Berita baik kepada bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak pada tahun ini. Kerajaan negeri Kedah akan menghulurkan sumbangan Kit Kelahiran kepada semua bayi yang baharu dilahirkan di negeri Kedah bermula bulan ini melalui Skim Intensif Kelahiran Anak (IKA).
Kit Kelahiran ini mengandungi keperluan khas bayi seperti botol susu, selimut dan pakaian. Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan suami isteri/ ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru dalam institusi keluarga.
Kelayakan
- Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
- Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
- Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
- Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014
- Pejabat Daerah berhampiran
- Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
- Pejabat Penghulu
- Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
- Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.
Download Borong Di Sini
No comments:
Post a Comment