Monday, March 31, 2014

Pampers Murah

Assalamualaikum

Alhamdulillah pampers Gred AAA Europe kami dapat sambutan yang positif. Ramai yang bagi feedback dan repeat order. Katanya jimat banyak. Kalau ikutkan harga memang la mahal sikit berbanding Drypers, Diapex dan Pet-pet. TAPI kualiti memang berbeza sangat.. Sebabkan daya resapan yang tinggi siang pakai 2 keping dan malam pakai sekeping jer.. Kan dah jimat..

Terima Kasih Customer.. Saya sayang anda semua banyak ni,,


Semua Diapers yang kami Jual adalah yang berkualiti setanding di pasaran, cuma harga kami jauh lagi MURAH dan BERJIMAT.
Maklum lah barang pakai buang , kena dapatkan yang MURAH tapi ELOK...

Produk Gred AAA kami adalah berkualiti dari Europe. Ianya datang dari Eropah seperti Belgium dan Perancis. Semua stok adalah SANGAT TERHAD kerana stok akan sampai ke Malaysia hanyalah 2 bulan sekali. Jadi, adalah sangat BERUNTUNG kalau anda sempat merasa produk MURAH TETAPI BERKUALITI kami.



Tuesday, March 25, 2014

Perkembangan bayi 0 - 24 bulan



1 BULAN
mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
• menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
• bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat



2 BULAN
menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
• mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"


3 BULAN
mengangkat kepala sehingga 45°
• mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
• mengukir senyuman sosial



Ringkasan perkembangan 0-3 bulan


  • Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
  •  Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
  • Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
  • Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
  • Pada usia lapan  minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
  • Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
  • Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
  • Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tips: 
  1. Beri bayi anda flashcard berkontras tinggi untuk merangsang deria penglihatan serta IQ bayi anda. Boleh baca di sini
  2. Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.   



4 BULAN
mengangkat kepala sehingga 90°
• duduk dengan sokongan
• berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
•mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki



5 BULAN
mula tumbuh gigi



6 BULAN
menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
• menggapai dan menggenggem objek
• duduk sendiri dengan sokongan yang minima
• berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)


Ringkasan perkembangan 3-6 bulan 


  • Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
  • Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
  • Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
  • Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
  • Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
  • Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
  • Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip:

  1.  Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.





7 BULAN
mengajuk bunyi-bunyian
• menyuap sendiri makanan
• duduk tanpa sokongan

8 BULAN
menghisap objek
• memanggil 'ibu" atau "ayah"
• mula merangkak
• bertindakbalas terhadap nama sendiri

9 BULAN
mengangkat perut untuk duduk
• berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
• memahami keadaan kekal objek



Ringkasan perkembangan 6-9 bulan 

  •  Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
  • Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
  • Bayi juga mulai merangkak.
  • Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
  • Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
  • Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
  • Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: 

  1. Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.




10 BULAN
mengambil objek menggunakan 2 jari
• merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
• menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk

11 BULAN
menepuk tangan
• melambai
• berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
• memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
• memahami maksud "tidak"

12 BULAN 
menggeleng
• memahami arahan mudah
• berjalan dengan bantuan

Ringkasan perkembangan 9-12 bulan 



  • Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
  • Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
  • Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
  • Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
  • Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
  • Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
  • Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: 

  1. Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat. 



13 BULAN 

mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
• berdiri dengan sempurna

14 BULAN 
makan menggunakan jari
• melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar

15 BULAN 
gemar melihat dan menyelak buku
• berjalan dengan sempurna
• memanjat tangga

16 BULAN 
bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini

17 BULAN 
bertindakbalas terhadap arahan mudah

18 BULAN 
mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
• minum menggunakan cawan
• makan menggunakan sudu

19 BULAN 
boleh menggunakan sudu dan garfu
• berlari dengan sempurna

20 BULAN 
membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa

21 BULAN 
berjalan menaiki tangga dengan bantuan
• mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari

22 BULAN 
mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
• memahami 2 arahan yang berturut (contoh: ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
• boleh mengawal pundi kencing

23 BULAN 
• menggunakan 50-70 patah perkataan
• menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
• menuruni tangga dengan bantuan

24 BULAN 
memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
• sesetengah ucapannya boleh difahami
• membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan


Ringkasan perkembangan 12-24 bulan 

  • Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
  • Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.  
  • Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
  • Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
  • Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
  • Sudah pandai melukis.
  • Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip:

  1.  Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.

