang. Orang yang mempunyai kecerdasan naturalis pi jual air ketum pula..huhu..Tak terkecuali juga kalau anda rasa mana-mana bakat ini ada dalam diri anda, cepat-cepat guna potensi yang ada pada diri tu untuk memajukan diri anda. Gunakan kepakaran anda untuk menolong semua orang di bumi ini.
Saya baru ja sedar di usia 22 tahun dan dari dulu lagi memang tak dinafikan saya memang sangat minat Matematik.. Saya cuba gilap skill saya dengan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.. Semoga anda semua mendoakan kejayaan saya suatu hari kelak.
Wassalam =)
No comments:
Post a Comment