Dipetik dari Pa&Ma

Tuesday, March 18, 2014

Pemborong Pampers Termurah di Pasaran

Assalamualaikum =)

Penat kan kalau memikirkan wang sekarang. Apa yang boleh buat sentiasa la cari barang yang termurah untuk jimatkan wang. TETAPI dalam masa yang sama nak yang ada kualiti.

Untuk ibu bapa yang sayangkan anak, pampers pun nak cari yang terbaik. Tak nak anak ada ruam. Nak yang tahan bocor. Nak yang kering dekat kulit. Nak yang 100% cotton. Kalau dekat sini, yang paling baik mestilah Mamypoko kan.. Kalau guna Mamypoko sebulan ja mesti spent dekat RM2++ untuk pampers anak sahaja. Mana nak beli susu lagi, mengasuh anak lagi, sakit demam lagi. Peningnya kepala pikir.

TAPI....

Jangan risau.. Saya boleh tolong anda untuk dapatkan yang terbaik dan harga berbaloi. Kami menjual pampers pelbagai gred seperti Gred AAA Euro, Gred A Korea dan Gred B.. So, ibu bapa boleh decide yang mana yang anda nak.


Gred AAA Europe

Untuk anda yang hendak tahan lama, kulit anak sensitif, malas tukar malam-malam dan segalanya laa anda boleh try pampers Gred AAA Euro kami. Diulangi, Europe bukannya Korea seperti pemborong pampers yang lain. Produk AAA kami samakan dengan Mamypoko.. Designnya yang cantik mengikut bentuk anak anda kelihatan seperti pants dan kemas. Sekeliling pampers ada getah yang lembut untuk beri pemakaian yang selesa dan tak kan tercicir apa yang ada di dalam..huhu. Magic tape velcro pula boleh dilekatkan di mana-mana sahaja bahagian pampers berulang kali. Kami juga memberi jaminan wang sekiranya kulit anak anda terjejas apabila memakai produk kami. Kalau ada barang yang rosak, kami bersedia menukarkan semula . Ni ada review sikit daripada kami.

Ciri-ciri :

+ 100% Natural Cotton

+ Magic Tape. Boleh dilekatkan di mana-mana sahaja di bahagian pampers dan berulang kali.

+ Mempunyai getah di bahagian tape supaya senang dilaraskan mengikut saiz pinggang bayi dan kelihatan lebih kemas.

+ Kain yang sangat lembut.

+ Sesuai untuk kanak-kanak kulit sensitive. DIJAMIN.

+ Tahan sehingga 12 jam kerana kapas yang tebal.

+ Design kemas kelihatan seperti pants.

+ Wang akan dikembalikan sekiranya anak tidak sesuai dengan lampin.

+ Boleh tukar jika terdapat pampers rosak.

+ Setanding dengan pampers Mamypoko.

+ Kering dan menyerap bau.









Gred A Korea

Untuk Gred A korea pula saya sarankan kepada ibu bapa yang biasa menggunakan huggies, diapex atau drypers. Kalau kulit anak anda tiada masalah, jimatlah anda sekiranya menggunakan pek dari gred A korea ni.. Sungguh jimat. Kadang-kadang ada di antara anak kita yang kerap membuang air besar. Kena kerap tukar. Sehari pakai sampai 7 ke 8 keping. Dan ada juga parents yang mengadu kepada saya, kalau pergi taska, pengasuh kencing sikit pun dah tukar. Baik beli yang biasa-biasa sahaja. So, ini semua terpulang kepada diri masing-masing.


Ciri-ciri:

•             Kapas tebal
•             Magic Tape
•             Tahan sehingga 4jam
•             Campuran cotton dan plastik.
•             Menyerap bau.
•             Setanding drypers, diapex, huggies dan kiddo.





Gred B

Grade B adalah diaper yang tidak memenuhi QC kilang pengeluar dan tidak boleh dipek untuk dijual negara tersebut. Biasanya apabila proses print diaper di kilang terganggu (contoh mesin jem) terdapat diaper yang rosak dalam production line diaper tersebut. Kilang akan reject whole line. Ianya kemudian dijual kepada agen yang membeli grade B ini untuk dijual ke luar negara. Agen akan mengumpul grade B dari kilang berlainan. Apabila agen mendapat order dari pengimport ia kan menimbang diaper grade B ini dan dimampatkan (compress) sebelum dimuatkan di dalam kontena.Grade B adalah diaper yang diimport dalam ‘bales’ yang telah di ‘compress”. Sebab itu grade B yang sampai terdapat pelbagai jenis gambar, rupa dan kaler diaper.Apa yang datang dalam kontena tersebut, itulah stok yang kami jual.

Tapi jangan risau, kami baiki kekurangan yang ada. Produk still boleh pakai..




Sebarang pertanyaan boleh whatsapp/sms/call ke 
019 4361787

atau 

klik page Baby&Kids Wardrobe

Sunday, March 9, 2014

Apa yang saya makan sepanjang kehamilan..

Assalamualaikum =)

Marilah kita sama-sama mendoakan perkara yang baik akan berlaku kepada semua isi kandungan MH370..ada ketika ada hikmahnya kenapa benda ni jadi..semua manusia tak kira bangsa, agama, negara, kefahaman bersatu padu dan masing-masing mendoakan kesejahteraan penumpang.. Sebelum nak kongsi penerangan panjang lebar mari tengok gambar ni dulu..




Yang ni secara asasnya sahaja pemakanan tak termasuk yang doktor dari klinik kesihatan dan swasta lagi.. Macam-macam usaha buat untuk bagi yang terbaik untuk baby dalam perut.. Nampak tak puan tuan semua pengorbanan seorang ibu dari kita dalam perut lagi. Apa yang buat semua pikir anak.. Nak anak sihat, anak cerdik, anak kuat, anak soleh, anak comel.. Macam-macam research buat dari awal lagi.. Dan akhir sekali dah nak masuk 8 bulan pun kan.. Segalanya dipermudahkan.. Alhamdulillah..Baby secara mata kasarnya waktu scan 4D semua sihat dan normal.. Yeay !

Apa yang ALLAH bagi yang terbaik untuk kita baiklah kita berkongsi untuk semua, mana la tahu ada dua tiga orang yang dapat manfaat daripada kebaikan yang ALLAH bagi ni.. Saya lebih memilih untuk mengamalkan makanan sunnah dan moden sepanjang kehamilan ni.. Ya, kita berusaha ALLAH tentukan. Mai baca diari pemakanan ibu mengandung sepanjang kehamilan..

Bangun subuh : 6.00 pagi

Ambil air sembahyang gosok gigi terus sembahyang subuh. Habis ja sembahyang mula makan obimin sebiji. Obimin ni mengandungi semua nutrien untuk disalurkan kepada baby contohnya  Vitamin A, Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin B3, Vitamin B5, Folic Asid, Iron, Calcium, Copper, Iodine. K.. Obimin ni fungsi dia lebih kurang sama dengan asid folik cuma obimin nutrien dia lagi banyak dan lengkap.





Cara makan obimin yang betul :

  • Obimin kena makan sejam sebelum atau selepas makan. Senangnya, kena ambil time perut kosong. Tak boleh makan time nak dekat-dekat makan nasi atau pun sejurus lepas makan nasi.
  • Dalam tempoh 3 jam selepas makan obimin, dilarang minum milo, susu, teh, kopi. Hanya boleh minum air masak atau minuman berjus.
Kalau tak makan dengan cara yang betul, sia-sia sahaja kita telan sebab dia akan matikan zat dalam obimin tu dan baby pun tak dapat apa-apa nutrien.

Selepas 3 jam  : 9.30 pagi

Start ambil sarapan pagi.. Sarapan pagi tak elok kalau ambil makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak dan roti canai. Kenapa saya cuma sebut dua ni ja sebab paham sangat semangat patriotik orang Malaysia yang truely Malaysian ni.. Waktu awal-awal dulu sangat suka nasi lemak..lepas tu menyesal sebab berat naik mendadak. Hubby takut sangat tengok bini dia badan macam dipam-pam terus buat research tanya member semua then diorang cakap pagi minum susu elok untuk wanita hamil. Search pula susu terbaik, dan jumpa pula Susu Kambing Hi-goat. Nampak tak kaitan dekat sini. Susu kambing tu saya dah terangkan macam mana nak buat bagi rasa sedap dan thorbaik.. Bagi sesiapa yang belum baca boleh klik sini.


Kebaikan susu kambing hi-goat :
Susu terbaik selepas susu IBU
Sumber kalsium yang hebat
Sangat baik untuk ibu mengandung
Menambah pengeluaran susu ibu
Mengelak penyakit demam kuning kepada bayi
Tidak menyebabkan alahan
Kuatkan sistem imunisasi
Bersifat alkali
Tingkatkan daya peka, tumpuan dan ingatan
Lancarkan sistem penghadaman dan usus
Membantu mengubati Kanser,
Demam Kuning.
Gastrik,
Asma (Lelah), Penyakit Kulit, Ulser,
Sukar Tidur
Imbangi gula dalam darah
Imbangi kolestrol dalam badan kita
Tidak sebabkan kahak
Memulihkan tenaga batin

Tips untuk yang alahan teruk : Sebelum makan apa-apa dalam perut minum pati delima gulsan campur dengan madu.. YUMMY.. ramai yang dah try dan cakap boleh kurangkan mual dan loya..




Tengahari : 12.00 tengahari

Ambil nasi.. yang ni ikut suka la nak makan apa pun..janji kenyang..hehe..tapi kurangkan juga la..digalakkan makan makana rebus dan bakar.. nasi dalam kuantiti sedikit. Makan sedikit tapi kerap lebih elok dari makan banyak terus sekali. Minuman pula time ni air pati delima gulsan.. Pati delima gulsan ni pun banyak khasiat untuk ibu mengandung antaranya : 




  • Melindungi Otak Bayi
  • Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
  • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
  • Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
  • Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung).


  • Minum petang : 3.00 tengahari

    Makan buah-buahan atau roti atau biskut.. Buah-buahan yang terbaik untuk ibu mengandung ialah tembikai..Rasulullah pernah bersabda 

    Setiap wanita hamil yang makan buah semangka/tembikai maka anaknya akan cantik wajahnya dan baik akhlaknya
    Selain itu, banyakkan juga makan kurma..Kurma ni dalam kajian antara buah yang paling kaya dengan zat besi dan kalsium..

    Hi-tea : 5.30 petang

    Beli kuih dua tiga biji balik minum dengan susu hi-goat lagi.. Saya memang tak ambil langsung minuman kafein memang dilarang sama sekali oleh hubby. Lagipun memang saya sebelum mengandung pun memang tak berminat dengan minuman kafein.. So, menurut perintah saja lah..

    Makan malam : 8.00 malam

    Makan nasi lagi. yang ni sama ja dengan yang tengahari cuma lebihkan sayur sikit kali ni. Nasi ambil sikit ja.. 

    Sebelum tidur : 10.30 malam

    Makan supplemen yang moden..hehe.. Ambil 2 biji shaklee calcium + 1 biji shaklee vita C plus + sebiji neurogain PB.. Yang ni sebagai supplemen tambahan untuk ibu pula. Kan waktu mengandung ni baby banyak tarik calcium dari ibu, so ibu tetap kena tambah lagi pengambilan calcium. Untuk mengelakkan osteoporosis di waktu muda..huhu.. Badan nak pakai lama ni.. Alhamdulillah jarang sekali rasa cepat-cepat kebas, gusi berdarah, sakit pinggang yang keterlaluan dan macam-macam lagi la. Vitamin C ni di samping jaga kulit ia juga sebagai imunisasi badan. Tak pernah lagi demam sepanjang hamil.. Syukur !



    Neurogain PB pula sebagai DHA kepada otak baby la..Supplemen ni sejenis minyak ikan..yang ni suggestion dari doktor klinik swasta.. Untuk hasilnya dan kuasa ALLAH kita lihat baby keluar nanti..

    Tips tambahan :
    Untuk stretchmark, sakit kaki, lenguh-lenguh kaki dan angin-angin badan, saya just guna minyak berubat herba nona roguy ja.. Tak ada guna minyak lain dah.. Sakit dekat bahagian mana pun sapu yang tu ja. Family saya turun termurun memang setia dengan Nona Roguy dari Set Bersalin hinggalah minyak harian. Dekat baby pun pakai minyak Nona Roguy juga. Ada satu minyak ni ja dalam rumah.. 

    Memperkenalkan minyak serbaguna turun temurun 
    Tips lagi : Ibu mengandung kena minum air kosong banyak tau.. Untuk tak nak bagi dehydrate. Oleh itu, badan tak la rasa lemah, cepat sakit semua.. Ini hanyalah perkongsian dari saya. Kita merancang dan berusaha hasilnya ALLAH yang tentukan..










    Wednesday, March 5, 2014

    Dulu dan Sekarang Berbeda !

    Assalamualaikum =)

    Selamat pagi.. Allah tak akan merubah nasib umatnya melainkan kita yang ubah nasib kita dahulu. Ya, pengalaman lama banyak sangat mengajar aku. Dulunya aku adalah di antara orang yang paling ego untuk berubah. Pandang orang baik sikit, pikir negatif sokmo.. Tengok pengawas sikit zaman sekolah, anti selalu. Tapi aku tak ada tahap sampai membenci. Aku tak suka orang kongkong apa yang aku nak buat. Yalah jiwa remaja, kerja nak memberontak ja . Mana tak stress dulu, bawa 'walkman' pun kena rampas..Dalam hati ni hampa ni tak dak kerja ka, aku nak dengar lagu ja pun. Bukannya aku buat dosa dengan 'walkman'..huhu. Sembahyang subuh dalam dorm tu lagi la selalu.. huhu. Tak kira sembunyi dalam loker lagi tak turun prep. Lepas tu, ponteng dalam bahasa remaja panggil 'lep' dekat bilik sakit buat-buat sakit dengan geng pula tu.

    Kadang-kadang buat benda ni semua sebab teringin nak merasa jadi 'style'..haha. Jiwa remaja der. Famous Amos bakhang.. Nama dekat cikgu tak pernah lekang laa kan.. Prinsip hidup 'be yourself'.. Sebab be myself la aku jadi apa aku hari ini. Kalau buat statistik kajian profesor-profesor ni, pengaruh rakan sebaya la, kurang didikan agama la, media massa la semua ada la kan. Sebenarnya bagi aku ialah diri tu sendiri. Setiap orang dalam hati dia teringin nak buat something yang 'nakal'. Yang menentukan tindakan tu adalah diri sendiri samada dia paksa diri dia buat-buat baik atau ala try ja la buat tengok jadi apa.

    Tapi alhamdulillah setelah penat buat salah, saya berbalik kepada fitrah yang hai syamim tak takut ka mati duduk dalam kubur disiksa mungkar nakir mai tak boleh jawab.. Hang tu dah la penakut gelap kan, macam mana hang nak duduk dalam kubur nanti. Baca la al-quran sikit dua tiga helai bagi cerah kubur tu.. Baca sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit. Hang tengok ular pun geli mao ka ular mai lilit sergah muka hang nanti. Jaga la perangai sikit, tak susah buat sembahyang 5 waktu bagi cukup ja dulu. Hang tu dah la tak tahan sakit, mao ka nanti malaikat pukul hang tak boleh jawab soalan dia.. Hang zikir sentiasa sebut nama ALLAH at least nak jawab nanti tak tergagap nak sebut ALLAH sebab dah biasa.

    Kalau aku ingat balik dosa aku dahulu, rasa tak sempat sangat nak minta maaf dekat ALLAH, dekat mama abah, dekat keluarga, dekat suami, dekat guru-guru, dekat kawan-kawan. Mana la tao perangai aku ni sedikit sebanyak menyusahkan mereka-mereka ini.. Pengalaman mendewasa dan mematangkan kita. Ada hikmah apa yang jadi sebelum ni dengan impaknya masa sekarang.. Aku pernah jatuh tersungkur ke bawah sekali sampai hidup aku hanya ada perasaan sedih ja sampai satu masa aku cari ALLAH dan aku rasa tenang. ALLAH temukan aku dengan bidadara dunia aku insya alllah sampai syurga, dan kami bertekad yang kami nak sama-sama berubah.

    Ya, selalu sangat dengar ayat ni, LELAKI LEPAS KAWIN TAK SAMA DENGAN LELAKI SEBELUM KAWIN..ya MEMANGGG BETUL sangat.. Terima kasih kepada yang reka ayat ni.. Lepas kawin lelaki ni lebih bertanggungjawab. Lepas kawin lelaki ni lebih caring atau ambil berat. Lepas kawin lelaki ni sanggup tak tidur malam jaga bini. Lepas kawin lelaki ni lebih sabar melayan isteri. Lepas kawin lelaki ni lebih beriman. Lepas kawin lelaki ni lebih menghargai isteri.. Disebabkan semua ni, aku berjanji akan melupakan dan melenyapkan semua kisah silam lelaki sebelum kawin. Tolong jadi macam ni sampai bila-bila ya ABI..

    Nikmat yang mana lagi yang kamu nak dustakan.. Terlebih nikmat dah ALLAH bagi.. Nikmat lapang, nikmat sihat, nikmat kaya, nikmat muda (muda lagi la tu kan) yang penting nikmat HIDUP.. Aku tak minta banyak, perubahan ni juga kepada anak-anak aku nanti. Aku tak mao, anak-anak jadi macam ibu dulu-dulu. Tolong ingatkan aku jika ada salah silap yang aku buat .. Kepada kawan-kawan di luar, buat baik ni tak payah yang susah-susah.. Nampak sampah tepi kain, kutip n buang pun dah kira baik dah tu. Tak mengata orang lagi la baik..Tu tak masuk buat baik dekat orang lagi.. Kasih dan sayang lagi pahala banyak.. Semoga kita semua dapat rasa nikmat syurga insya allah =)

    Tuesday, March 4, 2014

    Skim Insentif Kelahiran Anak (IKA)


    Berita baik kepada bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anak pada tahun ini. Kerajaan negeri Kedah akan menghulurkan sumbangan Kit Kelahiran kepada semua bayi yang baharu dilahirkan di negeri Kedah bermula bulan ini melalui Skim Intensif Kelahiran Anak (IKA).

    Kit Kelahiran ini mengandungi keperluan khas bayi seperti botol susu, selimut dan pakaian.  Skim Insensif Kelahiran Anak (IKA) diwujudkan adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan suami isteri/ ibu bapa dalam membuat persediaan bagi menyambut kelahiran dan kehadiran bayi baru dalam institusi keluarga.

    Kelayakan
    • Anak mestilah warganegara Malaysia dan dilahirkan di Negeri Kedah; atau
    • Ibu atau bapa kepada anak yang dilahirkan mestilah rakyat Negeri Kedah dan menetap di Negeri Kedah – pengesahan daripada JKK/Penghulu; atau
    • Ibu atau bapa yang bukan Negeri Kedah telah menetap dan menjadi pengundi di Negeri Kedah lebih daripada 5 tahun – perlukan pengesahan JKK/Penghulu
    • Anak yang dilahirkan mulai 1 Januari 2014
    Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Skim Insentif Kelahiran Anak yang boleh didapati di mana-mana pejabat berikut :-
    •   Pejabat Daerah berhampiran
    •   Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
    •   Pejabat Penghulu
    •   Pusat Khidmat ADUN/Parlimen
    •   Pejabat Majlis Pembangunan Wanita Kawasan Parlimen
    Permohonan boleh dibuat apabila anak telah dilahirkan. Maklumat dalam borang permohonan yang telah lengkap hendaklah disahkan sama ada oleh Pegawai Daerah/ wakil atau Ahli Parlimen atau ADUN atau Pengerusi MPWK atau Penghulu Mukim/ Pegawai Perubatan Hospital.

    Semua permohonan untuk skim ini hendaklah dimajukan kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran atau kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk kelulusan.


    Download Borong Di Sini

    Monday, March 3, 2014

    Aku dah.. Hang yang mana satu?

    Assalamualaikum =)

    Yeay dah masuk angka 3+ minggu dalam pregnancy.. Syukur sangat ya allah.. Kau kuatkan minda dan fizikal hambamu yang lemah ini.. Sekejap ja masa berlalu.. Baru bangun tidur, masak breakfast dah pukul 8.30 pagi.. Basuh kain, kemas rumah dah pukul 11 pagi.. Masak lunch siap dah pukul 1.00 tengahari.. Pergi ambil adik sekolah balik dah pukul 2 tengahari.. Siap adik pergi mengaji hantar balik dah pukul 3 petang.. Online balas mesej customer dah pukul 5.. Aih alih-alih malam la kan.. Post sebelum ni saya ada kan cakap nak cerita pasal Kecerdasan Pelbagai atau dalam istilah omputihnya Multiple Intelligence.. Sebenarnya ni adalah tajuk thesis saya semasa final semester.. So, boleh dikatakan habis kaji laa.. Then rasa rugi kalau tak berkongsi dengan rakyat jelata semua..

    Percaya tak kalau saya katakan semua dalam dunia ni terdiri daripada orang yang Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif atau dalam bahasa yang lagi hebat Gifted and Talented.. Apa itu Gifted? Gifted ni macam kebolehan luar biasa yang ALLAH bagi sejak kita lahir lagi dan kebolehan ni tak payah cari cuma perlu digilap.. Contoh yang paling senang adik Adi Putra yang pandai Matematik tu.. Dekat Malaysia ni kita hanya nampak dia ja yang ada kebolehan luar biasa tetapi yang sebenarnya anak-anak kita kalau kita gilap dari kecil boleh jadi macam adik Adi Putra.. Contoh yang kedua, Nicol David.. Beliau boleh berjaya sebab ayah beliau dapat detect kebolehan anak dia semenjak dia kecil lagi. Ayah dia gilap bakat dia sampai la dia jadi orang yang paling hebat di dunia..

    Saya bila tahu benda ni rasa menyesalnya. Mula nak salahkan semua orang.huhu. Kenapa abah aku tak tao yang aku ni dari dulu lagi memang gifted dalam muzik. haha. Mengikut kajian Howard Gardner, ada lapan jenis kepelbagaian kecerdasan yang terdapat dalam diri manusia.. Lepas tu ditambah lagi satu menjadikan sembilan kecerdasan pada tahun 1999. Kiranya kita boleh ada satu atau lebih bidang yang kita gifted. Macam mana nak kesan, kita boleh tengok ciri-ciri dia.. Dekat Malaysia kita baru ja ada khusus ni. Universiti yang dah kaji ialah UKM dan UPSI. Saya salah seorang daripada 30 orang graduan batch pertama dari UPSI yang mengambil pengkhususan Pintar Cerdas, Berbakat dan Kreatif. Antara assigment yang kami buat, kami kena pergi beberapa tadika di seluruh negeri untuk mencari kanak-kanak yang ada potensi besar jadi macam Adi Putra..

    Kategori dan Ciri Kecerdasan Pelbagai :


    • Logikal Matematik 
    Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap.. 


    Secara huraiannya orang yang ada kecerdasan ni dia suka sangat main dengan nombor.  Dia senang tangkap kalau kita bagi penyelesaian masalah berkaitan Matematik. Dari kecil lagi dia lebih suka nombor dari huruf. 


    Pekerjaan yang sesuai : Businessman, pakar Matematik, guru/lect berkaitan Matematik, pakar ekonomi dll



    • Bahasa Linguistik
    Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.


    Individu ni senang cakap otak sastera la. Suka mengarang cerita, suka buat sajak, syair, bergurindam semua la. Waktu kecil selalunya dia boleh cakap dulu daripada berjalan. Mudah memahami dan mampu bercakap dengan lancar.

    Pekerjaan yang sesuai : pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis.


    • Interpersonal
    Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.

    Orang yang ada kecerdasan interpersonal ni dia suka memimpin dari dipimpin. Dia suka jadi ketua untuk sesuatu kumpulan. Kalau dari kanak-kanak, kita dapat lihat dia boleh berkongsi permainan dia dengan orang lain. Dia dapat jaga adik dia. Dia dapat menyelesaikan masalah dan selalunya orang yang mempunyai kecerdasan ni selalu jadi tempat rujukan kalau ada masalah.


    Pekerjaan yang sesuai : pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam. 



    • Intrapersonal
    Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

    Individu intrapersonal terbalik pula dengan interpersonal. Dia lebih suka bersendiri tak suka kerja-kerja yang melibatkan berkumpulan. Tapi dalam dia duduk sendiri, dia suka menilai.. Kalau kita tengok anak kita lebih suka bersendiri sambil memerhati tu sebenarnya dia ada kecerdasan dalam intrapersonal. Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. 


    Pekerjaan yang sesuai : pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.



    • Muzik
    Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

    Secara konklusinya, apa sahaja berkaitan dengan muzik dia pro. Dia dengar sekali ja lagu dia boleh hafal menyanyi ikut tempo dan pitching yang betul. Lepas tu dia boleh gubah lagu, buat lirik dengan baik. Dari kecil lagi kita tengok dia begitu tertarik dengan bunyi-bunyian dan lagu. 


    Pekerjaan yang sesuai : ahli muzik, komposer, penulis lirik



    • Kinestatik
    Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik  belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. 

    Kemahiran kinestatik ni melibatkan pergerakan fizikal. Dia boleh melenturkan badan dengan baik dan sangat mahir dalam aktiviti bersukan. Kanak-kanak yang aktif berlari dan boleh berjalan di usia yang 8bulan dikatakan mempunyai keupayaan kinestatik yang tinggi.


    Pekerjaan yang sesuai : tlit, juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar.



    • Visual Ruang
    Kecerdasan ini membolehkan seseorang melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau berta serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Seringkali apa yang dilihat mereka berbeza dari pandangan individu lain. Mereka juga mampu berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan.

    Orang yang mempunyai kecerdasan visual ruang ni kuat berimaginasi. Dia sesuai dalam merangka sesuatu rancangan sebab dia dapat nilai kemungkinan yang bakal berlaku. Lepas tu selalunya orang yang ada visual ruang yang tinggi dia suka conteng, lukis-lukis dekat buku.


    Pekerjaan yang sesuai : artis, pereka dan arkitek.



    • Naturalis
    Kecerdasan ini melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam.Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.

    Orang yang ada kecerdasan ini lebih tertarik dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan. Kalau ada masa lapang suka pergi memancing, memanjat gunung dan sebagainya. Kesimpulannya suka mengembara tengok alam. 


    Pekerjaan yang sesuai : ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung .



    • Spiritual
    Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup.

    Secara konklusinya lebih kepada agama la. Banyak mengkaji tentang al-quran tentang hadis-hadis dan dalil tentang kewujudan di muka bumi.


    Pekerjaan yang sesuai : ustaz, pakar agama dan ahli falsafah.



    Yang ni la penerangan panjang lebar pasal multiple intelligence. Sekiranya anda dapat mengesan bakat-bakat ni kepada orang yang terdekat lagi-lagi usia beliau masih muda gilaplah ia sebaiknya. Rugi kalau kita tak guna kepintaran yang ALLAH dan bagi sedia ada. Lagi rugi bila besar nanti anak tu guna kepintaran dengan cara yang salah contohnya beliau mempunyai kepintaran visual ruang yang tinggi. Dia mampu rangka strategi pi merompak rumah orang. Orang yang mempunyai kecerdasan naturalis pi jual air ketum pula..huhu..Tak terkecuali juga kalau anda rasa mana-mana bakat ini ada dalam diri anda, cepat-cepat guna potensi yang ada pada diri tu untuk memajukan diri anda. Gunakan kepakaran anda untuk menolong semua orang di bumi ini.

    Saya baru ja sedar di usia 22 tahun dan dari dulu lagi memang tak dinafikan saya memang sangat minat Matematik.. Saya cuba gilap skill saya dengan berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.. Semoga anda semua mendoakan kejayaan saya suatu hari kelak.

    Wassalam =)